Resepi Roti Berinti Kimball

Resepi Roti Berinti Kimball

Resepi Roti Berinti Kimball │  Satu lagi resepi berasaskan roti bagi pengemar roti. Ia lain dari resepi Bun Ayam BBQ Kimball sebelum ini. Anda tak perlu mengadunkan roti sebaliknya gunakan roti sandwic yang ada terjual di pasaran. Ia sungguh mudah disediakan seperti penyediaan sandwic yang lain.

Roti Berinti Kimball

Resepi Roti Berinti Kimball

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang
Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani
Sos Lada Hitam Kimball

Bahan-bahan:

Untuk inti:
2 sudu besar minyak

1 biji bawang, dicincang halus
3 sudu besar serbuk kari
300 g daging cincang
2 sudu besar Sos Lada Hitam Kimball
2 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 ½ cawan sayur campur sejuk beku
Garam, secukup rasa
2 biji telur, dipukulSos Cili Kimball

Untuk roti:
3-4 sudu besar minyak

1 bantal roti sandwic
4 biji telur
1 sudu besar susu pekat
½ sudu teh garam
1 cawan air
½ cawan Sos Cili Kimball

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang sehingga lembut atas api sederhana selama 5 minit. Tambah serbuk kari dan daging cencang. Masak selama 10 minit atau sehingga daging berwarna perang. Tambah Sos Lada Hitam Kimball, Sos Tomato Kimball dan sayur campur. Masak lagi 10 minit. Perasa dengan garam. Tuang ke dalam pinggan hidang. Bila sejuk, campur dengan telur.
  2. Sapu inti di atas sekeping roti dan lapis dengan sekeping roti lain seperti sandwic. Pukul telur, susu, garam dan air. Kemudian, celup roti sehingga serata.
  3. Panaskan minyak dalam kuali leper atas api sederhana dan goreng sandwic secara bergilir. Jarakkan roti anggaran 2 sm. Bila sudah berwarna perang keemasan, terbalikkan. Angkat dan hidang semasa panas dengan Sos Cili Kimball.

Cukup sudah lima (5) resepi Chef Rohani yang Naz kongsikan dengan menggunakan produk Kimball untuk hidangan sahur kali ini . Nantikan mana tau ada resepi untuk Hari Raya pula….so berjumpa lagi di post akan datang.

Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan Al Mubarak!

2 thoughts on “Resepi Roti Berinti Kimball

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *