LazAda Style Dengan Pertunjukan Fesyen Raya Secara Langsung

LazAda Style logo

LazAda Style Dengan Pertunjukan Fesyen Raya Secara Langsung | Lazada Malaysia telah mengajak pembeli dalam talian seluruh Malaysia menyaksikan pertunjukan fesyen bertemakan LazAda Style menerusi aplikasi telefon mudah-alih. Ia bukan sekadar pertunjukan fesyen secara langsung, bahkan anda boleh terus membeli pakaian, beg, jam tangan, barang kemas, kasut dan bermacam lagi yang digayakan oleh para model secara langsung. Klik sahaja dan ia akan terus berada dalam shopping cart anda.adalah nombor satu dalam talian membeli-belah dan destinasi jualan di Asia Tenggara

LazAda Style Live Streamed

Antara jenama tempatan yang turut menyertai pertunjukan fesyen LazAda Style seperti Fazbulous oleh Fazura, Mawarred, Rumah Kebaya Bangsar, HABIB, ICE, Daniel Wellington, Carlo Rino, BONIA dan banyak lagi.

LazAda Stye Pertunjukan Fesyen
jenama tempatan di LazAda Style

Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia memulakan acara itu dengan menerangkan dengan lebih terperinci tentang kempen Lazada untuk sepanjang bulan Mei dan Jun, bermula dengan Festival Wanita 24 jam pada 25 April. Bersama LazRaya Together-gether, Lazada Malaysia juga akan memperkenalkan tawaran mingguan bagi kategori produk yang berbeza seperti kesihatan dan kecantikan, barangan isi rumah, barang elektronik dan barangan perjalanan.

Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia
Gaya Together Gether
Laz Raya Together Gether

Pertunjukan fesyen LazAda Style turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi vokalis Dayang Nurfaizah, De Fam dan Aisyah Aziz.

Dayang Nurfaizah
Aisyah Aziz
De Fam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *