Keriangan Musim Perayaan Untuk Kanak-kanak di the Curve!

theCurve

Keriangan Musim Perayaan Untuk Kanak-kanak di the Curve! |  Menjelang musim festival hujung tahun ini, theCurve dan eCurve berkongsi kemeriahan hari Krismas dengan membawa 32 kanak-kanak kurang bernasib baik untuk berseronok dan bersiar-siar di pusat membeli-belah dengan meraikan The Sweetest Christmas Ever! di the Curve dan Spectacular Christmas CircusFrench Edition di eCurve.

Keriangan Musim Perayaan Untuk Kanak-kanak di the Curve!

Keriangan terserlah di wajah kanak-kanak dari Rainbow Home apabila menjejakkan kaki dithe Curve Centre Court yang telah digubah bagai taman gula-gula. Dihiasi dengan lollipop dan gula-gula candy cane, bersesuaian dengan tema tahun ini, ia benar-benar seperti impian kanak-kanak yang menjadi kenyataan! Selain itu, kehadiran Santa Clausbersama gula-gula candy canemenceriakan lagi suasana sebelum majlis utama bermula.

Majlis yang dinanti-nantikan dimulakan dengan persembahan berinspirasikan gula-gula. Penari-penari yang membuat persembahan di tata rias dengan pakaian yang menarik berlatarbelakangkan rumah gula-gula yang berwarna-warni. Kanak-kanak yang hadir amat teruja dengan persembahan tersebut dan turut sama menyanyi dan menari mengikuti irama lagu Krismas yang popular.  

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve berkata, “Krismas bukan sahaja masa untuk bergembira, tetapi juga merupakan masa untuk kita memberi dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Kami berbesar hati diberi peluang untuk mengukir senyuman pada wajah kanak-kanak Rainbow Home melalui sambutan Krismas istimewa dan penyampaian hadiah ikhlas daripada kami. Gula-gula dan manisan sering dikaitkan dengan kegembiraan dan kami berharap acara hari ini telah memberi tetamu kami keseronokan yang dinanti-nantikan!”

Eiffel Tower dan Arc de Triomphe

Sambutan bagi perayaan ini diteruskan lagi di lokasi berdekatan iaitu di eCurve. Kanak-kanak dari Pusat Jagaan Siddharthan teruja dengan sarkas bertemakan negara Perancis, lengkap dengan bangunan ikonik seperti Eiffel Tower dan Arc de Triomphe serta leretan pohonan Krismas. Di bahagian tengah, terdapat sebuah pentas sarkas klasik, yang bakal membawakan persembahan menakjubkan.

Kanak-kanak dari Pusat Jagaan Siddharthan

Keterujaan kanak-kanak jelas terlihat apabila pengacara gelanggang sarkas membuat penampilannya diatas pentas, menandakan bermulanya acara utama petang itu. Tetamu-tetamu istimewa ini turut teruja apabila para penghibur mempersembahkan pertunjukan yang tidak dapat dilupakan. Daripada persembahan ahli silap mata yang berbakat kepada aksi hebat wanita ular, mereka yang hadir ke sarkas tersebut menikmati saat-saat yang begitu menyeronokkan.

Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi

Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi berkata, “Kami mendapati bahawa tiada yang lebih indah daripada memberikan kegembiraan dan keriangan kepada mereka yang memerlukan. Dengan membawa kanak-kanak dari Pusat Jagaan Siddharthan untuk meraikan Krismas bertemakan kota Perancis yang unik bersama kami tahun ini, kami berharap mereka dapat menikmati Krismas yang indah bersama kami hari ini.”

Perayaan bertemakan manisan di Centre Court the Curve diakhiri dengan sesi minum petang yang lazat, dilengkapi dengan pelbagai hidangan pencuci mulut di Paddington House of Pancakes, sementara kanak-kanak di eCurve dihidangkan dengan makanan laut yang enak di the Manhattan Fish Market. Tetamu istimewa turut menerima pelbagai saguhati, ikhlas daripada the Curve dan eCurve.

Untuk turut serta dalam keriangan Krismas, pastikan anda mengunjungi kempen Krismas the Curve dan eCurve yang berlangsung dari 30 November 2018 hingga 1 Januari 2019. Para pengunjung pasti tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan persembahan khasyang berlangsung dua kali sehari pada hujung minggu dan cuti umum.

Sebagai pelengkap kempen, kedua-dua pusat membeli-belah memberi ganjaran kepada para pengunjung dengan hadiah perayaan istimewa Krismas ini! Merekayang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam maksimum dua resit boleh menebus The Sweetest Jar Ever, yang berisi gula-gula enak. Manakala, pengunjung yang berbelanja minimum sebanyak RM150 dengan maksimum dua resit di eCurve sepanjang tempoh kempen akan layak menebus sebuah Frosted Christmas Bottle yang istimewa. Semua barang penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta selagi stok masih ada.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Krismas di the Curve dan eCurve? Sila hubungi pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di03-7710 6868 atau layari www.thecurve.com.my atau laman Facebookthe Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall. Untuk Khidmat Pelanggan eCurve, sila hubungi 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *