Memacu Profesion Farmasi Sebagai Bidang Progresif

KPJ-Healthcare_20200730200927_kpjhealth.com_.my_

Memacu Profesion Farmasi Sebagai Bidang Progresif | Dengan tenaga kerja seramai 96 ahli farmasi mengisi lebih 1.7 juta preskripsi setiap tahun, KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Syarikat”) komited untuk memastikan peranan ahli farmasi di seluruh rangkaian hospitalnya di seluruh negara terus berkembang seiring dengan keperluan para pesakit.

KPJ Healthcare University College (KPJUC) students, pharmacists, training bodies and KPJ Healthcare’s workforce celebrating the annual World Pharmacist Day Celebration 2022 at KPJUC Nilai recently.

Seringkali disalah ertikan sebagai profesion kesihatan yang tradisional, peranan kritikal ahli farmasi dalam industri farmaseutikal telah melalui perkembangan evolusi sejak beberapa tahun ini. Sebagai tambahan kepada perolehan harian, kawalan kualiti, kaunseling pesakit dan penjaga, dan pengurusan rutin ubat-ubatan, ahli farmasi kini terlibat dalam perkhidmatan pengkompaunan khusus seperti proses dispensi aseptik untuk rawatan kemoterapi, dan juga melakukan intervensi preskripsi dan semakan pengurusan terapi ubat untuk memastikan pilihan ubat yang tepat.

KPJ Healthcare University College (“KPJUC”)

KPJ Healthcare melalui bahagian pendidikannya, KPJ Healthcare University College (“KPJUC”) menawarkan sokongan menyeluruh untuk ahli farmasi dari pendidikan hingga kerjaya mereka dan menyediakan pertumbuhan pelbagai aspek melalui Pusat Pengajian Farmasinya, setelah melahirkan hampir 1,100 pembantu farmasi untuk sektor penjagaan kesihatan domestik dan antarabangsa.

Pusat Pengajian Farmasi KPJUC terdiri daripada empat program terkemuka, termasuk Sarjana Sains dalam Teknologi Farmaseutikal, Sarjana Muda Farmasi (Kepujian), Sarjana Muda Sains Farmaseutikal dengan Sains Kesihatan (Kepujian) dan Diploma dalam Farmasi, dengan program Sarjana Farmasi dijangka dilancarkan awal tahun hadapan. Selain itu, Pusat Kecemerlangan Sains Farmaseutikal (“CoEPS”) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2019, memfokuskan pada inisiatif untuk penyelidikan akademik yang akan bermanfaat dalam industri farmaseutikal. Baru-baru ini, Pusat Pengajian Farmasi juga memperoleh RM200,000 dalam bentuk geran penyelidikan luar daripada Kumpulan Aafiyat, di mana empat kajian penyelidikan klinikal akan dijalankan di CoEPS dan Hospital Pakar KPJ Seremban.

KPJ Healthcare University College (“KPJUC”) 2

“Peranan ahli farmasi menjadi kian penting, sama ada di hospital, farmasi komersial, pembelian dan pengedaran, akademik, penyelidikan, dan lain-lain. Seiring dengan perkembangan zaman, kami telah merintis pelbagai kemajuan farmaseutikal di hospital kami, daripada penyimpanan yang selamat, proses dispensi, pesanan doktor secara digital, modul farmasi pesakit luar dan peningkatan aliran kerja keseluruhan, berpandukan amalan terbaik dalam industri. Tambahan pula, kesedaran yang semakin meningkat tentang pemerkasaan wanita dalam profesion farmaseutikal sememangnya patut dipuji, dan saya percaya ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan dan kualiti perkhidmatan,” kata Norhaizam Mohammad, Pegawai Pimpinan (Officer in Charge) merangkap Ketua Pegawai Kewangan (“CFO”) KPJ Healthcare, semasa Sambutan Hari Ahli Farmasi Sedunia 2022 anjuran KPJ Healthcare di KPJUC, Nilai baru-baru ini.

Hampir 120 orang hadir, terdiri daripada para pelajar, ahli farmasi, organisasi latihan dan tenaga kerja KPJ Healthcare, meraikan tema tahunan global “Pharmacy united in action for a healthier world“.

Selain menyediakan peluang pekerjaan untuk ahli farmasi di rangkaian hospitalnya, KPJ Healthcare melalui jenama komersial yang dibangunkannya, Healthshoppe, mempunyai empat JX Pharmacies (terletak di Bangi, Kota Damansara, VistaAlam dan Sri Manjung), sepuluh unit Healthshoppes di beberapa Hospital KPJ, dan platform e-dagang sendiri, KPJShoppe.com. Pelan pembesaran di dalam dan di luar Hospital KPJ sedang dalam perancangan, dengan anggaran 26 cawangan dijangka dibuka menjelang tahun 2027, membolehkan ahli farmasi mengembangkan kerjaya mereka dengan KPJ Healthcare.

Tatkala usaha pemulihan dipergiatkan ketika pandemik COVID-19, ahli farmasi dari seluruh Hospital KPJ dan farmasi komersial berkumpul untuk menyumbang kepakaran mereka dan menghulurkan bantuan dalam menyelaraskan pengurusan rantaian bekalan di dua Pusat Pemberian Vaksin Mega (“Mega PPV”) kendalian KPJ yang terletak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan The Mall Mid Valley Southkey Johor Bahru, menerima stok dan memastikan penyelenggaraan rantaian bahan dingin. Usaha berdedikasi mereka dalam menyelesaikan masalah, melaporkan tindak balas ubat, mengurus permintaan maklumat ubat dan mengurus laporan statistik harian jelas menggambarkan peranan kritikal mereka dalam industri penjagaan kesihatan. Menjelang akhir tahun 2021, dengan bantuan wira-wira yang tidak didendang ini, sejumlah hampir 1 juta vaksin telah berjaya diuruskan oleh Mega PPV KPJ Healthcare.


Mengenai KPJ Healthcare Berhad

KPJ Healthcare mengendalikan 29 hospital di Malaysia yang terletak di seluruh negara dan juga 2 hospital di Indonesia, 1 di Bangladesh dan 1 di Thailand.  KPJ juga mempunyai 4 Pusat Penjagaan Ambulatori yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan Selangor. Dengan sokongan 1,451 pakar perubatan di bawah perkhidmatannya, KPJ Healthcare merawat lebih daripada 2.9 juta pesakit setiap tahun. Sebanyak 19 hospital KPJ telah mendapat akreditasi Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) manakala 4 menerima akreditasi Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI).

Pada 2020, terdapat 17 Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) dan lima klinik bergerak di seluruh Malaysia. Lapan daripada Klinik KWAN kami mempunyai akreditasi MSQH, yang memastikan kami menyediakan khidmat penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

KPJ Healthcare juga mengendalikan pusat penjagaan warga emas dan bantuan hidup di Kuala Lumpur, Kuantan dan Sibu di Malaysia dan di Brisbane, Australia yang menyediakan kemudahan penjagaan jangka pendek dan juga jangka panjang. Rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan termasuk penjagaan untuk penghuni warga emas, perkhidmatan rehabilitasi dan penjagaan selepas bersalin.

Dalam bidang pendidikan, KPJ Healthcare University College (KPJUC) yang terletak di Negeri Sembilan menawarkan lebih daripada 38 program pengajian, daripada peringkat Asasi kepada PhD. Usaha tersebut menyokong strategi perkembangan rangkaian hospital KPJ dengan menyediakan kumpulan bakat yang berpengalaman dan terlatih.

KPJ Healthcare adalah sebahagian daripada Indeks Bursa Malaysia FTSE4Good sejak 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *