Makan Durian Bayar Pakai Aplikasi M2U

Special Durian Offer with M2U

Makan Durian Bayar Pakai Aplikasi M2U |  Sebelum ini orang makan durian bayar pakai wang fisikal, tak pun pakai kad kredit. Tapi kini Maybank membawakan kemudahan membuat pembayaran menggunakan aplikasi mobile mereka iaitu M2U.

Free Durian Treat with M2U

Pada Isnin lepas, Maybank dan Durian King TTDI telah mengadakan satu event M2U h-APP-y Hour  di mana peminat-peminat durian boleh membeli durian Musang King atau Black Thorn dengan hanya menggunakan aplikasi M2U. Wang fisikal atau kad kredit tidak diterima! Harga istimewa Musang King RM35/kilo dan Black Thorn RM55/kilo.

Notis M2U h-APP-y Hour

M2u h-APP-y Hour pada 20 Nov

Bayar melalui aplikasi M2U dengan mudah
Bayar melalui aplikasi M2U dengan mudah…

Seawal 6.30 petang sudah mula kelihatan peminat-peminat raja buah ini sudah berbaris untuk mendapatkan idaman mereka. Tepat jam 7.00 malam barulah mereka diberi laluan untuk memilih durian mereka dan terus membuat pembayaran dengan menggunakan aplikasi M2U. Setiap pembeli dihadkan kepada 3 kilogram seorang sahaja untuk harga yang ditawarkan.

Seawal jam 6.30 petang sudah berbaris
Seawal jam 6.30 petang sudah berbaris…
Cara terbaru mengakses aplikasi M2U
Cara terbaru mengakses aplikasi M2U [ foto kredit facebook Maybank ]

#MaybankApp kini dilengkapi dengan ciri log masuk biometrik baru yang unik kepada penggunanya, ID Wajah dan ID Suara serta Sentuhan Pantas. App Maybank membolehkan anda menjadi anda, dengan ciri-ciri keselamatan dan mambawa ciri penyesuaian ke peringkat seterusnya. Untuk maklumat lanjut tentang #M2UBiometrics sila layari http://mybk.co/10osi

Di event ini juga, ramai yang baru mengetahui bagaimana nak mengenal Durian Musang King dan Durian Black Thorn. Mr. Heng telah menerangkan salah satu cara mudah untuk mengenali jenis buah durian adalah dengan melihat pusar di bawah buah tersebut.

Musang King vs Black Thorn
Musang King vs Black Thorn

Durian Musang King mempunya pusar yang berbentuk seperti bintang manakala Durian Black Thorn mempunyai duri halus yang berwarna hitam. Mudahkan, ilmu baru yang Naz pelajari.

Durian Black Thorn
Durian Black Thorn
Durian Musang King
Durian Musang King

Selain dari itu, terdapat Aiskrim Durian, Roti Jala dengan Serawa Durian, Pulut dengan Serawa Durian, Cendul Durian, Kuih Seri Muka Durian dan Air Kelapa Muda. Semua ini diberikan secara PERCUMA, dengan syarat anda kena redeem guna token yang disediakan. Sebelum tu anda kena la download aplikasi M2U dan tunjukkan kepada pegawai Maybank bertugas untuk dapatkan token tersebut.

Aiskrim Durian
Aiskrim Durian
Pulut dengan Serawa Durian
Pulut dengan Serawa Durian
Kuih Seri Muka Durian
Kuih Seri Muka Durian
Cendul Durian
Cendul Durian
Air Kelapa Muda
Air Kelapa Muda

Puan Yati ni antara yang paling sibuk mengendalikan acara ini tapi tak lupa pada kami para bloggers. Sempat dia untuk mendapatkan Aiskrim Durian untuk kami sebagai pembuka selera. Kemudian Big Boss Durian King TTDI sendiri membukakan Musang King kepada kami. Memang sedap isi Durian King ini dengan aromanya sahaja sudah memikat. Kami tak tunggu lagi dan terus mengerjakan durian di depan mata. Sekejap sahaja licin.

Pn. Yati menyajikan pembuka selera Ais Krim Durian
Pn. Yati menyajikan pembuka selera Ais Krim Durian
Boss Durian King TTDI membuka Musang King untuk dijamu
Boss Durian King TTDI membuka Musang King untuk dijamu pada bloggers…

Lihat sahaja lah durian yang kami nikmati sehingga kenyang…. isinya kuning dan tebal, penuh dengan rasa manis pahit dan berlemak. Memang #padubeb

Black Thorn
Black Thorn – isi yang tebal dan berlemak….kurang bau
Musang King
Musang King – isi yang tebal dengan rasa yang manis pahit…baunya yang semerbak

Kami makan buah durian berselang seli dengan hidangan percuma yang disediakan. Dan lagi best, bila Big Boss Maybank Datuk Abdul Farid Alias sendiri turun padang dan membawa durian kepada kami.

Datuk Abdul Farid sendiri membawakan durian kepada kami...
Datuk Abdul Farid sendiri memjamu durian kepada kami… [ foto kredit facebook Maybank ]
Datuk Abdul Farid memang sporting
Datuk Abdul Farid memang sporting… [ foto kredit facebook Maybank ]
Apa pun Maybank terus membawakan inovasi dalam perbankan kepada penggunanya. Semoga pembayaran menggunakan aplikasi M2U ini kedai-kedai terus diperkembangkan bagi menuju ke arah cashless society.

Semua muka happy sebab kenyang durian
Semua blogger muka h-APP-y sebab kenyang durian [ foto kredit facebook Maybank ]
Terima kasih Maybank dan Durian King TTDI untuk hidangan yang mantap ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *