MyTOWN Raikan ‘Toontown Raya’! │ Pusat membeli belah MyTOWN buat julung kalinya meraikan Hari Raya Aidilfitri mereka yang pertama sejak pembukaannya pada 16 Mac 2017. Untuk menghangatkan lagi Raya ini, pihak MyTOWN telah merancang pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung serta menghiasi pusat membeli belah ini dengan tema ‘Toontown Raya‘, atau nama lainnya ‘bandar kartun’ yang dibayangkan oleh pengarang / ilustrator Malaysia, Emila Yusof.

Hiasan-hiasan di sekitar MyTOWN untuk Raya ini menggabungkan karakter kartun popular dari siri Dina yang telah memenangi pelbagai anugerah berprestij. Antara karakter yang akan dapat anda lihat adalah Dina, monyet, kambing dan anak ayam.

Pelbagai aktiviti Raya yang sedang berjalan di pusat membeli-belah yang memaparkan gaya hidup masyarakat seperti Seni & Kraf Toontown, Musikal Raya, Segalanya Mengenai Wayang Kulit (pada hujung minggu), dan banyak lagi untuk MyTOWNers berkumpul bersama untuk menikmati perayaan yang penuh kegembiraan ini.

Fakta MyTOWN Shopping Centre
Info Ringkas
- Lokasi – Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
- Destinasi sehenti untuk membeli-belah, makan dan hiburan
- Lebih dari 400 kedai jualan
- Lima (5) tingkat membeli belah (4 tingkat, serta 1 basement)
- Melangkaui 1.6 juta kaki persegi (termasuk IKEA terbesar di Malaysia)
- Dibangunkan bersama Boustead Holdings Berhad dan Ikano Pte Ltd
Keboleh Capaian
- Lima (5) minit dari pusat bandar Kuala Lumpur
- Boleh di aksesdari lebuhraya utama – New Pantai Expressway (NPE), Lebuhraya SMART, Lebuhraya KL-Seremban and Lingkaran Jalan Tengah 2 (MRR2) dengan akses terus dari Maju Expressway (MEX)
- Terowong sambungan terus ke Cochrane Underground MRT Station (dijangka Q3 2017) di Basement 1
Tempat Letak Kenderaan & Kemudahan Lain
- Intgrasi tempat letak kereta dengan hubungan terus antara basement dengan tempat letak kereta bertingkat
- 6,500 tempat letak kenderaan, termasuk tempat letak khas untuk wanita sahaja, ‘green parking’, dam tempat letak kereta untuk keluarga.
- Pelbagai pintu masuk dan keluar
- 2-ekar Town Park dan Sunken Garden dengan tempat duduk rehat dari Aras Bawah hingga ke kedai Basement 1
- Kanopi luar untuk sebarang majlis komuniti dan promosi
- Ruang atrium yang luas untuk sebarang acara
Rangkaian Kedai
- IKEA terbesar di Malaysia merupakan penyewa utama.
- Jenama fesyen Serantau dan Antarabangsa – Zara (kedai terbesar di Malaysia), Calliope, H&M, Uniqlo, MNG, HLA, Hotwind
- Department store – Parkson
- Panggung Wayang – Golden Screen Cinemas
- Supermarket – Village Grocer
- Fitness Centre – Celebrity Fitness & Rockstar Gym
- Alfresco dining dan F&B terrace
Perkhidmatan Lain
- Klinik
- Farmasi
- Kedai Cermin Mata
- Pengurup Wang Berdaftar
- Perkhidmatan Perbankan (ATMs)
- Perkhidmatan Telekomunikasi
Sambil-sambil meninjau kedai yang ada di MyTOWN tiba-tiba terpanggil untuk ke butik Hilo yang menjual pakaian wanita seperti baju kurung, blouse, cardigan, kemeja dan sebagainya. Hasrat mula-mula nak tengok sahaja tapi bila dah share gambar kat my darling and my girl terus diaorang suka. Apa lagi terus la bershopping untuk mereka. Harga pakaian di sini bermula serendah RM20 hingga RM100 ke atas. Yang bertambah best ada diskaun 10% lagi untuk koleksi terpilih.


Hampir terlupa dok ralit memilih pakaian tersebut, waktu berbuka sudah hampir tiba. Jadi terus Naz membayar apa yang telah di pilih dan terus menuju ke restoran Para Thai dimana tempat kami berbuka puasa. Makanan kat restoran Para Thai ini memang sedap, tapi nanti Naz akan buat review dalam blog post akan datang.

Jadi bagi yang tidak balik beraya di kampung, anda boleh berkunjung ke MyTOWN Shopping Centre untuk melihat sendiri apa yang ditawarkan kepada para penggunjung. Jangan lupa, anda boleh dapatkan pakej eksklusif Toontown Raya yang boleh ditebus sebagai penyediaan anda untuk musim perayaan ini. Jadi jangan ketinggalan meraikan Raya ini dengan MyTOWNers yang lain di MyTOWN Shopping Centre!

Tentang MyTOWN
MyTOWN Shopping Centre is a super-regional shopping centre for friends and family on the fringes of the Central Business District of Kuala Lumpur. The shopping centre is a one-stop destination for shopping, dining and entertainment with more than 400 stores. Anchored by the biggest IKEA in Malaysia, MyTOWN Shopping Centre is set to deliver a fantastic customer experience with a vibrant mix of retailers.
MyTOWN Shopping Centre is developed jointly by Boustead Holdings Berhad and Ikano Pte. Ltd. For more information, log on to http://www.mytownkl.com.my/