Pelancaran Global “The Dance Song” Yang Bertenaga Dan Memukau Dari Yung Raja

Yung Raja banner

Pelancaran Global “The Dance Song” Yang Bertenaga Dan Memukau Dari Yung Raja | “Look at me dance! (Lihat aku menari!)” – Shtambi kembali lagi!  Rapper Singapura dan anggota kesayangan Def Jam South East Asia, YUNG RAJA mempersembahkan single terbarunya, “The Dance Song“, dan video muzik yang penuh dengan ledakan visual spektrum bersama kolaborator yang tidak asing lagi, Jasper Tan atau lebih dikenali sebagai Vadbibes.  Dengan keluaran ini, Yung Raja menyertai senarai artis Alamo Records – label usaha sama Interscope Records / Geffen / A&M yang berpusat di Amerika Syarikat.

Dengan “The Dance Song”, YUNG RAJA menghasilkan karya yang dinamik dan bertenaga. Sebagai salah satu daripada suara utama dalam dunia hip-hop Asia Tenggara, dengan lebih dari 3 juta aliran di Spotify dan lebih dari 3 juta tontonan di YouTube, RAJA mengesahkan statusnya sebagai perintis tanpa bandingan dengan keluaran terbaru ini. Lebih kepada instrumental yang kemas, kinetik, santai dan memukau, daripada penerbit Singapura yang terkenal, Flightsch single ini menampilkan hidangan tunggal yang menarik, satu perkara tentang YUNG RAJA yang disukai oleh peminatnya: lucu, daya tarikan yang kuat dan keyakinan diri yang terserlah dalam aliran Inggeris-Tamil yang sangat kuat dan dalam tanpa perlu berusaha terlalu keras untuk menjadi sedemikian. Tidak pernah ada artis seperti RAJA dalam ekosistem hip-hop Asia Tenggara dan ini amat jelas sekarang.

Yung Raja "The Dance Song"
The Dance Song single terbaru Yung Raja

“Ini adalah karya yang ketiga dan terbesar dalam pengalaman seni saya”, kata RAJA mengenai lagu itu, sambil menambah, “Apa pun yang saya fikirkan tentang jenama YUNG RAJA, akan muncul di sini.”  Sejujurnya, “The Dance Song” adalah pengalaman baru dan penentu bagi dirinya sendiri – dan itu terserlah dari sisi dirinya yang dia paparkan dalam lagu tersebut. Bahasa dan daya tarikan, gabungan yang mesra, berpadu menjadi satu keunikan yang tidak pernah ada sebelum ini. Sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Tamil, setiap baris dapat difahami. Setiap baris ada elemen lucu, keyakinan dan, sudah pasti, daya tarikan. “It has the Lil Wayne, I’ll-make-you-think-and-chuckle-afterwards-type of tongue-in-cheek writing that I’ve always enjoyed (‘Ia umpama Lil Wayne, saya akan membuat-anda-berfikir-dan-akhirnya-ketawa kerana ini adalah bentuk gurauan yang selalu saya buat’),” jelas RAJA tentang falsafah lagu tersebut. Ini adalah tempat dari mana baris seperti, “Superstars on me (‘Superstar melihat aku’) / Please look at my shoes (‘Tengok kasutku’) / Ooh! / Hotter than wanton soup (‘Lebih panas daripada sup wantan’)” dan dari mana – spoiler alert! – penyampaian bar-ke-bar paling pantas yang pernah dibuat oleh YUNG RAJA.

Video muzik juga tidak kurang hebatnya. Pengarahnya Vadbibes mengakui hal ini: “Saya rasa” “Mustafa” masih tenang,” Mad Blessings” sedikit gila dan “The Dance Song” hampir di penghujung spektrum gila!” Menampilkan visual layar hijau yang memukau, gerak tarian yang lucu yang bertentangan dengan makna “tarian” dan panorama indah yang berwarna-warni, ini adalah persembahan visual yang sempurna untuk mentafsirkan visi lirik RAJA.

Namun, di sebalik hiburan ini, “The Dance Song” menjelaskan satu kebenaran yang penting: Bahawa kita tidak perlu memaksa diri untuk menjadi cool. “Saya tidak tahu kenapa, tetapi rapper begitu obses dengan keinginan untuk menjadi cool setiap masa”, kata RAJA. Itulah sebabnya tujuan “The Dance Song” ditulis adalah untuk menghibur dan menggembirakan diri sendiri: Ini adalah nasihat supaya kita sentiasa jujur dan bangga menjadi diri kita sendiri – dan juga menari seperti tiada siapa yang melihat.

“The Dance Song” boleh didapati di semua platform utama pada 9 Oktober 2020 dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran VEVO YUNG RAJA .

Serentak dengan pelancaran “The Dance Song”, Yung Raja akan mengajak para peminatnya untuk bangun dan menari sebebasnya dengan #TheWigglyChallenge di TikTok mulai 14 Oktober 2020. Sejajar dengan prinsip Yung Raja sebagai seorang artis, #TheWigglyChallenge bertujuan memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukannya. Rapper muda ini berharap cabaran TikTok ini adalah salah satu cara dia dapat terus menggunakan muzik dan suaranya untuk menyebarkan positivity.

Teruja dengan #TheWigglyChallenge tersebut, artis seperti Fariz Jabba, SonaOne, Yonny Boi, Iman Fandi dan bintang TikTok tempatan popular Germaine Tan, Jaze Phua (@jazephua), Didi (@badgaldidi) akan memberikan sokongan mereka dengan menyahut cabaran hashtag TikTok tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *