Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai), Deepavali, Hari Raya Aidiladha, Hari Natal (Krimas) dan banyak lagi, merupakan antara perayaan yang disambut di Malaysia. Pada 13 Febuari yang lalu telah berlansung sambutan KL Chinese New Year Cultural Festival 2014 (Tahun Baru Cina) di hadapan Galeri Kuala Lumpur bagi meraikan pelancong-pelancong luar negara dan juga warga kota.

Unit Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama ARCH, Federal & Capitol Hotel Kuala Lumpur, Persatuan Hainan Selangor & Wilayah (Thean Hou Temple), Dataran Underground, KL Bird Park, KL Hop-On-Hop-Off, Muzium Tekstil Negara, Central Market Kuala Lumpur, Yeo’s Malaysia dan Menara Kuala Lumpur telah menganjurkan sambutan “KL Chinese New Year Cultural Festival”. Bertambah meriah Tahun Melawat Malaysia 2014.

[ foto ehsan dari www.billbalo.com ]


Sebelum ketibaan para VVIP, NaZ telah pergi melawat gerai-gerai yang menawarkan pelbagai makanan dan kraftangan secara PERCUMA. Betul percuma…. Bagi para pelancong dan warga ota yang ini mencuba, perlu mendaftar dan diberikan sekeping kad kupon bagi mendapatkan juadah yang disediakan.

Antara sajian yang dinikmati adalah seperti…





Cendol dan Rojak kombinasi yang mantap di makan di waktu tengahari…

Ini pula makanan tradisi pada Tahun Baru Cina iaitu Kuih Kapit atau Love Letter…

Bagi pengemar Teh Tarik mesti tidak mahu ketinggalan menikmati secawan dua sebelum balik…
Ok bersambung balik.. selepas upacara menepung tawar beras kunyit dan memotong riben semua VVIP terus ke acara “Tossing Yee Sang” yang sememangnya menjadi tradisi Tahun Baru Cina. Yee Sang ini adalah tajaan dari Hotel Federal Kuala Lumpur dan Hotel Capitol Bukit Bintang.
Selesai acara ini, para VVIP ke pentas utama untuk acara seterusnya… dimulakan dengan acara tarian tradisional dari berbilang kaum di Malaysia.
Acara kemudian diteruskan dengan ucapan dari YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan serta paluan gendang bersama YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abd Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

[ foto ehsan dari www.kisahtatie.blogspot.com ]
Ramai juga yang berkunjung ke gerai kraftangan bagi mempelajari serta turut menguji kehandalan mereka dalam bidang kraf.






Pada acara ini juga NaZ bertemu seorang rakan media dari Vietnam iaitu Bill Balo yang kebetulan berada di Galeri Kuala Lumpur. Lalu Bill turut serta dan juga membuat liputan tentang acara ini di blog beliau yang berjudul “Meeting blogger friends in Kuala Lumpur“.

[ foto ehsan dari http://www.billbalo.com ]

[ foto ehsan dari http://kisahtatie.blogspot.com ]
Naz, Im from Viet Nam ^^ haha, not Cambodia ^^
hahahaha…my apology for that Bill. Maybe my reading about Cambodia has stuck in my mind and forced my finger to type that.
Thanks for sharing, nice post!
mua hàng trên aliexpress
Thank you Muahangtrenebay