Kempen #runfreefun Buat Anda Gembira, Bebas dan Terkenal | Musim cuti sekolah menjelang tiba dan tentunya ada banyak masa lapang, TikTok mahu anda bergembira dan bebas untuk menyatakan kreativiti anda bersama selebriti dengan Kempen #runfreefun !
Dari 10 hingga 24 November 2018, sertai Janna Nick, Nazim Othman, Anzalna Nasir, Shukri Yahaya, dan Saharul Ridzwan dalam perjalanan mereka untuk mencari ciri-ciri TikTok yang menarik dan menyeronokkan dan mencuba cabaran video yang unik. Rakam video kreatif dengan menggunakan hashtag #runfreefun dan tag selebriti kegemaran anda untuk menonjolkan bakat anda. Siapa tahu, anda mungkin dapat panggilan dari bintang kegemaran anda!
Sama ada anda seorang yang baru atau seorang yang pro, lama atau muda, TikTok adalah platform unik yang menggalakkan pencipta untuk menyatakan keghairahan dan kreativiti mereka tanpa sempadan. Bagi ramai, ia juga menjadi platform untuk merapatkan hubungan dengan selebriti, kawan atau melangkah kaki mereka ke dunia fandom.
Digunakan di lebih daripada 150 buah negara, TikTok adalah aplikasi video pendek global yang paling pesat berkembang di dunia. Pada bulan September, ia menjadi aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat, melampaui aplikasi media sosial yang popular. Di Malaysia, TikTok terus menjadi platform untuk pengguna, jenama, program TV dan selebriti untuk mencapai penonton yang lebih luas dengan cabaran tempatan yang menggembirakan.
Berikut adalah cara untuk menjadi sebahagian daripada keseronokan ini:

- Muat turun aplikasi TikTok dengan melawat kedai aplikasi iOS atau Android dan mendaftar untuk akaun percuma
- Buka aplikasi, dan klik pada tanda ‘+’ di bahagian bawah menu untuk memulakan rakaman baru
- Pilih muzik, pelekat atau kesan anda untuk memeriahkan video anda
- Klik butang rekod merah dan bergembira memamerkan bergerak anda
- Klik pada ikon ‘✔’ untuk melihat video, menambah kesan menarik atau penapis ke video anda
- Klik ‘NEXT’, tambah hashtag #runfreefun dan tag selebriti kegemaran anda dan rakan-rakan anda
- Siarkan video di TikTok dan pos di saluran media sosial anda yang lain untuk mendapatkan lebih banyak tontonan!
Untuk membantu anda membuat video cun melecun TikTok, kami telah mengumpulkan tiga petua utama dari TikTok di bawah:
- Gunakan pelekat dan kesan AR – Jadi kreatif dengan menambah pelekat popular dan kesan visual. Mengetik ikon pelekat di bahagian bawah-kiri akan membolehkan anda melayari pelbagai penapis muka dan kesan AR. Kesan popular termasuk menukar warna rambut, membentuk palet, dan kawalan hujan.
- Peralihan Hebat – Rakam dalam batch kecil atau dalam gerakan lambat untuk membolehkan ruang bagi anda untuk memasukkan kesan peralihan. Klik pada kesan penapis atau masa untuk menetapkan kadar video anda. Cabaran TikTok yang mengejar, #pillowchallenge adalah contoh di mana anda boleh menggunakan pelbagai rakaman pendek untuk membuat video peralihan hebat.
- Skrin Duet – Mahu menyanyi bersama artis kegemaran anda? Atau membuat mimik perbualan lucu? Pilih video yang anda ingin duet, dan tekan butang kongsi untuk memilih pilihan duet dari bahagian bawah skrin. Sekarang, cuma rekod video anda sendiri semasa video yang dipilih dimainkan secara automatik di sisi lain skrin.
Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi TikTok dan buat cabaran kempen #runfreefun sekarang.


