‘Pelindung Seorang Puteri’ Istimewa Bermula 28 Julai ini

Pelindung Seorang Puteri banner

‘Pelindung Seorang Puteri’ Istimewa Bermula 28 Julai ini | Drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. arahan selebriti versatil, Yusry Abdul Halim dan Sofia J Rhyland selaku penulis skrip.

Pelindung Seorang Puteri

‘Pelindung Seorang Puteri’ akan berdurasi selama 60 minit sepanjang 16 buah episod dan bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125).

Pelindung Seorang Puteri - Lisa Surihani

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Menurut Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria, “Setelah lebih empat bulan ‘berehat’, karya adaptasi novel ‘Pelindung Seorang Puteri’ dipilih untuk menghiasi slot Megadrama di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Tampil berbeza berbanding kisah cinta tipikal yang sering disajikan menerusi slot yang sama sebelum ini, drama ini bakal menyuntik elemen romantik dan kejutan thriller dalam naratif penceritaan sebagai kelainan kepada para penonton yang pastinya tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu daripada kami.

Kesemua barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini sama ada watak besar atau kecil juga telah memainkan peranan yang cukup bermakna dengan lakonan mantap yang mampu mengagumi khalayak penonton melalui pembawaan watak yang cukup berkesan. Drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ juga menjanjikan paparan yang menarik dengan olahan plot penceritaan penuh konflik yang mendebarkan.

Pelindung Seorang Puteri - Farid Kamil

Tambah menarik lagi, single duet terbaharu penyanyi terkenal Hael Husaini dan Cakra Khan yang berpadu suara buat julung kalinya menerusi lagu ‘Terlanjur Cinta’ turut diangkat menjadi lagu tema untuk drama bersiri ini.

Kami berharap gabungan kesemua elemen-elemen ini mampu meletakkan drama ini sebagai sebuah drama yang paling ditunggu sekaligus mencetuskan fenomena yang tersendiri dikalangan peminat drama Melayu.”

Sinopsis Drama

Drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut. Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh. Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *