Lagu ‘Untukmu’ Dari Kumpulan Feminin Bakal Menjadi Runut Bunyi Rasmi Untuk Drama Gadis Muzikal

Gadis Muzikal

Lagu ‘Untukmu’ Dari Kumpulan Feminin Bakal Menjadi Runut Bunyi Rasmi Untuk Drama Gadis Muzikal | Industri muzik Malaysia baru-baru ini telah dihidupkan semula dengan kemasukan lagu saduran (lagu cover) dari era 1990-an. Fenomena ini tidak hanya membangkitkan kembali kenangan lama, tetapi juga membuktikan bahawa lagu-lagu tersebut masih relevan pada zaman kini. Kolaborasi antara tiga syarikat terkemuka iaitu Alternate Records Sdn Bhd, Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd, dan Zeel Production Sdn Bhd telah melahirkan sebuah runut bunyi rasmi untuk drama Gadis Muzikal lakonan utama terdiri daripada Aisha Retno, Fiza Thomas, Khodi, Serene Claire, dan Tika Nasir, atau dikenali sebagai ‘Angelz’.

Lagu ‘Untukmu’ Dari Kumpulan Feminin Bakal Menjadi Runut Bunyi Rasmi Untuk Drama Gadis Muzikal

Lagu ‘Untukmu’ telah mencetuskan satu fenomena yang luar biasa pada satu ketika dahulu daripada kumpulan wanita popular, Feminin, yang terdiri daripada As (vokal utama), Yatie (vokal kedua), Watie, Deq Nor, dan Along (vokal harmoni). Walau bagaimanapun, ‘Untukmu (Versi 2023)’ telah dinyanyikan oleh Aisha Retno, Fiza Thomas, Serene Claire, dan Tika Nasir atau dikenali sebagai “Angelz” dalam drama Gadis Muzikal,

Antara penyanyi yang terlibat dalam lagu ini ialah yang juga berperanan sebagai pelakon dalam drama yang sama. Selain itu, lagu ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada penerbit yang hebat seperti Mas Dewangga dan Jova Devito. Mereka telah menghasilkan susunan dan nafas lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’ agar lagu ini dapat memenuhi selera pendengar moden, menjadikannya lebih relevan untuk semua peringkat umur.

Aisha Retno menjelaskan perasaannya yang sangat teruja apabila mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’ bersama rakan selebriti yang lain dan berharap agar lagu ini menjadi siulan pada masa akan datang.

Gadis Muzikal - Aisha

“Perasaan Aisha sangat bersyukur kerana diberikan peluang yang cukup besar untuk menyanyikan semula lagu Feminin, ‘Untukmu (Versi 2023)’ bersama-sama rakan selebriti yang terlibat dalam Gadis Muzikal yang tidak kurang hebatnya. Apabila kami mendapat tawaran ini, tanpa teragak-agak Aisha bersama pelakon Gadis Muzikal yang lain mengatakan “iya” untuk melakukan versi dan nafas yang baharu tanpa merosakkan murni asal lagu ini yang sedia kala sudah cukup besar menjadi siulan ramai orang.”

“Harapan Aisha sendiri adalah agar lagu ini dapat menjadi siulan ramai generasi modenisasi era kini dan jika rezeki diluaskan, kemungkinan besar dapat menyanyikan lagu ini bersama-sama selebriti Gadis muzikal dan Feminin di satu pentas.” Sambungnya lagi.

Serene Claire, gadis 29 tahun yang berbangsa cina telah mengatakan bahawa dia telah menghadapi cabaran dalam Bahasa Melayu kerana bukan bahasa utamanya. Namum Serene berjaya menyampaikan lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’ dengan sempurna.

Gadis Muzikal - Serene

“Pertama kali mendengar lagu ini, saya merasakan aura positif yang sangat kuat dan penuh dengan harapan. Walaupun saya mempunyai halangan dalam Bahasa Melayu tetapi ia memberi keunikkan dalam lagu ini dengan aksen bahasa cina. Selain itu, saya menghafal lagu dengan hanya mengambil masa yang singkat dengan mendengar lagu ini banyak kali sehingga saya dapat menyampaikan lagu ini dengan sempurna.” Kata Serene Claire

Tika Nasir juga berkongsi persiapan sebelum membuat rakaman kerana mahukan unsur lagu semasa dan keistimewaan lagu ini juga membawa karakter dalam drama Gadis Muzikal.

“Tika telah mengambil langkah persiapan sebelum membuat rakaman ‘Untukmu’ yang mengandungi unsur vibe moden. Lagu ini tidak hanya mencerminkan personaliti individu kami, malah ia juga memaparkan karakter yang dilakon dalam drama. Kami bersyukur kerana hasilnya sangat memuaskan, dengan keunikan dan kekuatan vokal yang berbeza-beza di antara kami, membawa keberhasilan yang berkualiti.”

Gadis Muzikal - Tika

Sementara itu, Fiza berkata dia telah dibesarkan oleh lagu-lagu 90an, lagu ‘Untukmu’ tidak asing lagi untuknya dan keserasian bersama pelakon dan penyanyi yang lain juga mudah serasi kerana banyak meluangkan masa bersama dalam menjayakan lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’.

“Sememangnya lagu ‘Untukmu’ sangat familiar bagi Fiza kerana telah dibesarkan dengan lagu-lagu 90an sejak dulu. Fiza juga percaya bahawa lagu ini sangat dekat dengan Fiza. Untuk keserasian bersama penyanyi lain pula, Fiza banyak meluangkan masa untuk mencari rujukan seperti lagu-lagu sanduran yang lain dan secara tidak langsung kami membina keserasian antara satu sama lain. Hal ini juga telah memudahkan proses pembikinan ‘Untukmu (Versi 2023)’ lebih sempurna.” Fiza Thomas berkata.

Gadis Muzikal - Fiza

Lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’ ini telah dipilih sebagai runut bunyi rasmi untuk drama Gadis Muzikal yang ditayangkan mulai 17 Ogos 2023 pada Khamis sehingga Sabtu, 9 malam di strim ekslusif HD Tonton. Drama ini mengisahkan kisah lima gadis dengan latar belakang yang berbeza, yang bersaing di dalam pertandingan realiti TV untuk membentuk sebuah trio yang dikenali sebagai kumpulan ‘Angelz.’ Drama ini dijangka akan memukau penonton dengan penggabungan elemen muzik dan naratif yang menyentuh hati.

“Drama Gadis Muzikal membawa konsep yang segar kepada penonton, menggabungkan elemen muzik dengan cerita yang memikat,” tambah [Nama Pengarah Drama]. “Kami berharap bahawa penonton akan terhibur dan terinspirasi oleh perjalanan gadis-gadis ini dalam mencapai cita-cita mereka.”

Lagu saduran ‘Untukmu’ dan drama Gadis Muzikal adalah contoh nyata bagaimana industri muzik dan hiburan tempatan terus berkembang dengan membawa warisan klasik ke dalam konteks moden. Melalui kolaborasi yang cemerlang antara syarikat-syarikat utama dan bakat-bakat muda, Malaysia terus menjadi pusat kreativiti dan inovasi dalam dunia muzik dan hiburan.

Dengarkan lagu ‘Untukmu (Versi 2023)’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *