Karnival PUSPANITA KPM 2018 | PUSPANITA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Karnival PUSPANITA KPM 2018 yang julung kali diadakan dengan kerjasama PERINTIS GROUP. Karnival ini bertemakan Hargai Wanita dan Wanita Perkasa, akan diadakan di Putrajaya pada 12 Mei 2018.

Menurut Pengerusi PUSPANITA cawangan KPM, Datin Seri Nor Azizah Sulaiman, karnival ini menyasarkan penyertaan seramai 15,000 orang dalam pelbagai acara bagi pengisian keluarga. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah SRIKANDI Run 2018, persembahan artis, konvoi motosikal berkuasa tinggi, gerai carnival, dan banyak lagi.

Wanita merupakan tunjang dalam segala acara yang dirancang pada karnival ini. SRIKANDI Run 2018 menyasarkan penyertaan yang ramai sebagai tanda sokongan terhadap wanita. Larian ini dibuka untuk jarak 5km dan 10km dan dilihat sebagai menyatupadukan wanita, tambah Datin Seri Nor Azizah.

Karnival ini memfokuskan kepada usaha memperkasakan kemampuan serta kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang dan sector sesuai dengan gelaran Srikandi yang telah membuktikan keupayaan wanita sejak zaman berzaman. Dengan usaha PUSPANITA KPM ini, fungsi dan sumbangan wanita dalam memacukan kecermelangan negara dapat diperkasakan lagi.

Satu majlis pelancaran telah diadakan baru-baru ini bagi tujuan liputan dan mempromosikan acara ini kepada orang ramai. Pada majlis tersebut turut dipertontonkan t-shirt larian SRIKANDI berwarna ungu dan t-shirt Karnival PUSPANITA KPM 2018 berwarna putih.

Di samping itu, Karnival PUSPANITA ini mengajak seisi keluarga Bersama-sama meraikan wanita sebagai permata berharga dalam kehidupan mereka. PUSPANITA KPM mengalu-alukan penyertaan dari segenap peringkat umur, agama dan bangsa tidak kira mewakili agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Karnival PUSPANITA KPM 2018 ini, anda boleh layari facebook Karnival PUSPANITA KPM atau Instagram Karnival PUSPANITA KPM atau carian #hargaiwanita #wanitaperkasa #puspanitakpm dan #perintisgroup. Segala maklumat karnival serta program-program dan tawaran hebat akan dikongsikan melalui pautan media sosial ini.
PUSPANITA KPM
PUSPANITA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan sebuah persatuan yang dianggotai oleh isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam dengan tujuan merapatkan perhubungan muhibah dan menggalakkan ahli-ahlinya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti.
Wahhh… awesome xtvt !!
jangan lupa join nanti ya hafiz
HOW TO REGISTER FOR THE RUN ?
Hi Mohd Rizuan, you can register for the run at https://event.howei.com/event/srikandi-run-2018 . Make sure you follow their instagram @karnivalpuspanitakpm for info and updates on the event.
All the best!