Racun Hati Ara Johari Sangat Membunuh Rasa Sayang | Selepas berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-33 Februari lalu, bintang berbakat besar Ara Johari kembali dengan sebuah lagi lagu balada Rock berjudul ‘Racun Hati’. Bersesuaian dengan suara Ara, lagu ini menceritakan tentang seseorang yang kehilangan pasangan sehingga sanggup ‘meracuni hatinya’ dengan ‘membunuh rasa sayang’ terhadap orang baru yang lain kerana terlalu mencintai pasangannya yang telah pergi.
Digubah oleh Amy Bong dan disulami lirik nukilan Ziin serta Amy Bong sendiri, lagu ini dijangka berpotensi besar mengulangi kejayaan lagu-lagu Ara sebelum ini.
Ara yang memang dikenali dengan lagu berentak balada rock mempunyai himpunan peminatnya sendiri yang senantiasa ternati-nanti buah tangan terbaru darinya.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,
Lagu ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Lirik “Racun Hati”
Angin yang berlari rasa takkan berganti Bingung dengan amarah dan kasih Musnah segala yang tersimpan di hati Hilang tak lagi berteman kasih Dalam hati dan nafasku Jujur hatiku merinduimu Separuh nafasku serah padamu Lengkapilah hidup ku bersama mu Kerna ku yakin kau kan setia Menemani ku selamanya Sepenuh kasih kuserah padamu Tak lena terpejam tanpa diri mu Rintihan hasratku sakit terasa Meracun hati dan perasaan ini *Gitar Solo Dalam hati dan nafasku Jujur hatiku merinduimu Separuh nafasku serah padamu Lengkapilah hidup ku bersama mu Kerna ku yakin kau kan setia Menemani ku selamanya Separuh nafasku serah padamu Lengkapilah hidup ku bersama mu Kerna ku yakin kau kan setia Menemani ku selamanya Sepenuh kasih kuserah padamu Tak lena terpejam tanpa dirimu Rintihan hasratku sakit terasa Meracun hati dan perasaan ini