Restoran McDonald’s Pertama di Sarawak Berwajah Baharu

Restoran McDonald's di Sarawak

Restoran McDonald’s Pertama di Sarawak Berwajah Baharu | McDonald’s Malaysia telah meraikan pembukaan rasmi McDonald’s Padungan dengan wajah yang baharu dan dinaik taraf dengan pelbagai teknologi digital dan konsep khidmat pelanggan yang inovatif. Pengubahsuaian adalah sebagai usaha untuk memodenkan pengalaman pelanggan.

Restoran  McDonald's pertama di Sarawak berwajah baru

McDonald’s Malaysia turut mengadakan acara komuniti di McDonald’s Padungan, yang merupakan restoran McDonald’s pertama dibuka di Sarawak 25 tahun dahulu.

Reka Bentuk Baharu dan Pengalaman Pelanggan yang Lebih Baik

“Majlis yang cukup meriah pada hari ini menandakan pembukaan rasmi restoran dengan wajah baharu yang moden dan ia amat bermakna kerana restoran ini turut menyambut ulang tahunnya yang ke-25. McDonald’s Padungan merupakan restoran pertama di Sarawak” kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

“Kami telah memodenkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara secara progresif sejak akhir tahun lalu. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mewujudkan pengalamanyang moden dan pada masa sama menyajikan makanan berkualiti tinggi dengan nilai hebat serta perkhidmatan pelanggan yang baik. Restoran ini merupakan restoranpertama di Sarawak yang menggabungkan ciri-ciri perkhidmatan hidangan ke meja, di mana para pelanggan boleh meminta supaya makanan dihidangkan ke meja mereka,” tambah Azmir.

Menurut Azmir, perancangan McDonald’s Malaysia untuk memodenkan wajah dan suasana restorannya akan menelan belanja antara RM50 juta hingga RM100 juta dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Pengubahsuaian restoran Padungan ini menggabungkan pelbagai ciri baharu dan konsep perkhidmatan pelanggan yang inovatif, antaranya termasuklah: –

  1. Perkhidmatan hidangan ke meja, di mana pelanggan boleh memesan makanan mereka di kaunter hadapan atau kiosk digital dan membuat pilihan untuk makanan dihidangkan ke meja mereka.
  2. Kiosk digital, di mana pelanggan boleh membuat pesanan sendiri.
  3. Perkhidmatan dwi kaunter yang membolehkan pelanggan membuat pesanan menerusi kiosk digital atau di kaunter hadapan, dan mengambil makanan apabila nombor pesanan mereka tertera pada skrin.
  4. Kemudahan transaksi tanpa tunai yang membolehkan pelanggan membuat bayaran dengan mudah menggunakan kad kredit atau kad debit.
  5. Papan menu digital yang memaparkan menu dan promosi terkini untuk memberi impak pengalaman yang baik untuk pelanggan semasa membuat pesanan di kaunter.
  6. Sambungan WiFi berkelajuan tinggi untuk manfaat pelanggan

Datuk Haji Abdul Wahap bin Haji AbangJulai, Datuk Bandar Kuching Utara merupakan tetamu kehormat pada majlis pembukaan rasmi restoran McDonald’s Padungan.

“Syarikat-syarikat sememangnya sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan. Inovasi yang dilakukan oleh McDonald’s dan komitmen berterusan untuk memberikan nilai hebat kepada pelanggan, dan pada masa sama menyumbang kepada ekonomi tempatan, merupakan sesuatu yang wajar dicontohi,” kata Datuk Haji Abdul Wahap.

“Restoran ini merupakan restoran kegemaran penduduk setempat dan saya sangat gembira dengan langkah yang diambil oleh McDonald’s untuk memberikan wajah baharu kepada restoran ini. Perancangan McDonald’s untuk menaik taraf restoran-restoran sedia ada dan membuka restoran-restoran baharu akan memberi manfaat jangka panjang kerana ini akan membuka peluang pekerjaan tambahan dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada pembekal tempatan,” tambah Datuk Haji Abdul Wahap.

McDonald’s Malaysia, di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza, telah memperuntukkan sumber untuk meluaskan lagi perniagaan McDonald’s di negara ini. Secara khusus, RezaGroup akan melabur lebih RM1.4 bilion untuk mewujudkan 450 restoran McDonald’s di seluruh negara menjelang 2025 sebagai pelan 10-tahun pertumbuhan perniagaan syarikat. Secara tidak langsung, McDonald’s dijangka akan menyediakan sekurang-kurangnya 10,000 peluang pekerjaan lagi. Sehingga kini, McDonald’s Malaysia memiliki lebih 270 restoran di seluruh negara dengan warga kerja lebih 12,000 orang rakyat Malaysia.

Majlis pada hari ini menjadi lebih istimewa dengan penganjuran acara komuniti oleh McDonald’s untuk membantu golongan kurang berkemampuan di Sarawak.

Program ‘Kembali ke Sekolah’

Majlis pada hari ini menyaksikan penyampaian pek ‘Kembali ke Sekolah’ kepada kanak-kanak sekolah rendah. Program tahunan ‘Kembali ke Sekolah’ ini adalah inisiatif oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Lebih 880 kanak-kanak sekolah rendah di Sarawak akan menerima pek ‘Kembali ke Sekolah’ sebagai persediaan untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2019.

Program Kembali Ke Sekolah

Program‘Kembali ke Sekolah’ turut mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan, dimana ia bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah. Setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah, dan sebuah beg sekolah. Keseluruhan sumbangan di bawah program ‘Kembali ke Sokolah’ tahun ini dianggarkan melebihi RM1.7juta.

Menurut Azmir, program ‘Kembali ke Sekolah’ merupakan sesuatu yang cukup istimewa untuk McDonald’s dan RMHC kerana iamemberi bantuan kepada anak-anak sekolah rendah yang datang dari golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar.

“Kami telah mendekati kanak-kanak dari pelbagai komuniti di lokasi kami beroperasi kerana kami mahu mengurangkan beban kewangan keluarga dan memberi motivasi kepada anak-anak ini untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan. Hal ini amat penting kerana mereka adalah pemimpin masa depan negara kita,” kata Azmir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *