KUASA, Single Terbaru Joe Flizzow bersama Azlan & The Typewriter

KUASA logo

KUASA, Single Terbaru Joe Flizzow bersama Azlan & The Typewriter | Dua tahun selepas melebarkan sayapnya dengan ‘Sampai Jadi’, Joe Flizzow melancarkan single terbarunya KUASA yang menampilkan Azlan & The Typewriter serentak dengan tayangan video muziknya arahan Zulamran Hilmi daripada 33.3, hari ini.

video kredit: YouTube Joe Flizzow

Ikon hip-hop Malaysia dan artis Def Jam Asia Tenggara itu telah menjemput salah satu suara besar dalam muzik indie, Azlan & The Typewriter untuk merakamkan single yang paling matang darinya, dibantu dengan penerbitan muzik yang elegan dan bertaraf antarabangsa daripada ALYPH; produser di sebalik lagu hit ‘Donde’ daripada Andi Bernadee dan ‘Mimpi’ daripada K-Clique.

KUASA Joe Flizzow

“Tulis dan ukir sejarah benar, jangan kau memahat, lekas bangun dari lena dan berlari terus ke garisan”, Joe laungkan kepada semua pendengar bagi mencetus semangat mereka untuk menawan dunia, di sebalik alunan piano yang bertenaga, rentak yang bersahaja serta nyanyian yang memukau daripada Azlan; yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008.

Joe menerangi proses bagaimana terciptanya lagu KUASA: “Saya menulis lagu ini dua tahun yang lalu kerana saya merasakan bahawa kita berada di dunia distopia. Satu masa di mana kekuatan yang ada, tidak akan berhenti sama sekali untuk memenuhi kerakusan dan nafsu mereka, tetapi pada masa yang sama lagu ini adalah seruan untuk bertindak agar pendengar saya sedar dan melengkapkan diri dengan ilmu sehingga dapat menghadapi perjuangan, dengan lebih bersedia. Lagu ini juga merupakan peringatan kepada semua bahawa kesenangan pasti datang selepas kesusahan.”

KUASA SIngle Terbaru dari Joe Flizzow

Berkonsepkan sejarah manusia yang dahagakan kuasa menerusi adegan-adegan yang digambarkan semula secara digital, Zulamran mahu menggambarkan saat-saat penting yang pernah berlaku menerusi visual-visual yang amat mendalam dan penuh makna tersirat. Video ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kuasa. Penyalahgunaan kuasa dari semasa ke semasa, dipamerkan secara digital dalam video ini, justeru memberi buah fikiran kepada pendengar untuk menentukan, jika sejarah ini akan berulang.” Ulas Zulamran.

KUASA merupakan single pertama yang dipetik daripada album ketiga Joe Flizzow yang bakal keluar akhir tahun ini. KUASA nanti boleh didengari di semua platform digital dan muzik video arahan Zulamran Hilmi boleh ditonton di YouTube JoeFlizzow

#joeflizzowKUASA#DefJamMY#DefJamSEA


TENTANG JOE FLIZZOW

Sejak zaman permulaannya dengan kumpulan rap duo lagenda Too Phat, artis yang digelar sebagai “Budak Baek” ini telah menjadi ikon yang dihormati ramai. Dengan dua album yang menguasai carta – President (2010) dan Havoc (2013) – Joe Flizzow telah mengubah industri muzik Malaysia apabila lagunya, ‘Apa Khabar’ memenangi Anugerah Juara Lagu ke-29, dan telah menjadi lagu bergenre hip-hop pertama yang berjaya memenangi anugerah tersebut.

Sejarah terukir juga pada tahun 2018 apabila beliau menjadi artis Malaysia pertama yang memenangi ‘Best South East Asia Act’ di MTV European Music Award (MTV EMA). Dengan gelaran “Presiden” hip hop Malaysia, Joe Flizzow telah membangkitkan industri muzik tempatan dengan permulaan 16 Baris, sebuah rancangan rap cypher yang memberi peluang untuk artis-artis hip-hop baru yang berasal dari Asia Tenggara, untuk mempamerkan bakat mereka ke dunia.

Ikuti: Instagram / Facebook / Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *