PUMA Malaysia Lancarkan Kedai Konsep Terbesar di Asia Tenggara | Bila sebut jenama PUMA sahaja, ramai yang akan menyebut nama-nama besar seperti Antoine Griezmann, Luis Suarez, Usain Bolt dan kelab-kelab besar Arsenal, Borussia Dortmund, AC Milan yang ditaja oleh jenama ini. Tahukah anda, jenama sukan global PUMA telah mengukuhkan lagi tapaknya di Malaysia, dengan pelancaran kedai konsep yang baru diperbaharui dan terbesar di Asia Tenggara yang terletak di tingkat 3 Suria KLCC.
Kedai Konsep PUMA yang berkeluasan 400 meter persegi ini merupakan kedai konsep mereka yang terbesar di Asia Tenggara. Ia terletak di tingkat 3 Suria KLCC Mall dan telah dilancarkan oleh Pengurus Besar Asia Tenggara PUMA, Philippe Le – Bretton, Ketua Peruncitan Asia Tenggara PUMA, Jerome Rouch, dan Pengurus Negara, Encik Steven Tan. Majlis pemotongan riben diadakan sebagai simbolik acara pelancaran kedai konsep PUMA ini.
Jenama sukan ini bukan lagi hanya mengeluarkan produk sukan sahaja tetapi kini juga menghasilkan pakaian sukan yang juga boleh dipakai untuk bergaya. Kini PUMA Select mengeluarkan pakaian sukan berkolaborasi pereka jenama dengan selebriti dan jenama terkemuka seperti Selena Gomez, Big Sean, Ader Error, AYTAO dan Shantell Martin.
Bersempena majlis pelancaran ini, PUMA Malaysia membawakan pratonton eksklusif tren fesyen terkini PUMA Select yang dipamerkan menerusi pertunjukan fesyen. Meraikan koleksi ikonik yang menampilkan wanita dan keperibadian mereka sebagai sebahagian dari kempen #DoYou PUMA. Ini merapatkan jurang antara seni dan fesyen moden, serta meraikan 50 tahun PUMA Suede, yang semuanya merangkul semangat jenama dan menyambut setiap sumbangan artis kepada industri masing-masing.

“Kami komited untuk membawa identiti baru untuk jenama PUMA ini melalui pengenalan konsep unik yang disediakan untuk segmen pengguna yang berbeza. Kami mahu menjadi inovatif dan bergaya ketika menyampaikan produk berkualiti tinggi kepada para pengguna, “kata Le – Bretton.

Hasil maklum balas pasaran positif dan pengenalan segmen perniagaan baru ke pasaran tempatan, PUMA Malaysia berjaya mengukuhkan kedudukan perniagaannya di Malaysia dengan jumlah jualan runcit yang kukuh yang meningkat sebanyak 50 peratus dari tahun lepas dan terus berkembang dua digit tahun ini.
Dengan sejumlah 28 kedai di seluruh negara, jenama PUMA telah berjaya membuka kedai-kedai baru di lokasi utama seperti Genting Sky Avenue, Mid Valley, Paradigm JB, Langkawi, IOI City Mall dan Aeon Tebrau City JB dalam tempoh 18 bulan yang lalu. Selain itu, PUMA telah diubah suai dan memperluaskan kedai Sunway Pyramid mereka untuk menambah PUMA SELECT di kedai konsep tersebut.
PUMA Malaysia juga akan mengembangkan kehadiran dalam talian di rantau ini dengan penubuhan platform e-dagang sendiri pada awal tahun 2019. Pelancaran laman e-dagang langsung akan datang sebagai tambahan kepada kehadirannya yang wujud dalam persekitaran dalam talian melalui rakan kongsi e-dagang seperti ZALORA dan LAZADA.






