Lenovo Laptop IdeaPad 100S: Beli dengan Harga Murah di Carousell

lenovo laptop ideapad 100s

Lenovo Laptop IdeaPad 100S: Beli dengan Harga Murah di Carousell │ Dalam keghairahan menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini, anak Naz yang sulung dah sibuk mencongak duit raya yang diterima. Bila ditanya nak beli apa dengan duit Raya tu, dia kata tak cukup ni kalau nak be beli laptop. Bila di tanya kenapa nak beli laptop, dia nak guna untuk tugasan sekolah seperti Sejarah, Pandu Puteri, Karangan Bahasa Malaysia dan banyak lagi.

lenovo-laptop-ideapad-100s-11-silver-front-2

Zaman Naz dulu masa darjah 5 cuma pakai kertas dan pen sahaja nak menyiapkan tugasan sekolah. Sekarang ni nak kena bertaip bagai dan siap kena ada gambar dan design sekali…  Iyalah zaman dah berubah, cara pun berbeza lah dengan 30 tahun yang lepas.

Terus dilanda dilemma… mana nak cari laptop yang basic dengan harga di bawah RM1,000. Paling murah pun rasanya dalam RM1,200 ke atas, itu pun tak termasuk perisian Microsoft Office lagi. Pening memikirkan permintaan anak dara Naz kali ini.

Jadi Naz terus buat carian untuk ciri-ciri laptop yang sesuai untuk anak dara Naz seperti berikut:

  1. Menggunakan pemprosesan Intel Pentium untuk prestasi baik.
  2. Harga yang mampu miliki dengan prestasi yang baik.
  3. Ringan dan nipis supaya mudah dibawa ke mana-mana.
  4. Mempunyai capaian WiFi supaya boleh sambung ke internet.

Naz dapati Lenovo Laptop IdeaPad 100S antara yang memiliki ciri-ciri tersebut. Ada jenama lain yang terpapar tapi dari segi pengalaman penggunaan, Naz pernah memiliki produk Lenovo sebelum ini dan tidak ada banyak isu. Naz terus sahaja ke laman web Lenovo untuk melihat spesifikasi Lenovo Laptop IdeaPad 100S ini.

lenovo-laptop-ideapad-100s-11-blue-front-15

Lenovo Laptop IdeaPad 100S

Reka Bentuk dan Prestasi Processor Lenovo

intel-atom

Lenovo bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik tetapi ia juga direka untuk ketenangan minda anda. Mempunyai ciri keselamatan yang serasi dengan kunci kabel Kensington MiniSaver. Kabel ini kukuh dan membolehkan anda melindungi peranti anda dari dialihkan atau dicuri. Ini bermakna anda boleh melawat rakan di meja yang lain atau memesan secawan kopi tanpa rasa bimbang.

Lenovo laptop  juga diperkasakan dengan sistem pemprosesan yang bertenaga dengan pemproses quad-core Intel® ATOM™. Saiz RAM mahupun memori yang sekitar 2GB DDR3L cukup untuk penggunaan yang asas.

Nipis, Ringan, dan Mudah Alih

Pada ketebalan hanya 17.5mm (0.7″) dan berat hanya 1kg (2.2 paun), Lenovo laptop Ideapad 100S sangat sesuai untuk gaya hidup yang sentiasa bergerak. Tidak membebankan dan tak perlu nak galas laptop yang tebal dan berat lagi.

lenovo-laptop-ideapad-100s-11-blue-cover-6

Pilihan Sambungan

Dengan 802.11 b / g / n penyambungan WiFi dan pilihan Bluetooth® 4.0, anda boleh menyambung ke internet di mana sahaja anda pergi. Ciri yang paling penting bagi membolehkan kita mengakses informasi yang tidak terbatas ini.

lenovo laptop ideapad-100s-11-front

Sekarang ini ada pelbagai platform jualan atas talian yang boleh kita lawati untuk membandingkan harga. Tetapi platform mana yang boleh menawarkan banyak pilihan dengan harga lebih murah?

Carousell Pilihan Terbaik

Dah berkali-kali dengar iklan di radio Era tentang Carousell ni. Carousell adalah aplikasi pasaran mudah alih yang memberikan platform untuk anda menjual barangan anda semudah mengambil foto. Misi Carousell adalah menjadikan transaksi pembelian dan jualan dalam talian boleh diakses oleh semua di samping mewujudkan komuniti yang selamat, mesra dan membantu pengguna menjadi gembira!

Laman Web Carousel

Carousell juga boleh dimuat turun secara percuma pada peranti iOS atau Android dengan melawat Apple App Store atau Android Google Play Store.

Carousell apps

Carousell-app store Carousell-google play

Jadi teringatkan iklan tu, Naz terus layari laman web Carousel di my.carousell.com yang mempunyai banyak pilihan lebih daripada 30 kategori seperti elektronik dan gajet, fesyen wanita dan lelaki, kelengkapan rumah dan perabot, kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi. Sungguh mudah untuk membuat carian barangan yang diperlukan.

Carousell-Elektronik dan Gajet

 

Carian Lenovo Laptop

Dari segi harga, kita boleh membandingkan harga para penjual terlebih dahulu sebelum membeli. Harga yang ditawarkan di platform ini jauh lebih murah daripada harga runcit barangan tersebut. Anda juga boleh menjual barangan terpakai anda (preloved) untuk mendapatkan bajet untuk membeli barangan lain yang anda perlukan.

Perbandingan harga Carousell dan harga runcit

Platform ini selamat digunakan kerana dari saat anda mendaftar sebagai ahli Carousell, anda menjadi sebahagian dari komuniti positif, dan dengan membeli dari sesama ahli komuniti, anda sebenarnya membantu antara satu sama lain dalam proses tersebut.

Jangan lupa kongsikan platform Carousell ini dengan rakan-rakan anda. Hari Raya ini mesti dah banyak keluarkan duit, jadi dengan Carousell anda boleh menjana kembali pendapatan dengan menjual barangan terpakai anda. Ingat dari komuniti kepada komuniti, platform Carousell adalah pilihan terbaik untuk mencari peranti dengan harga termurah di pasaran

Ok, naz nak sambung carian Lenovo Laptop Ideapad 100S murah di Carousell.

Selamat Hari Raya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *