Kempen Derma Darah ADMC Untuk Tingkatkan Tabung Darah Negara

ramsay-header

Kempen Derma Darah ADMC Untuk Tingkatkan Tabung Darah Negara | Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC) akan mengadakan kempen menderma darah dan menjemput orang ramai untuk menderma darah bagi menyokong usaha Tabung Darah Negara bagi menambah bekalan darah. Wabak Covid-19 diikuti oleh berbagai fasa perintah kawalan pergerakan telah menyebabkan penurunan yang signifikan dalam jumlah penderma darah dalam beberapa bulan terakhir ini.

ADMC Kempen Derma Darah

Para penderma boleh ke lobi ADMC pada 14 Julai 2020 antara jam 9.00 pagi dan 3.00 petang. ADMC menggesa masyarakat untuk turut serta membantu mereka yang memerlukan darah pada masa kecemasan. Setiap unit darah yang didermakan dapat menyelamatkan tiga nyawa.

Kempen Derma Darah

Untuk memenuhi syarat untuk menderma darah, penderma mesti tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada malam sebelumnya, berat badan lebih dari 45kg, berada dalam keadaan sihat dan tidak mengambil sebarang jenis ubat-ubatan.

Kempen Derma Darah - Jenis Darah

ADMC akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menegakkan standard keselamatan tertinggi semasa kempen derma darah di premisnya. Penderma diminta memakai topeng dan menjalani pemeriksaan umum Covid-19 di pintu masuk hospital. Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi 03 7839 9210 atau lawati www.aradamansaramedicalcentre.com atau lawati Facebook @aradamansaramedicalcentre dan Instagram @aradamansara_medicalcentre


ABOUT RAMSAY SIME DARBY HEALTH CARE

Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH) is equally owned by Sime Darby Berhad and Ramsay Health Care. The entity combines all Sime Darby’s portfolio of healthcare assets in Malaysia namely Subang Jaya Medical Centre, Ara Damansara Medical Centre, ParkCity Medical Centre and Ramsay Sime Darby Healthcare College, with Ramsay Health Care’s three hospitals in Indonesia RS Premier Jatinegara, RS Premier Bintaro and RS Premier Surabaya. In addition, Ramsay Sime Darby Health Care owns a Day Surgery Centre in Hong Kong. RSDH is steadfast in providing the highest quality patient care, committed to the tagline “People caring for people”. With cutting edge technology, state-of-the-art facilities and experienced consultants across a wide array of specialties, RSDH’s experienced healthcare team is committed to the highest quality patient care, clinical outcomes, staff and specialist wellbeing and stakeholder interest.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *