MINI Malaysia Raikan MINIfest 2017 dengan Muzik, Makanan dan Pasar Jualan bertemakan MINI yang pertama! │ MINI Malaysia akan menganjurkan MINIfest 2017, satu acara untuk seisi keluarga pada Ahad ini, 20 Ogos. MINIfest 2017 akan menjadi pasar jualan bertemakan MINI yang pertama, di mana para peniaga dan pemilik menjual pelbagai jenis pakaian, fesyen, aksesori dan barangan gaya hidup dari but kereta MINI mereka.

MINIfest 2017 ini akan berlangsung di:
Tarikh: Ahad, 20 Ogos 2017
Masa: 3.00 pm hingga 10.00 pm
Lokasi: Desa ParkCity, 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur
Selain itu, festival tersebut akan menyaksikan pelbagai aktiviti untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan rakan-rakan. Ini termasuklah menaiki belon udara panas, bowling tayar, hidangan enak daripada trak-trak makanan serta congkak dan jenga bersaiz besar! Untuk si kecil, aktiviti-aktiviti di bahagian seni, kraf dan mesra kanak-kanak memastikan mereka sentiasa terhibur.


Sebagai tambahan, pandu uji kereta MINI termasuklah model yang baru sahaja dilancarkan, MINI Countryman ada disediakan. Pengunjung juga akan menjadi antara yang terawal untuk melihat model terhad MINI Clubman Sterling Edition. Ia kini dibuka untuk tempahan secara dalam talian sahaja mulai 15 Ogos di laman web: www.mini.my/sterlingedition.
Jangan lepaskan peluang ini untuk bersantai bersama keluarga di MINIfest 2017 kerana ada banyak benda yang anda dan keluarga anda boleh nikmati dan lakukan…