Pesta Makanan Bertemakan Food Park di the Curve

What is your flavour

Pesta Makanan Bertemakan Food Park di the Curve|  Panggilan kepada semua penggemar makanan! Kempen pesta makanan tahunan the Curve yang bertemakan Food Park: Where Food Lovers Meet, kini kembali dan sekali lagi akan memuaskan hati mereka yang kelaparan dan ingin memenuhi keinginan selera dengan menawarkan pelbagai pilihan sajian enak, manisan serta pencuci mulut dan hidangan yang menggiurkan selama empat hari!

Pesta Makanan bertemakan Food Park: Where Food Lovers Meet

Dari 27 hingga 30 September 2018, para pengunjung pusat beli-belah ini akan berpeluang menikmati aneka juadah yang akan melengkapkan deria rasa anda. Dekor pesta makanan pada kali ini akan mengetengahkan gerai-gerai makanan pelbagai warna berserta panji-panji bendera dan lampu berwarna-warni yang pastinya akan menambat pemandangan. Selain itu, ada juga paparan dekor makanan bersaiz gergasi yang sesuai untuk sesi bergambar. Dengan suasana riuh riang bersama aroma yang menggoda selera, Centre Court the Curve bakal mewujudkan suasana sebuah karnival makanan yang amat menyeronokkan bagi semua pengunjung!

Dekorasi menarik di the Curve

Bagi menyempurnakan lagi pesta ini, penggemar makanan pasti teruja dengan pilihan 20 gerai makanan yang menawarkan bermacam-macam aneka hidangan seperti nasi kerabu, mee rebus, dimsum halal serta sajian Jepun dan Korea bagi mereka yang berani mencuba sesuatu yang berbeza. Bagi peminat masakan barat, mereka boleh mencuba nachos keju, lasagna dan hidangan barbeku yang enak! Bagaimana pula bagi pengunjung yang mengidam sajian pencuci mulut dan manisan? Mereka boleh mencuba pisang goreng keju, kek cawan yang gebu, pulut mangga dan bermacam-macam hidangan jenis manisan mulut.

Pesta Makanan the Curve dengan pelbagai manisan

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve berkata, “Makanan merupakan salah satu faktor yang menyatupadukan rakyat Malaysia. Sama ada bersama keluarga mahupun dengan sahabat handai, pesta makanan yang menampilkan pelbagai citarasa rakyat Malaysia pastinya dapat memupuk semangat muhibah di kalangan pengunjung berbilang kaum. Untuk tahun keempat, Pesta Makanan the Curve kembali dengan menawarkan para pengunjung peluang untuk mencuba dan menikmati pelbagai jenis juadah sambil melakar memori indah bersama yang tersayang. Kami yakin tema Food Park pada tahun ini akan menarik segenap lapisan pengunjung untuk meluangkan hujung minggu mereka dengan menikmati segala tawaran menu yang disediakan!”

Untuk menaikkan lagi suasana keceriaan, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan muzikal jalanan sepanjang kempen berlangsung selama empat hari itu, dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang dan dari 6 petang hingga 9 malam.

Pada hari Sabtu dan Ahad, kanak-kanak berpeluang untuk menyertai sesi ‘face painting’ atau mendapat belon daripada seorang badut mesra yang berada di kawasan taman sajian tersebut.

Malah lebih menarik lagi, pengunjung yang berbelanja RM150 dan ke atas dalam maksimum dua resit akan layak menebus sebuah Snugg 2-in-1 Pillow-Blanket, serta dua tiket wayang MMCineplexes! Semua penebusan adalah tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Ingin mendapatkan maklumat lanjut? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di talian 03-7710-6868 atau layari www.thecurve.com.my atau laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *