Kau Pun Sama Single Terbaru dari Syamel | Syamel tampilkan perbezaan dalam karya terbarunya kali ini, sebuah kisah nakal ‘Kau Pun Sama’. Mula dikenali selepas bakatnya dicungkil di pentas Akademi Fantasia 2015, pemilik nama Syamel Aqmal Mohd Fodzly yang lebih mesra dengan panggilan Syamel kini bukanlah nama asing dalam indsutri muzik tanah air.
Malah kemunculannya dalam arena seni tempatan terus diraikan selepas menempa kejayaan demi kejayaan. Setelah mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan lagu pertamanya ‘Hidup Dalam Mati’ di awal kemunculannya dulu, Syamel terus mengorak langkah dengan lagu ‘Lebih Sempurna’ hasil nukilannya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Syamel lanjut mencabar dirinya dengan menyertai pertandingan realiti, Duo Star di mana gandingannya bersama Ernie Zakri membuahkan hasil lewat gabungan vokal mantap mereka berdua dalam lagu ‘Aku Cinta.’
LAGU : KAU PUN SAMA
ARTIS : SYAMEL
Komposer : Syamel & Kidd Santhe
Lirik : Syamel
VERSE 1
Jangan kau tanya siapa semalam
Takut bibirku kan menyakitkan
Abaikan saja ku kan disini
Melayani mu setiap hari
VERSE 2
Tapi tak kusangka
Satu hari terjumpa
Pesanan ringkasnya baby you di mana…
Kelu kau terpinga
Tapi tak mengapa
Kau dan aku kita sama
PRE CHORUS
Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta….
LALALA
Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima
CHORUS
Kau kata
cinta mu
Tulus dan setia
Kau kata
Ku dusta
Tapi engkau pun sama
Repeat PRE CHORUS 2x
Aku tahu
Siapa mahu
Bermadu cinta…
LALALA
Tak ku paksa
Engkau setia
Aku kan terima
CHORUS
Kau kata
cinta mu
Tulus dan setia
Kau kata
Ku dusta
Tapi engkau pun sama
Dan selepas melancarkan lagu ‘Biar Cinta’ tahun lalu, kini bintang berbakat besar itu kembali dengan karya terbaru yang berjudul ‘Kau Pun Sama’.

Lagu single terbaru ‘Kau Pun Sama’ juga merupakan sebuah karya yang digarap oleh Syamel sendiri bersama dengan Kidd Santhe, seorang bintang hip hop yang semakin meningkat naik dengan bantuan panduan vokal dari rakan duetnya Ernie Zakri. Dan berbeza dengan karya-karya Syamel sebelum ini, ‘Kau Pun Sama’ merupakan lagu berentak rancak dan lari dari konsep balada cinta yang sering didendangkan penyanyi itu.
“Lagu itu terhasil apabila idea untuk mengadakan satu lagu yang berentak laju keluar daripada pemikiran saya dan juga pihak pengurusan . Pada saya, kalau lagu balada, lagu itu harus menjadi sebuah lagu balada yang sedap dan berkualiti. Dan andai kata jika inginkan lagu berentak laju, ia harus menjadi sebuah lagu yang berkualiti juga,” ujar Syamel tentang lagu tersebut. Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan terbaru Syamel ini pasti akan diminati para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang lebih segar dan ‘catchy’.