Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup Dilanjutkan 1 Bulan | Bagi membantu dan berkongsi kegembiraan dengan rakyat Malaysia sepanjang tempoh getir yang tidak pernah dilalui sebelum ini, Nestlé Malaysia akan melanjutkan Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup untuk satu bulan lagi, iaitu sehingga 31 Mei 2020, dan menambah 300 hadiah wang tunai tambahan bagi meningkatkan peluang untuk menang!

Dengan lanjutan ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk memenangi lima lagi hadiah “Gaji Setahun” bernilai RM3,000 sebulan untuk selama 12 bulan, dan 200 lagi Hadiah Mingguan RM500 setiap satu. Di samping itu, Nestlé telah menambah satu lagi kategori hadiah yang menawarkan 100 hadiah bonus ‘Gaji Sebulan’ bernilai RM3,000 setiap satu.
Secara keseluruhan, 17 pemenang hadiah ‘Gaji Setahun’ (RM36,000) berpeluang untuk memenangi dua Hadiah Utama ‘Gaji Seumur Hidup’. Bagi menyokong masyarakat yang terkesan dengan pandemik COVID-19, Nestlé akan menyalurkan sumbangan tunai berupa ‘Gaji Setahun’ bernilai RM36,000 kepada badan-badan amal yang dicalonkan oleh setiap seorang daripada daripada 17 finalis peraduan ini. Jumlah sumbangan juga akan digandakan kepada RM72,000 bagi badan-badan amal yang dicalonkan oleh dua pemenang Hadiah Utama ‘Gaji Seumur Hidup’. Badan-badan amal ini akan menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM684,000 semasa majlis penyampaian hadiah utama.
Nestlé turut mengumumkan enam pemenang ‘Gaji Setahun’ pertama, yang juga merupakan finalis untuk Hadiah Utama ‘Gaji Seumur Hidup’. Enam finalis ini terdiri daripada Yong Chong Lei dari Perak, Azahari Bin Salleh dari Terengganu, Amirrul Hafiz Bin Razak dari Pahang, Nor Safiah Binti Tajuddin dari Selangor, Khalaaivaaney A/P Eramakrishnan dari Negeri Sembilan, dan seorang wanita dari Kedah.
Petikan kata-kata finalis:

Azahari Bin Salleh, 42 tahun, dari Dungun, Terengganu, merancang untuk menggunakan wang ini dengan sebaik-baiknya: “Selain menyokong perniagaan saya yang terjejas akibat pandemik, saya ingin memulakan perniagaan baharu bersama keluarga saya di kampung. Ini akan membantu saya menjana pendapatan tambahan dan menambah baik kehidupan keluarga saya. Saya juga berniat untuk menyumbangkan gaji pertama yang saya menangi kepada mereka yang memerlukan, khususnya mereka yang terkesan teruk dengan wabak COVID-19.”

Nor Safiah Binti Tajuddin, 32 tahun, dari Kapar, Selangor berkata, “Saya rasa sangat bertuah kerana terpilih sebagai pemenang hadiah Gaji Setahun dan sebagai finalis untuk Hadiah Utama. Ini adalah kali pertama saya menyertai sebarang peraduan yang menjadikannya lebih istimewa dan bermakna. Wang hadiah ini akan membantu kami menampung keperluan harian untuk kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi sepanjang tempoh PKP. Memenangi Hadiah Utama sangat besar ertinya bagi saya kerana ia akan dapat membantu saya dan suami saya membesarkan dua anak kami yang masih kecil.”

Yong Chong Lei, 52 tahun, dari Ayer Tawar, Perak, berkata, “Saya begitu gembira hingga tidak terkata ketika saya menerima panggilan daripada Nestlé dan saya tidak menjangka akan jadi salah seorang daripada pemenang bertuah! Peraduan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang. Wang hadiah ini akan membantu saya dan keluarga, dan saya amat berterima kasih.”

Khalaaivaaney A/P Eramakrishnan, 32 tahun, dari Seremban, Negeri Sembilan, berkata, “Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa gembira dan bersyukurnya saya kerana terpilih sebagai salah seorang finalis peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup! Seandainya saya menang Hadiah Utama Gaji Seumur Hidup, saya akan manfaatkannya untuk pendidikan anak saya.”

Amirrul Hafiz Bin Razak, 32 tahun, dari Temerloh, Pahang, berkata, “Pertama dan paling penting, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nestlé kerana memberi saya peluang untuk memenangi Gaji Setahun! Dengan wang hadiah ini, saya akhirnya akan dapat merealisasikan impian seumur hidup saya untuk menghantar ibu bapa saya menunaikan ibadah Umrah. Saya dan isteri saya juga sedang menantikan kelahiran anak sulung kami pada bulan September dan wang ini pasti membantu kami. Terima kasih Nestlé, kerana memberi saya peluang seumur hidup.
Dengan lanjutan peraduan sehingga 31 Mei 2020, semua yang berminat untuk menyertai masih boleh membeli produk Nestlé di pasaraya, kedai runcit dan juga laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Penyertaan boleh dibuat menerusi Whatsapp. Pengguna juga boleh menyimpan resit mereka dan menghantar penyertaan melalui pos. Untuk menyertai peraduan, pengguna hanya perlu membeli produk Nestlé yang turut serta bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan syarat penyertaan bagi peraduan yang menawarkan peluang seumur hidup ini, sila ke https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup.
wow terbaik kalau dapat gaji seumur hidup tu..siapalah yang bertuah dapat hadiah tu..
rezeki la sapa dapat kan