Kelebihan Murad Vitamin-C Quenching Facial Treatment | Keadaan cuaca yang tak menentu, sekejap panas sekejap sejuk memberi kesan terhadap kesihatan kita termasuk kepada kulit muka. Tambahan lagi bekerja di bandar yang penuh dengan pencemaran udara dari asap kenderaan, rokok dan sebagainya menambahkan lagi kotoran yang melekat di muka. Tak cukup dengan itu, tekanan (stress) di tempat kerja juga menyumbang kepada kemuduran kesihatan muka kita.

Penjagaan muka amat penting terutama buat wanita berkerjaya, supaya penampilan wajah sentiasa nampak segar dan bertenaga. Dengan sebab itu Naz bawa isteri Naz ke Murad Skin Care di 1 Utama Shopping Centre untuk mendapatkan rawatan muka.
Murad Skin Care

Kalau anda nak tahu, Murad Skin Care ini adalah milik Dr. Howard Murad M.D. di bawah syarikatnya Murad Inc. (ya bukan orang tempatan walaupun nama Murad). Dr. Murad merupakan seorang ahli dermatologi yang disahkan oleh lembaga, ahli farmasi terlatih dan Associate Clinical Professor of Medicine at the Geffen School of Medicine, UCLA. Dr. Murad mengasaskan Murad Inc. pada tahun 1989 dengan misi untuk berkongsi rumusan penjagaan kulitnya dengan alasan dan keinginan untuk membantu orang melihat dan merasa lebih muda dan lebih sihat.

Berbalik pada rawatan muka isteri Naz… sebaik sahaja selesai pendaftaran, pakar terapi Murad membuat analisa kulit muka bagi menentukan jenis kulit dan permasalahan yang ada. Analisa tersebut bagi mengenalpasti dehidrasi kulit, kehilangan keanjalan kulit, garis dan kedutan, hyperpigmentasi dan kadar kepadatan liang roma. Ini bagi menentukan jenis rawatan dan produk yang bakal digunakan. Tidak semua jenis kulit sama, jadi pakar terapi akan merancang pelan rawatan yang sepenuhnya diperibadikan untuk membantu pelanggan mencapai kulit yang lebih lembut, lebih cerah dan lebih cantik.


Kemudian pakar terapi memulakan proses dengan membersihkan muka isteri Naz. Proses pembersihan dan toning ini menggunakan produk City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 yang memastikan kulit isteri Naz berada pada keadaan yang optimum untuk proses yang berikutnya.

Proses seterusnya membuat rawatan dan pembaikan pada kulit muka. Ini bagi membaiki keadaan kulit yang kusam, mengurangkan garisan dan kedutan dan pigmentasi kulit atau freckles. Proses ini menggunakan produk Rapid Age Spot Correcting Serum yang mengandungi Teknologi NHP-3 propreitari, Vitamin C dan Oligopeptides yang akan memberi menyinari kulit dan meratakan tona kulit.


Langkah terakhir adalah meningkatkan hidrasi pada kulit dan melindunginya. Produk Age Reform yang digunakan dalam langkah ini akan terus menambah penghidratan kepada dinding kulit dan melindungi kawasan keliling mata daripada kesan penuaan. Kemudian mask muka dipasangkan untuk memberikan lebih hidrasi kepada muka.


Sementara menunggu mask muka kering, pakar terapi melakukan urutan pada bahagian kepala, tengkuk dan dada untuk meregangkan urat yang tegang dan memberi keselesaan serta rasa ketenangan pada pelanggan. Keseluruhan proses ini memakan masa dalam 1 jam 30 minit. Menurut isteri Naz, pakar terapi begitu teliti dalam melakukan rawatan tersebut dan sungguh lemah lembut sehinggakan terlena seketika isteri Naz.
Inilah antara kelebihan rawatan muka di Murad Skin Care, selain mengembalikan hidrasi, kecerahan, meratakan tona, kelembutan serta melindungi kulit, ia juga memberikan perkhidmatan yang sungguh menyenangkan dan menyamankan kepada pelanggan.


Walaupun harga rawatan ini agak premium sedikit iaitu RM369, tetapi hasilnya memang memuaskan sehingga terasa kulit menjadi lembut dan licin. Tambahan pula kesan freckles pada wajah isteri Naz berkurangan sedikit selepas rawatan tersebut.
Bagi yang ingin mendapatkan rawatan muka di Murad Skin Care, boleh menghubungi mereka dengan membuat temu janji dengan menghantar emel ke wecare@murad.com.my atau menghubungi terus salah satu pusat rawatan mereka seperti di bawah:

Jom ikuti mereka di laman sosial bagi mendapatkan info tentang penjagaan muka, promosi dan produk terkini di:
www.facebook.com/Murad.Malaysia
www.instagram.com/MuradMalaysia
#MuradMalaysia #MuradMY #MuradFacial #MuradVitaminCQuenchingFacial
Tentang Murad
HowardMurad M.D adalah ahli dermatologi yang disahkan oleh lembaga, ahli farmasi terlatih dan Associate Clinical Professor of Medicine at the Geffen School of Medicine, UCLA. Beliau secara peribadi telah merawat lebih daripada 50,000 pesakit, yang telah membantunya membentuk formula penjagaan kulit yang didorong oleh penyelesaian yang dijual oleh Murad hari ini. Dr. Murad mengasaskan Murad Inc. pada tahun 1989 dengan misi untuk berkongsi rumusan penjagaan kulitnya dengan alasan dan keinginan untuk membantu orang melihat dan merasa lebih muda dan lebih sihat.
Selain memiliki produk individu yang memenangi pelbagai anugerah, Dr. Murad sendiri telah dianugerahkan banyak pengiktirafan termasuk “The Aesthetic Visionary Award forLifetime Achievement” dari The Aesthetic Show – (anugerah yangkini dikenali sebagai “Howard Murad, MD Aesthetic Visionary Award”). Beliau juga telah dinamakan sebagai “Best Forward- Thinking Doctor“oleh majalah Vogue, “Beauty Genius” oleh majalah Elle dan “IndustryVisionary” oleh Persatuan SPA Antarabangsa. Di samping itu, beliau mendapati – dan terus menjalankan penyelidikan mengenai – kesan Cultural Stress®, bentuk tekanan yang berterusan dan gangguan yang disebabkan oleh gaya hidup zaman moden yang secara saintifik menunjukkan kesan negatif terhadap kesihatan sel.
Selain mengembangkan produk penjagaan kulit yang inovatif, Dr. Murad juga telah menulis beberapa buku, memperkasakan orang dengan pengetahuan yang diperlukan untuk menjalani gaya hidup yang sihat dan seimbang dan merupakan pengarangbeberapa penjual terbaik mengenai penuaan, kesihatan dan penjagaan kulit.
Kini, beliau meneruskan penyelidikannya yang inovatif dan memegang beberapa paten untuk kemajuan dalam sains kesihatan kulit. Beliau memberi pengawasan langsung kepada Pusat Kesihatan Incorporated Murad® dan Spa, Murad Medical Group danMurad Research Laboratories.