Philips PerfectCare Steam Generator (PSG) diiktiraf Malaysia Book of Records | Philips Domestic Appliances Malaysia mencipta sejarah baharu dalam bidang peralatan rumah moden di Harvey Norman Mid Valley KL Flagship Store dengan cacatan bilangan terbanyak kemeja sekolah yang berjaya digosok dalam tempoh 60 minit – 49 helai kemeja. Model seterika PerfectCare Steam Generator (PSG) yang telah dinaiktaraf ini berjaya mengurangkan beban menggosok hingga hampir separuh daripada masa menggosok biasa sekali gus meringankan rutin harian rakyat Malaysia yang sentiasa sibuk.

“Di Philips, kami percaya, inovasi yang bermakna sebenarnya membantu menyelesaikan cabaran sebenar dalam kehidupan seharian,” kata Pengarah Komersial Philips Domestic Appliances Malaysia, Patt Sue-Ann. “Bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, lazimnya tugas menggosok pakaian seragam sekolah memakan masa yang banyak. Dengan model seterika Philips PerfectCare Steam Generator yang telah dinaiktaraf ini, kami mahu menawarkan penyelesaian praktikal supaya rakyat Malaysia dapat menjalankan hidup yang lebih baik, menjimatkan masa dan memberikan peluang untuk insan tersayang”.
Philips PerfectCare Steam Generator Iron – PSG 8000 series
- Penjana wap yang paling berkuasa dengan kadar wap 215g/seminit dengan kuasa wap dilonjakkan antara 750g hingga 850g
- Reka bentuk yang ringan dengan boleh digunakan secara mendatar atau menegak
- Mengeluarkan wap dengan serta-merta apabila digerakkan tanpa menunggu lama
- Wap berkuasa tinggi yang melicinkan kedutan dengan lebih pantas semudah satu luncuran dikuasakan oleh Teknologi OptimalTemp, DIJAMIN TIDAK MEMBAKAR FABRIK
- Tangki air berkapasiti 1.4 liter yang boleh ditanggalkan
- Seterika yang dimatikan secara automatik apabila tidak digunakan dalam tempoh 4 minit
“Kami begitu teruja merancang cabaran ini sehingga sempat mengadakan pertandingan sesama kakitangan kami sendiri untuk melihat siapa paling handal dalam menggosok pakaian seragam sekolah,” tambah Sue-Ann sambil berseloroh. “Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pakaian seragam sekolah—daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah, pakaian murid lelaki dan perempuan, pinafore, baju kurung bersama tudung, hinggalah jaket dan tali leher pengawas. Jadi, biar Philips yang menanggung tugasan berat ini untuk anda.”
Sue-Ann turut menjelaskan bahawa bagi tujuan mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records, Philips memberi tumpuan kepada kemeja lengan pendek yang dipakai oleh murid lelaki sekolah rendah dan menengah serta murid perempuan yang memakai pakaian seragam pinafore. “Setakat bulan Januari 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira lima juta orang kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun yang bersekolah di seluruh negara. Philips mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dengan membantu meringankan tanggungjawab yang seringkali dipikul oleh bu bapa dalam menguruskan pakaian sekolah anak-anak,” katanya.

Percubaan mencipta rekod ini disempurnakan oleh “Ironman” Philips, Perunding Kreatif dan Penggaya Fesyen, Nik Erwan Nik Roseli, yang pernah bekerjasama dengan jenama terkenal seperti Uniqlo dan Rizman Ruzaini, selain menggayakan selebriti popular termasuk Merqeen, Hael Husaini dan Shiha Zikir. “Dengan kira-kira 20 tahun pengalaman dalam bidang rekaan dan penggayaan fesyen, saya pernah mengendalikan pelbagai jenis fabrik. Penggunaan seterika yang sesuai bukan sahaja melindungi pakaian, malah menjimatkan masa menggosok, terutamanya pada bahagian yang lebih rumit seperti kolar, butang dan lipatan,” katanya. “Dengan menggunakan Philips PSG ini, saya berjaya menyiapkan sehelai kemeja dalam masa tidak sampai satu minit.”

Turut hadir menyaksikan pencapaian bersejarah ini ialah jurucakap Malaysia Book of Records, Megat Faris Megat Muzzafar Shah. “Kami berbangga menjadi sebahagian daripada pencapaian Philips Domestic Appliances Malaysia ini. Cabaran ini selari dengan misi Malaysia Book of Records yang telah mendokumentasikan serta meraikan pelbagai kejayaan rakyat Malaysia sejak lebih daripada 30 tahun yang lalu. Pengiktirafan ini juga mampu meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna terhadap sesuatu jenama,” katanya. Megat Faris menjalankan tanggungjawab untuk menilai dan menghakimi cabaran tersebut sebelum membuat pengumuman rasmi rekod yang dicatatkan.

Acara yang berlangsung di Harvey Norman Flagship Store, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Penolong Pengurus Besar, Bahagian Peralatan Elektrik Kecil & Penjagaan Diri Harvey Norman Malaysia, Yvonne Chin, selain selebriti dan pempengaruh seperti Norreen Iman, Catriona Ross Bahrin, Kenzo Katarmo, wakil media dan rakan-rakan strategik. “Kami amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada pencapaian ini. Harvey Norman komited dalam menawarkan jenama terkemuka dunia kepada pelanggan kami, disokong oleh pakar produk yang sentiasa bersedia membantu mereka mencari penyelesaian terbaik mengikut keperluan masing-masing. Rekod ini mencerminkan hasrat kedua-dua pihak, Harvey Norman dan Philips dalam memperkenalkan inovasi yang memberi impak sebenar dalam kehidupan seharian,” kata Yvonne Chin.
MAKLUMAT LANJUT tentang Seterika Philips PSG 8000 series Perfectcare Steam Generator
