Prime ProGIGuard Rumusan Probiotic Yis Untuk Kelegaan Perut Anda

Prime ProGIGuard Rumusan Probiotic Yis Untuk Kelegaan Perut Anda | Tahukah anda apa itu Irritable Bowel Sindrom (IBS) atau sindrom gangguan usus? Ia adalah masalah di mana seseorang itu mengalami sakit perut, kembung, distensi, kembung perut, sembelit, cirit-birit atau ketidakselesaan yang berulang. Mengikut penyelidikan, lebih 800 juta orang menderita dengan penyakit IBS ini. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan lebih ramai wanita (70%) yang menghidapinya daripada lelaki (30%).

Baker's Yeast

Ramai yang tidak sedar mereka mempunyai masalah ini. Di Malaysia sahaja terdapat 15.6% orang yang menderita penyakit ini. IBS biasanya dijumpai dalam kumpulan umur 30-50 tahun, dengan hanya 30% pesakit yang berjumpa doktor tentang masalah ini.

Biasanya orang yang menghidapi penyakit ini mengalami kehidupan yang sangat stress dan kualiti hidup mereka merosot sehingga ada yang kehilangan kawalan hidup dan perlukan ubat yang kuat seperti antidepresan untuk mengawalnya, tetapi berpotensi memberi kesan sampingan yang tidak baik.

Menangani Irritable Bowel Syndrom (IBS)

Profesor Pierre Desreumaux telah membuat kajian dan salah satu cara untuk memerangi IBS adalah dengan mengambil probiotik, produk yang sedia ada dipasaran. Walau bagaimanapun, The Prime ProGIGuard adalah satu-satunya probiotik yis yang terdapat di pasaran, yang dapat menyingkirkan bakteria buruk dan yis tidak baik, terutamanya ragi candida berbahaya yang boleg memasuki aliran darah.

IBS

Profesor Pierre merupakan Ketua Unit Penyakit Pencernaan Inflamatori di Lille University, Perancis selama 17 tahun. Beliau mempunyai minat yang mendalam mengenai segala perkara berkaitan usus. Sebagai doktor perubatan dan pemegang PhD, beliau adalah pakar dan sainstis yang diiktiraf, dikelaskan dalam kedudukan 1% teratas oleh ISI Web Science pada tahun 2010. Beliau telah memberikan kira-kira 30 ceramah setiap tahun dan telah melakukan lebih daripada 200 penerbitan menjadikannya rujukan dalam pengkalan data perubatan PubMed.

Profesor Pierre Desreumaux

Profesor Pierre telah menjalankan penyelidikan mengenai peranan probiotik yis Saccharomyces Cerevisiae CNCM I-3856 yang dapat melegakan IBS sebagai bahan aktif dalam The Prime ProGIGuard, rumisan khas memerangi IBS. ProGIGuard adalah selamat dan pantas, dan mempunyai sokongan saintifik yang kuat dan keberkesanan yang terbukto secara klinikal. Sesiapa sahaja dari kanak-kanak berusia dua tahun kebatas boleh mengambilnya, dan merupakan satu kejayaan dalam pengurusan kesakitan gastrointestinal.

ProGIGuard boleh melegakan gejala gastrointestinal dan sesuai untuk sesiapa yang menderita gangguan pencernaan, keracunan makanan, alergi makanan, intoleransi makanan, sembelit, cirit birit, angin terperangkap, kembung, makan berlebihan, keresahan, kemurungn, selsema perut mahupun senggugut.

 

Maria Tunku Sabri
Maria Tunku Sabri berkongsi pengalaman mengenai IBS

Menurut kajian yang telah dijalankan, penghidap kesakitan dan ketidakselesaan gastrousus akan berkurangan secara ketara dari minggu pertama penggunaan dan semakin baik dalam tempoh dua minggu pertama atau 15 hari penggunaan.

Baker’s Yeast  – Probiotik Semulajadi

Saccharomyces Cerevisiae dalam Prime ProGIGuard berfungsi menangani IBS dengan beberapa cara. Salah satu cara ialah Saccharomyces Cerevisiae CNCM I-3856 merembeskan enzim saccharolytic dan membantu flora usus dalam menjana asid lemak rantai pendek yang mempercepatkan pergerakan usus. Ia juga bertindak sebagai visceral analgesic, meningkatkan daya tahan terhadap kesakitan sehingga 40%. Ia juga berfungsi sebagai anti-radang untuk memerangi keradangan usus. Ia membantu mengimbangi bakteria di dalam usus, untuk mengurangkan bakteria berbahaya Enterococcus, E.coli dan C.albicans. Hasilnya adalah penurunan keradangan, kembung, rasa sakit, ketidakselesaan, sembelit dan melegakan gejala IBS yang lain. Ia sememangnya merupakan probiotik yang menakjubkan (ragi baik).

Profesor Pierre

The Prime ProGIGuard

Prime ProGIGuard dijual pada harga RM66.80 untuk 30 kapsul dan RM111.80 untuk 60 kapsul. Ia boleh didapati di farmasi-farmasi di seluruh negara seperti Guardian, CARiNG, AA dan lain-lain farmasi. Prime ProGIGuard hanya diedarkan oleh Cambert (M) Sdn Bhd di Malaysia.

97801-prime-progiguard-vege-cap-60_s_30_s

 

One thought on “Prime ProGIGuard Rumusan Probiotic Yis Untuk Kelegaan Perut Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *