MCAT Box Office Sdn Bhd (MBO Cinemas) telah melantik Coca-Cola Malaysia melalui satu perjanjian konsesi minuman baru yang bakal memaparkan rangkaian minuman pilihan baharu yang akan menghilangkan dahaga penonton tegar panggung wayang di 27 buah pawagamnya seluruh negara.

MBO Cinemas adalah rangkaian pawagam ketiga terbesar di Malaysia, yang bertempat di 27 buah lokasi serta memiliki 213 skrin panggung di seluruh negara. Ianya juga menawarkan panggung wayang yang berlainan konsep seperti BIG SCREEN, KECIL, MX4D dan PREMIER. Setiap panggung wayang ini sesuai untuk semua peringkat penonton, baik yang sukakan cabaran mahu pun berpasangan atau keluarga yang mempunyai anak kecil.

Perjanjian selama empat tahun ini akan menghidangkan rangkaian minuman halal yang pelbagai keluaran Coca-Cola Malaysia termasuklah Coca-Cola Classic, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite, Fanta Strawberry, A&W Sarsaparilla, Aquarius, Heaven and Earth Ice Lemon Tea, Minute Maid Refresh Orange, Minute Maid Pulpy Orange, Minute Maid Qoo Fuji Apple, air mineral Dasani, Glaceau Vitamin Water (Essential, Power C & Restore) dan Georgia Coffee.

Untuk pengalaman yang lebih menakjubkan, penonton juga boleh membuat pilihan lain dengan menambah RM1 sahaja lagi untuk menaik taraf pilihan minuman mereka kepada Frozen Coca-Cola dan Frozen Fanta Grape, di MBO Citta Mall, MBO Subang, MBO Setapak Sentral, MBO Kepong Village, MBO Klang, MBO Kuantan, MBO Ipoh and MBO Batu Pahat.

Perjanjian tersebut telah secara rasminya ditandatangani di Petaling Jaya hari ini, oleh Gareth McGeown, Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola’s Bottling Investment Group Malaysia-Singapore-Brunei bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas, Lim Eng Hee. Perjanjian itu turut disaksikan oleh Pengarah Pembangunan Pelanggan dan Transformasi Digital Coca-Cola Malaysia, Wee Li Ying dan Ketua Pegawai Operasi MBO Cinemas, Cheah Chun Wai.

“Konsesi minuman ini adalah permulaan kepada suatu yang baru dan kami amat berbangga kerana dapat terus memperbaiki dan meningkatkan pengalaman para penonton panggung di MBO dengan rangkaian minuman sejuk keluaran Coca-Cola yang kini boleh dinikmati bersama makanan ringan lain. Saya ingin memuji MBO kerana telah membuat keputusan yang baik dengan memilih Coca-Cola Malaysia sebagai bintangnya,” kata McGeown. McGeown juga menyatakan bahawa kerjasama dengan MBO adalah merupakan sebahagian daripada sambungan komitmen dari Coca-Cola di pasaran dan juga untuk para pelanggannya di Malaysia, di mana Syarikat ini telah membuat pelaburan lebih dari RM1 bilion sejak tahun 2010. Pengumuman penambahan kepada pelaburan asal sebanyak RM500 milion telah pun diumumkan pada tahun lepas.
“Kami akan terus membuat pelaburan untuk penukaran rasa dan pilihan untuk disediakan kepada para pelanggan di Malaysia juga untuk mengembangkan kehadiran kami di negara ini yang memberi kesan yang positif kepada ekonomi, pekerjaan dan yang paling utama iaitu rakan-rakan perniagaan tempatan seperti MBO.”
Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas, Lim Eng Hee berkata, “Sama ada ianya minuman dingin yang menyegarkan untuk dinikmati dengan bertih jagung segar atau pun minuman panas seperti Georgia Coffee yang diadun segar, rangakaian luas minuman dari Coca-Cola di pawagam kami akan meningkatkan pengalaman menonton wayang secara keseluruhan.”