PAP TAPOM Single Debut Baru Kowachee Dilancarkan

Pap_Tapom Single Cover

PAP TAPOM Single Debut Baru Kowachee Dilancarkan | Putri Amani, atau lebih dikenali sebagai Kowachee, satu nama yang tidak asing dalam dunia hiburan. Kowachee bermula sebagai atlet gimnastik artistik PELAPIS Selangor pada usia 4 tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga dia berusia 8 tahun. Dia kemudian secara rasmi memulakan karier sebagai penari, yang membawanya ke banyak acara lantas menjadikannya wajah yang popular dalam beberapa rancangan TV sebelum dinobatkan sebagai juara Ceria Megastar pada tahun lalu.

Keperibadiannya yang ceria berserta kemahiran menari yang mengagumkan menjadikan Kowachee sangat disukai di Instagram, dengan hampir 70,000 pengikut sehingga kini!

Kowachee - Pap Tapom

Penghibur berbakat ini amat teruja untuk menyambut tahun 2021 dengan pelancaran single debutnya, PAP TAPOM, yang dihasilkan dan ditulis oleh produser muzik terkenal di dunia, Bryan B bersama Sophia Liana; salah seorang ahli kumpulan De Fam.

Baru berusia 12 tahun, Kowachee adalah artis rakaman paling muda yang pernah ditandatangani oleh Def Jam Malaysia.

“Pada tahap profesional, Kowachee adalah artis rakaman termuda yang pernah saya bekerjasama,” kata Bryan, yang juga pernah bekerjasama dan menghasilkan muzik untuk Fazura, BATE, Simon Webbe, Guy Sebastian dan De Fam. “Dia baru berusia 11 tahun ketika merakam lagu tersebut dan saya masih terfikir betapa berbakatnya dia. Hanya beberapa orang saja yang dilahirkan untuk menjadi penghibur, dan Kowachee adalah salah seorang daripada mereka.”

Kowachee juara Ceria Megastar - kini dengan Pap Tapom

Sophia selaku mentor rap kepada Kowachee, menambah bahawa mereka ingin menghasilkan lagu yang sesuai dengan usia Kowachee. “Kami mahu lagu ini menjadi sesuatu yang menyeronokkan, yang dapat anda nikmati, dan yang paling penting, yang mencerminkan tenaganya yang bersemangat.”

“Kebanyakan orang mengenali saya sebagai seorang penari, tetapi sebenarnya saya juga suka rap sebanyak mana saya suka menari dan membuat persembahan di atas pentas,” jelas Kowachee. “Kami memutuskan untuk memilih PAP TAPOM sebagai single pertama kerana bunyinya mengingatkan saya pada satu permainan yang biasa kita mainkan dengan tangan ketika kecil, dan ia juga kedengaran seperti langkah-langkah yang kita buat ketika kita menari!”

Kowachee, artis termuda di bawah Def Jam Malaysia - Pap Tapom

“Saya berterima kasih kepada Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia kerana mempercayai saya, dan untuk semua usaha keras yang dilakukan oleh semua orang,” tambahnya. “Saya harap semua orang akan suka lagu baru saya sepertimana saya suka membuatnya bersama Uncle Bryan dan Kak Sophia!”.

PAP TAPOM kini boleh didengari di semua pelantar digital Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, YouTube Music dan Deezer, sementara video lirik boleh mula ditonton di saluran YouTube KowacheeVEVO pada jam 9 malam hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *