MH17: Menyingkap Tragedi Pesawat Malaysia Airlines Melalui Dokumentari

MH17 Dalam Kenangan

MH17: Menyingkap Tragedi Pesawat Malaysia Airlines Melalui Dokumentari | Tanggal 17 Julai 2014, pesawat Malaysian Airlines meletup di udara ketika membuat penerbangan komersil dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Kejadian yang mengejutkan dunia ini telah mengorbankan kesemua 298 penumpang termasuk krew pesawat tersebut. Sebahagian besar penumpang adalah rakyat Belanda dan selebihnya rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia. Enam tahun sudah berlalu tetapi ia masih menjadi tanda tanya. Kini Vasily Prozorov tampil dengan dokumentari bertajuk “MH17: Mencari Kebenaran

MH17: Mencari Kebenaran

Siapakah Vasily Prozorov?

Mungkin nama ini begitu asing buat kita, tetapi beliau merupakan seorang yang berani untuk menjalankan siasatan sendiri bagi merungkai misteri tragedi pesawat MH17. Vasily Prozorov merupakan seorang bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) dan Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “Ukrleaks”. Beliau telah bekerjasama dengan pihak Perkhidmatan Khas Rusia atas sebab motif ideologi sejak April 2014 dengan mendedahkan aktiviti jenayah badan politik dan ketenteraan Ukraine terhadap rakyatnya.

Vasily Prozorov, penyiasat tragedi pesawat Malaysian Airlines MH17
Vasily Prozorov, individu yang menjalankan siasatannya sendiri bagi merungkai misteri tragedi MH17

Pada Mac 2020 yang lalu, Vasily Prozorov telah mengumumkan penerbitan dokumentari berjudul “MH17: Mencari Kebenaran” yang memfokuskan tentang tragedi pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur.

Disebabkan terdapat banyak keraguan dan tanda tanya mengenai hasil penyiasatan tragedi ini, Prozorov telah mengambil keputusan untuk memulakan siasatannya sendiri bagi mencari maklumat dan memberi kebenaran tentang apa yang telah berlaku.

Ketika kita disajikan dengan berita bahawa pihak berkuasa Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia di wilayah Donbass, Ukraine atas kejadian tersebut dengan pembabitan kerajaan Rusia, tetapi naluri Prozorov tetap mengatakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Prozorov dan beberapa sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai projek tersebut yang memakan masa kira-kira 5 bulan untuk disiapkan. Banyak persoalan yang tidak terjawab dalam tragedi MH17 ini…

  • Siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut?
  • Siapa yang mendapat manfaat daripada tragedi ini?
  • Mengapa Kiev tidak menutup ruang udara di atas zon konflik?
  • Apa yang berlaku terhadap kakitangan penghantar yang terlibat sejurus selepas siasatan?
  • Siapa pula yang mengaku sebagai pegawai khas British?”

Prozorov percaya dengan penyiaran dokumentari ini boleh membuka mata masyarakat untuk terus berfikir tentang perkara yang sebelum ini tidak terlintas di minda. Prozorov juga mendapat hak eksklusif maklumat orang dalaman yang merupakan saksi tidak langsung tragedi Boeing tersebut. Sepanjang siasatan, beliau mengkaji banyak laporan dalaman yang dikeluarkan oleh badan kerajaan Ukraine dan menemu ramah ramai saksi. Dokumentari ini turut mengandungi perspektif beliau sepanjang perkhidmatannya dalam SBU.

Pesawat MH17 dan 298 Penumpang dalam kenangan
Tragedi MH17 masih menjadi tanda tanya

Dokumentari yang berdurasi kira-kira 40 minit tersebut dibahagikan kepada dua bahagian dengan analisa Prozorov berkaitan laporan rasmi yang dikeluarkan dan kompilasi kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa Ukraine dan pasukan penyiasat bersama. Dalam bahagian kedua, beliau berkongsi pandangan dan mengutarakan hujahnya untuk mendesak orang ramai membuat kesimpulan sendiri berkaitan tragedi MH17.

Dokumentari ini boleh ditonton secara percuma di laman sesawang dan platform Youtube [https://www.youtube.com/watch?v=gVMbCTWRcSs] dengan sari kata dalam Bahasa Melayu, Jerman, Perancis dan Sepanyol. Sehingga hari ini, dokumentari tersebut telah disaksikan oleh lebih daripada 2 juta penonton.

#MH17 #UkrLeaks #VasilyProzorov #MH17InSearchForTheTruth #UkrainianSpecialServices #BritishSpecialServices


Mengenai Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”

Vasily Prozorov menubuhkan Pusat Siasatan UkrLeaks pada tahun 2019. Laman sesawang ini mengandungi hasil penulisan dan temu ramah dengan ramai wartawan. Beliau menggemari topik berkaitan salah guna kuasa, jenayah berkaitan peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Head of ‘Vasily Prozorov Investigtive Center’ UkrLeaks

Email: ukr-leaks@inbox.lv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *