Menanam Nilai Rukun Negara Dalam Kalangan Belia Demi Perpaduan

Rukun Negara Malaysia

Menanam Nilai Rukun Negara Dalam Kalangan Belia Demi Perpaduan | Dengan fokus sambutan ke-50 bagi Rukun Negara bagi Hari Kemerdekaan tahun ini, syarikat sosial Projek57 hari ini telah bekerjasama dengan Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya (UM) dalam Sesi Dialog bertajuk ‘Rukun Negara Sebagai Asas Perpaduan Bangsa Malaysia’.

Rukun Negara

Ahli alumni UM, YBhg Dato’ Dr Mahmood Merican telah merasmikan sesi tersebut yang diadakan dengan skala yang lebih kecil tahun ini. Dialog ini merupakan sebahagian daripada siri dialog yang dilancarkan oleh Pusat Dialog Peradaban, UM, bagi menggalakkan perbualan yang meningkatkan persefahaman dan memperkukuh hubungan dalam kalangan komuniti di negara ini.

YBhg Dato’ Dr Mahmood dalam ucapan aluannya berkata, “”Marilah kita membangunkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, di mana setiap rakyat itu berhak dan dilayan dengan penuh hormat dan belas kasihan.”

Sesi dialog yang pertama membincangkan peranan yang dimainkan oleh Rukun Negara di Malaysia sejak pengenalannya 50 tahun yang lalu dan bagaimana nilai-nilainya perlu ditanam dan dipupuk dalam golongan belia dan rakyat Malaysia dalam usaha mempromosikan perpaduan dan harapan, lebih-lebih lagi semasa menelusuri tahun yang sangat mencabar ini.

Dialogue Session Panellists: Encik Zairudin Hashim, Vice President of Central Committee of Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM), Mr Eddin Khoo, Director and Founder of Pusaka, and Co-Founder of Projek57 Encik Syed Sadiq Albar. Rukun Negara

Seramai tiga orang ahli panel yang terdiri daripada Pengasas Bersama Projek57 Syed Sadiq Albar, Pengasas dan Pengarah Pusaka, Eddin Khoo, serta Zairudin Hasim, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga merupakan moderator, telah membincangkan impak Rukun Negara dalam mendorong perpaduan, kepentingannya kini dan mengapa komuniti belia, khususnya,  harus mendalami nilai-nilai Rukun Negara.

Syed Sadiq dari Projek57 berkata, “Syarikat sosial kami diasaskan bersandarkan mesej perpaduan dan dengan #MakaKami sebagai tagline kami, nilai-nilai Rukun Negara telah ditanamkan dalam ‘Movement of Hope’ kami dalam golongan belia. Seringkali, kita tertumpu kepada perbezaan dan menoleh dari persamaan kita sebagai rakyat Malaysia. Namun, persamaan ini yang harus kita raikan sambil kita memperkasa golongan belia untuk bangkit mengatasi batasan dan cabaran, dan sekaligus, melangkah ke hadapan bersama-sama.”

Zairudin Hashim, Naib Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, “Meskipun Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak mempunyai mukadimah seperti Turki dan India, Rukun Negara memainkan peranan yang besar sebagai pasak yang menjadi pengukuh asas perpaduan negara. Sebagaimana semangat yang dibawa oleh Pancasila di Indonesia, Rukun Negara membawa bersamanya falsafah serta prinsip kebangsaan untuk disemai bersama nilai-nilai murni dalam jiwa rakyat terbanyak. Nilai-nilai inilah yang sewajarnya memberi makna kepada wajah kenegaraan tulen dalam kalangan masyarakat kita.”

Eddin Khoo turut berkata “Sejarah koletif yang kurang merupakan salah satu cela besar untuk negara ini. Kita harus ingat bahawa kita bermula sebagai sebuah komuniti dahulu sebelum kita menjadi sebuah negara. Rukun Negara harus menggesa semua rakyat Malaysia untuk menghayati sejarah kolektif kita, selain daripada sejarah rasmi.”

Pusat Dialog Peradaban ditubuhkan secara rasmi sebagai sebahagian daripada UM pada 1997. Pengarahnya, Profesor Madya Dr. Rosilawati Zainol percaya bahawa perbahasan yang berhemah adalah penting untuk rakyat lebih menghargai dan meraikan persamaan dan perbezaan yang akhirnya boleh mengeratkan perpaduan.

“Kemerdekaan yang sebenar adalah kemerdekaan minda dan jiwa yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri. Ia dibentuk oleh empat aspek utama; agama, bahasa, pendidikan dan akhlak. Aspek terpenting di antara semua ini sudah tentulah agama,” jelas Profesor Madya Dr. Rosilawati Zainol. Untuk maklumat lanjut mengenai Projek57, sila layari https://www.projek57.com/ atau lawati Facebook Projek57 di https://www.facebook.com/projek57, Twitter di https://twitter.com/projek_57 atau Instagram di https://www.instagram.com/projek57/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *