Koleksi Raya Elrah Exclusive dan Rania Couture di the Curve Centre Court

Elrah Exclusive the Curve Damansara

Koleksi Raya Elrah Exclusive Dan Rania Couture di the Curve Centre Court │  Sedar tak sedar sudah hampir 2 minggu kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Dan semakin banyak promosi koleksi baju raya yang dapat kita lihat di sana sini mahupun kedengaran di corong-corong radio. Baru-baru ini Naz dan rakan telah di jemput oleh pihak the Curve untuk menghadiri majlis mereka dan selepas majlis tersebut, Naz mencuci mata di Centre Court kerana ada ruang jualan sempena Hari Raya. Dan kedai pertama yang Naz dan rakan-rakan masuk ialah Elrah Exclusive & Rania Couture (berhadapan dengan kedai Victoria Secret)

Elrah Exclusive & Rania Couture the Curve Damansara
Elrah Exclusive & Rania Couture the Curve Damansara

Elrah Exclusive ini adalah salah satu jenama yang popular, terutama sekali di musim perayaan. Untuk tahun ini, Elrah Exclusive menampilkan 4 artis terhangat masa kini seperti Fattah Amin, Shaheizy Sam, Amy Search dan Michael Ang. Semasa Naz ke booth Elrah Exclusive, koleksi Kurta Fattah Amin dan Abaya Rania Couture sudah pun tiba. Sambil-sambil Puan Putri (pemilik kedai) dan Elrah team (Jai, Shah & Dira) tengah membuka plastik baju kurta untuk di gantung, Naz dan rakan-rakan pun terus capai dan mencubanya.

Koleksi Kurta Fattah Amin
Koleksi raya Kurta Fattah Amin
Pelbagai rekaan kurta dan warna yang menarik
Pelbagai rekaan kurta dan warna yang menarik
Kurta Bilal Malik Elrah Exlcusive
Kurta Bilal Malik Elrah Exlcusive

Untuk koleksi raya Kurta Fattah Amin ini terdiri dari rekaan Bilal Malik, Wahsyi, FattahAmin f8, Abu Bakar dan Aqeeb. Naz mencuba rekaan Bilal Malik berwarna kuning terang benderang…

Mencuba koleksi Kurta Bilal Malik Elrah Exclusive
Naz mencuba koleksi Kurta Bilal Malik Elrah Exclusive

Wefie sikit dengan koleksi kurta Fattah Amin ni

Wefie sikit dengan koleksi kurta Fattah Amin ni

Rawlins dengan warna hijau berpisah tiada...
Rawlins dengan warna hijau berpisah tiada…

Selain dari pakaian lelaki, juga terdapat Abaya @Rania Couture untuk wanita yang baru sampai. En. Halim dan Puan Myra (pemilik Rania Couture) terus menyangkut Abaya tersebut sebab dah ada pelanggan yang dah tak sabar nak mencubanya.

Koleksi Abaya dari Rania Couture
Koleksi Abaya dari Rania Couture

Rata-rata Abaya ini dalam warna hitam dan mempunyai corak sulaman dan juga manik-manik hiasan. Lihat saja model-model sambilan mengayakan Abaya ini….

Cik Iena dah memilih Abaya yang hendak digayakan
Cik Iena dah memilih Abaya yang hendak digayakan
Antara koleksi raya Abaya Rania Couture
Antara koleksi raya Abaya Rania Couture

Tawaran Koleksi Raya Elrah Exclusive the Curve Damansara

Bagi pelajar dan penjawat awam, ada berita gembira untuk anda. Anda boleh dapatkan 10% diskaun di atas pembelian di booth Elrah Damansara the Curve sehingga 3 Syawal… tapi mesti menunjukkan bukti pengenalan seperti kad pelajar dan kad penjawat awam serta mengisi borang.

10 peratus diskaun untuk pelajar

Yang bukan pelajar atau penjawat awam, jangan kecewa. Setiap Jumaat, anda boleh mendapat rebat RM10 untuk satu resit dari jam 1 petang hingga 3 petang untuk baju dari Elrah Exclusive dan rebat RM30 untuk Abaya Rania Couture. Selain daripada itu juga, sekiranya anda membeli 3 pakaian dari Elrah Exclusive, anda akan mendapat baucar RM20 untuk pembelian seterusnya. Baucar tersebut sah sehingga 3 Syawal untuk penebusan di booth Elrah Exclusive the Curve Damansara sahaja.

Ada program khas unutk pelajar yang dikenali sebagai program “Jom Elrah“. Naz bukan pelajar so tak boleh join. Bagi pelajar yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang program ini, boleh emel kepada jomelrah2017@gmail.com.

Lagi menarik, ada perkhidmatan Cash On Delivery (COD) bagi yang tak sempat ke booth Elrah Exclusive the Curve Damansara. Tiada caj bayaran penghantaran dikenakan sekitar kawasan Damansara, Bangsar, Kelana Jaya dan Petaling Jaya. Sila hubungi En. K di talian 013-5040728 untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini.

Nak ikuti perkembangan promosi di Elrah Damansara ini, anda boleh ikut Instagram Elrah Damansara[klik sini] atau Facebook Elrah Damansara[klik sini].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *