Pacific West Anjurkan Majlis Berbuka Puasa | Pada 26 Mei yang lalu, Pacific West telah Pacific West menganjurkan Makan Malam Bersama dan Majlis Buka Puasa untuk rakan-rakan blogger dan media sosial. Majlis ini diadakan dengan kerjasama PC Studio yang terletak di Damansara Intan, Petaling Jaya. PC Studio baru melancarkan menu Ramadhan mereka dengan pilihan yang mewah, menarik dan berkhasiat.

Setibanya di PC Studio, Naz kagum dengan semangat hiasan ala-ala nak menonton perlawanan bolasepak aje. Rupanya ada kempen yang diadakan sempena World Cup FIFA 2018. Ada macam-macam hadiah untuk dimenangi….nak tahu baca terus ya.

Majlis makan malam dan berbuka puasa itu memang sarat dengan pelbagai hidangan menarik lagi berkhasiat berasaskan produk Pacific West. Chef Philip dan Chef Alvin telah bertungkus lumus menyediakan hidangan tersebut bagi kami. Jom tengok apa menu yang disediakan….
Untuk permulaan, kami berbuka dengan buah kurma dan minuman. Kemudian kami disajikan dengan finger food yang menarik bertemakan bola sepak. Ada Tempura Fish Cocktails Egg Mayo Bites, Tempura Prawn Seaweed Roll, Fruitty Squid Kebab, dan beberapa lagi.



Ini tidak termasuk dalam Menu tau….. bila tengok Menu memang sungguh menarik hidangan yang akan dijamah nanti.

Dimulakan dengan appetiser iaitu Tomato Bruschetta, baguette yang dibakar di dalam oven dilapisi dengan tomato ceri serta cuka balsamic. Terasa keranggupan kepingan roti serta rasa masam masin dari tomato dan cuka membuka selera makan.

Kemudian dihidangkan dengan Som Tam Salad dengan Tempura Calamari Rings, merupakan hidangan Thai menggunakan hirisan betik hijau yang ranggup pedas di makan bersama Rempura Calamari.

Disusuli dengan 2 sup pilihan samada yang sejuk, Classic Gazpacho, atau yang panas, sup Mushroom. Classic Gazpacho dibuat berasaskan tomato dan dihidangkan sejuk ditambah potongan kiub buah tembikai. Manakala sup Mushroom nya pula dibuat ala puree dari cendawan berserta krim. Portion yang besar dan sudah terasa hampir kenyang.


Untuk hidangan utama 2 sajian pilihan iaitu Oven Baked Fish Fillet dengan Carb-Free Zoodle atau Oven Baked Fish Fillet dengan Flavoured Rice. Naz pilih yang kedua dan nasi nya sungguh harum, enak dan sedap.


Setelah selesai, kami disajikan dengan 2 pilihan pencuci mulut iaitu Panna Cotta dan Sago Gula Melaka. Yang menariknya, Chia Seeds digunakan sebagai pengganti sago dan dalam kuantiti yang banyak. Memang sedap dan berkhasiat sesuai untuk makanan diet yang baik.

Setelah selesai hidangan makan malam, kami telah diberi penerangan oleh Ms. Joyce Ong tentang kempen peraduan #FOODballFever yang berlangsung dari 16 April sehingga 15 Julai 2018. Kempen ini sempena perlawanan World Cup FIFA 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada Jun ini. Pacific West komited membawakan makanan yang enak dan berkhasiat ini kepada pelanggan mereka untuk dijadikan hidangan semasa menonton perlawanan bolasepak ini. Di samping mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan rakan-rakan.

Peraduan FOODball Fever
Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan yang membeli mana-mana produk makanan laut Pacific West dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian, anda berpeluang memenangi pakej pelancongan ke negara pasukan bolasepak kegemaran anda bernilai RM10,000. Juga terdapat 100 barangan FOODball Fever Pacific West untuk dimenangi sebagai saguhati.
Produk Pacific West boleh didapati di kedai runcit di seluruh Malaysia seperti Cold Storage, Sam’s Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi.
Cara-cara Menyertai Peraduan FOODball Fever
Langkah 1 – Beli
Beli minimum satu (1) produk Pacific West dalam satu resit daripada mana-mana cawangan yang mengambil bahagian di Malaysia semasa tempoh peraduan untuk menyertai.
Langkah 2 – Hantar
Hantar penyertaan anda melalui:
- POS – Sila poskan borang peraduan anda yang lengkap beserta resit asal ke alamat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Borang penyertaan boleh didapati di kedai yang mengambil bahagian.
- Aplikasi WHATSAPP – Ambil foto resit asal anda dan hantar ke 019-823 1217. Setiap penyertaan mestilah disertakan Nama Peraduan “Pacific West FOODball Fever“, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, No Telefon, Alamat Rumah, Alamat Emel & Nama Kedai (barangan tersebut dibeli).
Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.
Mudahkan! Tunggu apa lagi, sertai peraduan FOODball Fever Pacific West SEKARANG!

Fakta Menarik
Mudah – siap sedia di masak dalam masa beberapa minit, langsung dari peti sejuk ke penggoreng / oven.
Inovasi – penciptaan berterusan produk baru yang menawarkan pelbagai pilihan dan rasa.
Kualiti – pilihan premium makanan laut dan bahan-bahan yang mematuhi piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan akreditasi dari BRC, IFS, HACCP dan YUM!. Produk Pasifik West juga disahkan HALAL.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pacific West careline di 1800 888 389 atau melayari laman web rasmi www.pacificwestfoods.com dan laman Facebook Pacific West

Tentang Pacific West
Sejak penubuhannya di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah berkembang menjadi nama jenama makanan laut kegemaran untuk isi rumah, memancarkan keramahan dan kehangatan. Dinikmati oleh berjuta-juta isi rumah di seluruh dunia hari ini, rangkaian produk Pacific West telah menjadi pilihan untuk keluarga. Kami mendapat semangat dan aspirasi yang besar untuk merangkul inovasi dan pembangunan produk berterusan.
Produknya telah menyertai pelbagai acara antarabangsa utama seperti Sukan Olimpik Sydney, Pertandingan Tenis Wimbledon, Kelab Bola Sepak Manchester United, World Rugby dan lain-lain. Produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini; di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).
Baru-baru ini, jenama Pacific West telah memenangi Produk Makanan Inovatif Terbaik dalam Anugerah Jenama Asia Halal 2017. Anugerah ini diiktiraf oleh wakil dari JAKIM, HDC, MITTI, MATRADE dan ENTREPRENEUR INSIGHT. Dengan peningkatan berterusan dan amalan terbaik kami kepada kualiti dan inovasi, Pacific West menawarkan anda produk HANYA YANG TERBAIK!
