OPPO R15 Pro Dengan Dwi Kamera AI

Duta OPPO R15 Pro

OPPO R15 Pro Dengan Dwi Kamera AI |  OPPO telah melancarkan penampilan sulung OPPO R15 Pro baru bersama syarikat telekomunikasi Celcom yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Mei 2018 bagi menandakan peristiwa bersejarah ini. Dengan dua variasi warna berkilau iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red sungguh menarik. Dengan harga RM2,399, Pra-pesanan OPPO R15 Pro boleh dibuat antara 25 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018, dan mula berada di pasaran pada 1 Jun 2018.

officially revealing the price of the OPPO R15 Pro during the launch

Sepsifikasi OPPO R15 Pro

Sistem Operasi Android 8.1 Oreo, ColorOS 5.0
Paparan 6.28” FHD+ 2280×1080
Pemproses Snapdragon 660
Storan 128GB
RAM 6GB
Kamera belakang dwi-kamera 16MP F1.7 dan 20MP F1.7
Kemera depan 20MP bersama kuasa AI
Bateri 3,430 mAh, Teknologi VOOC caj pantas
Harga RM2,399
Warna Cosmic Purple, Ruby Red

Models with Cosmic Purple

 

Models with Ruby Red

Sebagai jenama telefon pintar yang semakin popular dalam kalangan generasi muda, OPPO mengambil kira citarasa mereka dalam fesyen dan stail untuk menghasilkan reka bentuk produk dengan tarikan yang menakjubkan dan kali ini OPPO bekerjasama dengan pereka terkenal di antarabangsa Karim Rashid untuk mencipta dua warna bergaya bagi OPPO R15 Pro iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red. Warna Cosmic Purple dan Ruby Red dicipta menggunakan bingkai aluminium dengan kaca yang lebih telus dalam reka bentuk kecerunan baru, yang membolehkan cahaya dan bayangan memainkan warna sambil mencipta idea kreatif yang tidak terbatas kepada pengguna. Reka bentuk warna ethereal OPPO R15 Pro ini mencerminkan kedua-dua rekaan dan pandangan OPPO mengenai apakah yang menjadi tarikan estetika kepada pengguna generasi muda di seluruh dunia.

R15 Pro Colors

OPPO R15 Pro menawarkan skrin bezeless 6.28 inci dengan resolusi 2280×1080 dan nisbah aspek 19:9, nisbah skrin-ke-badan yang sangat tinggi. Super Full Skrin OPPO bukan sahaja berpaparan takuk tetapi dengan peningkatan fungsi pelbagai tugasan siap sedia yang disesuaikan dan pengoptimuman sistem yang mendalam berdasarkan ColorOS 5.0. Bingkai kiri dan kanan yang sempit boleh memberikan pintasan notifikasi mudah kepada pelbagai fungsi dan aplikasi pihak ketiga. Dengan operasi gerak isyarat dan pelbagai tugasan skrin penuh, OPPO R15 Pro menawarkan pengalaman skrin yang tiada tolok bandingnya.

Full HD+ Display

OPPO R15 Pro terus meningkatkan had kelestarian fotografinya, dengan memaparkan bukan sahaja dwi kamera belakang 16MP+20MP, bersama-sama dengan pengenalan senario yang dinaiktaraf berdasarkan teknologi AI yang dipertingkatkan, tetapi ia juga menjadi telefon pintar pertama untuk mengadopsi sensor SONY IMX519 bagi menghasilkan kesan medan kedalaman yang luar biasa. Sementara itu, OPPO R15 Pro kini boleh mengumpulkan 296 titik ciri wajah manusia dengan tepat dan menyokong pelbagai ciri kamera seperti Teknologi Kecantikan AI dan Pelekat AR. Di samping itu, teknologi ‘Sensor-HDR’ yang dicipta semula secara dramatik meningkatkan cahaya belakang Swafoto selain membolehkan pengguna menyemak kesan langsung pendedahan dinamik yang tinggi dengan masa-sebenar.

Dwi Kamera Belakang

Telefon pintar prestasi berkuasa ini dilengkapi dengan 6GB RAM dan 128GB ROM, di mana pengguna boleh menyimpan lebih daripada 20,000 foto saiz standard dan menggunakan apa-apa aplikasi dengan lancar tanpa gangguan kelajuan, Di samping itu, R15 Pro mempunyai kapasiti bateri 3,430 mAh yang disokong dengan teknologi Pengecas Flash VOOC yang terkenal. R15 Pro kini dilengkapi dengan cip NFC yang mampu membuat pembayaran lebih mudah alih dan tanpa sebarang kerumitan, sama ada pembayaran menggunakan Android Pay, kad bank, atau kad pengangkutan.

Ketersediaan OPPO R15 Pro

Pra-pesanan boleh dibuat di setiap OPPO Concept Store, di platform rakan kongsi telekomunikasi, Celcom atau di kedai rantaian rakan kongsi OPPO, SengHeng dan SenQ. Pengguna juga boleh membuat tempahan atas talian di laman rasmi OPPO serta e-dagang rasmi seperti Shopee, Lazada dan 11Street Malaysia. Sebagai tanda penghargaan kepada O-fans, setiap pra-pesanan yang dibuat akan diberi hadiah percuma. Hadiah pra-pesanan hanya boleh ditebus pada hari pertama jualan sahaja. Tarikh pembuka-jualan di seluruh Malaysia akan bermula pada 1 Jun 2018, kecuali KLCC Flagship Store di mana pengguna boleh mendapatkan OPPO R15 Pro mereka lebih awal iaitu dari haribulan 29 Mei 2018 serta hadiah percuma juga boleh ditebus pada tarikh 29 Mei 2018 tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

OPPO Official Website: http://www.oppo.com/
OPPO Official Online Store: http://www.oppostore.com.my/
OPPO Official Facebook Page: https://www.facebook.com/malaysiaoppo/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *