Karnival Cinta Masjid 2018

Karnival Cinta Masjid 2018 Poster1

Karnival Cinta Masjid 2018 |  Pada zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W., masjid bukan sahaja menjadi tempat beribadah semata-mata tetapi juga bertindak sebagai pusat pembelajaran ilmu pengetahuan, pusat budaya, musyawarah dan bermacam-macam lagi aktiviti. Masjid Amru Ibni Al’As, Bandar Baru Sentul telah mengambil initiatif untuk menganjurkan Karnival Cinta Masjid 2018 pada 2 & 3 Febuari 2018.

Karnival Cinta Masjid 2018 Poster

Usaha Masjid Amru Ibni Al’As menganjurkan Karnival Cinta Masjid 2018 untuk mengangkat semula peranan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu yang ternyata masih relevan lagi untuk zaman moden hari ini. Objektif utama initiatif ini adalah untuk mendidik masyarakat bagi sama-sama memahami peranan in dan seterusnya membantu menyebarkannya pada masyarakat yang lain.

Barisan AJK Karnival Cinta Masjid 2018

Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang 2 hari tersebut antaranya perlawanan street soccer, pertandingan memamah, aktiviti berkuda, pameran Kidzania, persembahan artis-artis, forum perdana dan bermacam lagi seperti jadual berikut:

Aturcara Karnival Cinta Masjid 2018

Hari Masa Aktiviti-Aktiviti
Jumaat,

2 Feb 2018

10.00 pagi Pembukaan booth pameran dan foodtruck di perkarangan Masjid
11.45 pagi Bicara Mufti oleh Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
8.00 malam Kelas Bahasa Arab Asas
10.00 malam Majlis Tamat
Sabtu,

3 Feb 2018

5.30 pagi Solat Subuh Berjamaah
8.00 pagi Pembukaan booth pameran dan foodtruck di perkarangan Masjid
8.30 pagi Perarakan Maulid Nabi
9.00 pagi Perlawanan 3-on-3 Street Soccer (bawah 15 tahun)
10.00 pagi Pertandingan Memasak (Ibu/Bapa + Anak)
Pertandingan Mewarna
Pameran Menunggang Kuda (sehingga 6.00 petang)
Pameran Memanah (sehingga 6.00 petang)
Pameran Kidzania – GO oleh Kidzania Kuala Lumpur
Kuliah Dhuha: Pengenalan Asas Tarannum oleh Ustazah Sharifah Khasif
1.30 tengahari Solat Zohor
2.30 petang Persembahan – Tam Spider & Anas Tahir
3.30 petang Persembahan – Azmi Caliph Buskers, Afad & Friends
4.00 petang Persembahan – Yasin Sulaiman
4.30 petang Persembahan – Andy Flop Poppy
Solat Asar
6.00 petang Penyampaian Hadiah Pertandingan
7.30 malam Solat Maghrib
8.00 malam FORUM: Peranan Masjid Sebagai Institusi Penyebaran Ilmu

Moderator: Datuk Rosyam Noor
Panel 1: Imam Muda Asyraf
Panel 2: Ustaz Ebit Lew

10.00 malam Solat Isyak Berjamaah
10.30 malam Jamuan Makan Malam
11.30 malam Majlis Berakhir
Program bermula pada hari Jumaat (2 Febuari 2018) dengan pameran dan foodtruck di sekitar kawasan masjid. Pada hari Sabtu pula aktiviti bermula seawal 5.30 pagi dengan solat subuh berjamaah dan disusuli dengan perarakan Maulidur Rasul yang bakal dikendalikan oleh kariah Masjid Amru Ibni Al’As . Seterusnya pelbagai aktiviti yang menarik bakal diadakan seperti pertandingan ‘3-on-3 Street Soccer’, Pertandingan Memasak Ibu/Ayah dan Anak, Pertandingan Mewarna dan pelbagai lagi. Terdapat juga pelbagai aktivti riadah seperti acara berkuda dan memanah.
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Untuk sesi ilmiah terdapat beberapa acara telah diatur untuk dikongsikan bersama pengunjung karnival. Antaranya seperti kelas bahasa arab, pengenalan asas taranum oleh Ustazah Khasif, pameran khat dan kaligrafi islam dan antara yang bakal mencuri perhatian adalah hiburan kerohanian dengan penampilan khas dari artis Malaysia yang cukup dikenali antaranya seperti Andy Flop Poppy, Yasin Sulaiman, Tam Spider, Afad & Friends, Azmi Saat dan Anas Tahir.
Persembahan Artis
Malam kemuncak Karnival Cinta Masjid 2018 bakal diakhiri dengan perbincangan ilmiah menerusi sebuah forum yang bertajuk “Peranan Masjid Sebagai Sebuah Institusi Penyebaran Ilmu”. Forum yang bakal dimoderatorkan oleh Datuk Rosyam Noor dengan ahli panelnya seperti Imam Muda Asyraf dan Ustaz Ebit Lew.
KCM2018-Banner Forum

Program ini dikendalikan oelh Masjid Amru Ibni Al’As dengan kerjasama daripada AR By Azirun Ramly Sdn. Bhd. Antara pihak lain yang turut memberi kerjasama untuk menjayakan program ini ialah IM4U, Kidzania Kuala Lumpur, Siti Khadijah dan Al Amin Drinking Water.

Selain dari itu, pihak Masjid Amru Ibni Al’As juga ingin mengumpul dana bagi usaha pemulihan masjid yang kini telah berusia 15 tahun dengan mengecat kembali struktur dan kubah masjid serta menggantikan karpet ruang sembahyang. Selain daripada dana yang bakal diperolehi ini juga akan disalurkan kepada beberapa badan yang terpilih ianya juga adalah salah satu usaha untuk membaik pulih serta menceriakan lagi keadaan masjid .  Jadi jika ada pihak Korporat dan Individu yang sudi untuk menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan boleh berbuat demikian di…

Bank Islam

Jom beramai-ramai mengimarahkan Masjid Amru Ibni Al’As Bandar Baru Sentul sempena Karnival Cinta Masjid 2018 pada 2 sehingga 3 Februari 2018. Untuk maklumat lanjut boleh ikuti program ini di…

www.karnivalcintamasjid.com
www.instagram.com/KarnivalCintaMasjid2018
011-33418042
karnivalcintamasjid@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *