Pemenang JOOX Malaysia Top Music Awards 2020

JOOX annual review_KV 3

Pemenang JOOX Malaysia Top Music Awards 2020 | Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar buat semua orang terutamanya mereka yang bergiat di dalam industri muzik. Di sebalik semua rintangan yang mereka hadapi, para seniman dan produser tetap setia berkarya dengan sepenuh hati, mencipta muzik hebat untuk dinikmati semua orang. Hari ini, JOOX, platform penstriman paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya mengumumkan pemenang anugerah JOOX Malaysia Top Music Awards 2020, yang memberi pengiktirafan kepada usaha dan pencapaian para penggiat muzik tempatan sepanjang tahun lalu.

JOOX Malaysia Top Music Awards 2020

Anugerah ini terbahagi kepada tiga bahagian – 1. Year End 2020 (berdasarkan jumlah penstriman dari 1 Julai hingga 31 Disember 2020), 2. Full Year 2020 (jumlah penstriman dari 1 Januari hingga 31 Disember 2020), dan 3. Most Popular Awards (undian pengguna JOOX Malaysia).

Lihat Senarai Pemenang Utama di Malaysia!

Diva Malaysia – Dato ‘Sri Siti Nurhaliza

Dari Sri Siti Nurhaliza

Pemenang utama adalah diva Malaysia, Dato ‘Sri Siti Nurhaliza, yang membawa pulang 6 anugerah tahun ini – “Artis Lokal Paling Popular”, “Top 5 Artis Lokal (Hujung Tahun 2020)”, dan “Top 5 Artis Lokal Tahun 2020”. Manakala lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan Dato Sri’ Siti Nurhaliza pula berjaya merangkul anugerah “Lagu Lokal Paling Popular”, “Top 5 Hit Lokal (Hujung Tahun 2020)” dan “Top 5 Hit Lokal Tahun 2020”.

Artis Antarabangsa Paling Digemari – Justin Bieber

Justin Bieber

Bintang pop antarabangsa, Justin Bieber juga berjaya menjadi salah satu pemenang utama dengan merangkul 5 anugerah. Justin Bieber dinobatkan sebagai “Top 5 Artist Antarabangsa (Hujung Tahun 2020)” dan “Top 5 Artist Antarabangsa Tahun 2020, sementara lagu nyanyiannya “Lonely” yang menampilkan Benny Blanco menerima anugerah “Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020”. Selain itu,

lagunya Stuck with U duet bersama Ariana Grande, dan Yummy juga berjaya membawa pulang anugerah “Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020”.

Pilihan Peminat K-Pop – BTS

BTS

Tiada yang dapat menandingi pesona kumpulan K-Pop, BTS kerana kumpulan K-Pop terbesar dunia ini berjaya membawa pulang 5 anugerah. Lagu mereka Life Goes On mendapat anugerah “Lagu K-Pop Paling Popular” hasil undian pengguna di Malaysia. Manakala lagu hit “Dynamite” pula dinobatkan sebagai “Top 5 Hit K-Pop (Hujung Tahun 2020)” dan “Top 5 Hit K-Pop Tahun 2020”. Selain itu, lagu mereka ON dinobatkan sebagai “Top 5 Hits K-Pop Tahun 2020” sementara lagu Who bersama Lauv juga memenangi “Top 5 Hit Antarabangsa Tahun 2020”.

JOOX turut berbangga kerana lagu Durja nyanyian Khai Bahar yang dimuatkan dalam projek bersiri JOOX Originals turut memenangi “Top 5 Hit Lokal (Hujung Tahun 2020). Lihat senarai pemenang anugerah ini di bawah!

Setiap undian diambil kira!

Sama seperti “JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year 2020)”, pengguna JOOX di Malaysia dapat mengundi lagu dan artis kegemaran mereka. Untuk pusingan kali ini, jumlah undian untuk lagu dan artis tempatan telah memecah rekod dengan berjumlah sekitar 6 juta undian, menyaksikan peningkatan empat kali ganda (400%) berbanding dengan jumlah undian yang terkumpul di anugerah pertengahan tahun lalu, sekaligus membuktikan sokongan padu terhadap artis dan muzik tempatan.

Selain itu, terdapat sebuah lagi kejutan apabila penyanyi MandoPop, Ren Ran 任然 menjadi penyanyi berbangsa cina pertama yang mendapat tempat dalam anugerah “Paling Popular” dengan lagu Mandarin Fei Niao He Chan飞鸟和蝉, hasil undian para peminat.

Anugerah Paling Popular

Pemenang JOOX - Paling Popular

Pentingnya Penstriman harian anda di JOOX!

Berdasarkan masa penstriman pengguna Malaysia di JOOX pada bulan Julai – Disember dan juga sepanjang tahun 2020, JOOX Malaysia juga telah menobatkan 5 artis dan lagu paling popular dalam pelbagai kategori.

Anugerah Top 5 – Hujung Tahun 2020 (daripada 1 Julai 1 sehingga 31 Disember 2020)

Pemenang JOOX - Anugerah Top 5

Anugerah Top 5 Tahun 2020 – (Sepanjang Tahun 2020 daripada 1 Januari sehingga 31 Disember, 2020)

Pemenang JOOX - Top 5 Hit Lokal
Pemenang JOOX - Top 5 Hit Antarabangsa
Pemenang JOOX - Top 5 Hit K-Pop

Nikmati akses 24/7 hit terkini di JOOX Malaysia dimana pustaka muzik kami menyediakan lebih daripada 30 juta lagu dari seluruh dunia! JOOX membawakan artis, lagu, album kegemaran anda, senarai main dan persembahan secara langsung ke hujung jari  anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Nikmatinya sekarang dengan muat turun JOOX melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *