LEGOLAND Malaysia Resort Pupuk Kreativiti Melalui Pesta Halloween Brick-or-Treat | Sepanjang bulan Oktober, LEGOLAND Malaysia Resort akan berubah dan menjadi taman seram yang mesra kanak-kanak di Malaysia untuk perayaan Brick-or-Treat mereka. Tahun ini, keluarga dan anak-anak kecil mereka boleh merasai aktiviti dan pendidikan yang menyeronokkan seperti Speed Building Challenges di mana mereka boleh bekerjasama dan belajar melalui keajaiban permainan.

Dilengkapkan dalam hiasan Halloween yang terbaik, seluruh taman akan diperlengkapkan dengan aktiviti yang dapat dinikmati dan dipelajari bersama keluarga, termasuk Hut Activity Trail di mana pengunjung dikehendaki menyelesaikan tugas di pelbagai pusat pemeriksaan. Keluarga juga boleh mengambil gambar yang cantik dan dipos ke Instagram di Laughter Castle atau mengambil foto bersama watak LEGO® kegemaran mereka di Halloween Parade.

“Di LEGOLAND Malaysia Resort, kami percaya kanak-kanak mempunyai keseronokan melalui permainan kerana ia membolehkan mereka menggunakan imaginasi mereka yang tidak terbatas. Kami telah melabur dalam pelbagai elemen untuk semua aktiviti kami bagi menggalakkan kanak-kanak untuk membayangkan, membuat pembaharuan dan memberi inspirasi, sambil menghubungkan keluarga menerusi pengalaman percutian yang berkualiti dan mengagumkan, “kata Kurt Stocks, Pengurus Besar di LEGOLAND Malaysia Resort.
Setiap Jumaat & Sabtu, LEGOLAND Malaysia Resort juga akan menganjurkan Parti Malam Brick-or-Treat terbesar. Pada parti yang meriah ini, anak-anak boleh menguji imaginasi dan inovasi mereka melalui Speed Building Challenges serta kemahiran mereka menyelesaikan masalah di Trail Brick-Or-Treat. Untuk memastikan bahawa mereka menggunakan kemahiran utama yang mereka pelajari, anak-anak yang mengambil bahagian akan diberi ganjaran dengan hadiah sehingga RM500 dan pelbagai hadiah percuma.

Untuk memanfaatkan percutian ini, keluarga perlu mengambil kesempatan pada promosi berikut: –
Promosi Butiran
| Promosi | Maklumat |
| Brick-or-Treat Party Nights (Jumaat & Sabtu | Dari 5.00 ptg to 8.00 mlm) | Tiket Masuk Khas RM88 |
| Eksklusif utk Pemegang Pas Premium (Jumaat & Sabtu | 1 – 30 Oktober) | Bawa seorang rakan dengan PERCUMA |
| Masuk Percuma Kanak-kanak (umur 3 – 11) (Dari 1 – 30 Oktober) | Masuk PERCUMA untuk kanak-kanak berpakaian Halloween costumes |
Keluarga boleh membuat tempahan untuk bersama di kalangan hantu LEGO® yang menyeramkan di laman web rasmi LEGOLAND Malaysia Resort www.legoland.com.my. Untuk maklumat lanjut tentang promosi, aktiviti dan perayaan akan datang, berhubung dengan resort melalui Facebook dan Instagram.