Restoran Dapur Koi Sajikan Makanan Tradisi Pahang | ‘Dapur Koi’ juga bermakna dapur saya merupakan inspirasi Nor Hazimi dalam menceburi bidang f&b yang menyajikan makanan tradisi negeri Pahang. Bila sebut saja makanan tradisi negeri Pahang, Naz pasti Gulai Ikan Patin Tempoyak terlintas di fikiran anda. Dan sememangnya buat pengemar makanan tradisi negeri Pahang, Dapur Koi adalah tempat yang anda harus tuju.

Dapur Koi terletak di Taman Putra Kajang telah dibuka pada 19 April 2015. Diusahakan oleh En. Nor Hazimi bersama isteri serta makciknya yang sudi menjadi ‘masterchef’ di Dapur Koi. Idea datang apabila Hazimi melihat kesukaran untuk mendapatkan makanan tradisi negeri Pahang di Lembah Klang, jika ada pun tidak memenuhi citarasanya. Maka setelah memujuk makciknya yang sememangnya anak jati Pahang untuk berhijrah ke Kajang bagi merealisasikan Restoran Dapur Koi ini.



Naz telah dijemput pada majlis perasmian Restoran Dapur Koi pada 16 Mei 2015. Pada majlis tersebut, lebih dari 200 jemputan hadir yang terdiri dari kenalan rapat dan rakan media. Selain dari itu, tetamu istimewa seorang pengacara dan selebriti terkenal telah dijemput iaitu Awal Ashaari bagi merasmikan restoran ini.



Juga dimeriahkan lagi dengan persembahan dari Kaka Azraff yang popular dengan lagunya “Bukan Hal Aku’.

Setelah selesai upacara perasmian tersebut, kami disajikan dengan masakan tradisi negeri Pahang yang sememangnya menjadi highlight malam itu.






Pada malam itu juga telah diadakan demonstrasi membuat Puding Raja yang merupakan pencuci mulut yang famous di negeri Pahang.

[ foto kredit Ayu Arjuna Blogspot ]

Diselitkan juga dengan acara cabutan ‘lucky draw’ bagi pengunjung yang hadir.

Orang lain duk sibuk dengan cabutan ‘lucky draw’, Naz pula sibuk meratah hidangan yang ada depan mata…Sedap Pohpalih Yaw!

Yang best sekali, apabila Awal Ashaari nak berselfie dengan Naz…siapa yang artis sekarang nie….bukan apa, ada cerita disebalik selfie (biarlah rahsia).

Hidangan di Dapur Koi memang sedap, lazat dan harganya juga berpatutan. Jadi buat anak jati negeri Pahang mahupun pengemar masakan negeri Pahang boleh berkunjung ke:-
Restoran Dapur Koi
2-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, Kajang.
Waktu Operasi: 11 pagi hingga 11 malam
facebook: https://www.facebook.com/dapurkoi
instagram: http://www.instagram.com/dapur_koi