Riang Ria Chicken Fiesta di A&W Malaysia | Teringat kembali apabila setiap hujung tahun, Ayah dan Mama akan membawa kami 4 adik-beradik ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur untuk membeli persiapan sekolah dari uniform, kasut, buku-buku teks dan latihan, peralatan menulis dan sebagainya. Dan apabila penat dan lapar, kami akan menuju ke Restoran A&W di situ. Sudah 35 tahun berlalu dan restoran A&W Batu Road ini masih berdiri gagah.

[ foto kredit kuma-chan ]


Yang menariknya walaupun sudah 54 tahun bertapak di Malaysia, ia tetap mengekalkan identiti produk terkenal mereka seperti RB Float (dahulu dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle, Beef Coney (dahulu dikenali sebagai Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken yang tidak pernah berubah rasa sejak ia diperkenalkan.


Alhamdulillah Naz bersama rakan blogger yang lain telah dijemput oleh pihak A&W untuk preview promosi Chicken Fiesta yang bakal memenuhi selera penggemar ayam goreng tanah air. Chicken Fiesta ini menampilkan Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken yang telah pun dilancarkan pada 7 November yang lepas.

Apa istimewanya Chicken Fiesta ini
Sempena promosi Chicken Fiesta, A&W juga telah menyediakan 3 jenis set kombo untuk dinikmati samada secara sendirian, dengan rakan-rakan atau bersama keluarga.



Golden Aroma Chicken mempunyai keistimewaannya tersendiri yang berbeza dari ayam goreng lain. Ayam A&W ini dibaluti tepung dengan herba-herba istimewa dan dimasak sehingga kuning keemasan. Rasanya lazat dan daging ayam yang lembut adalah antara ciri utama keunikannya.

Manakala ayam pedas pula benar-benar pedas, kepelbagaian yang membezakan ia dari jenama lain.

Selain daripada itu, A&W juga memperkenalkan Chicken Poppers sebagai menu tambahan kepada promosi ini. Sos Thai menambahkan lagi rasa pada chicken poppers ini. Tentu menjadi pilihan bagi anak-anak kecil.

Meriah sungguh majlis tersebut dengan hadirnya 2 maskot A&W Rooty Bear. Sungguh bertenaga Rooty Bear ni sampai siap ada yang menari sekali. Ramai kanak-kanak riang jadian pada majlis kali ini disebabkan muzik yang catchy dan of course Rooty Bear…

A&W Limited Mug 2017
Rahsia kenikmatan RB Float di A&W ialah Mug yang dibekukan. Jadi kalau nak menikmati RB Float di rumah anda, seeloknya kena ada limited edition Mug ini. Buat pertama kalinya, A&W Malaysia menawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 kepada peminat-peminat A&W. Tawaran yang berlangsung bermula 11 Oktober 2017 ini akan berakhir hujung tahun ini.

Oleh itu, para pelanggan boleh mendapatkan Mug tersebut di semua cawangan A&W yang berdekatan dengan segera, sementara stok masih ada. A&W Limited Edition Mug 2017 ini bersaiz besar (20oz) didatangkan khas dari Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar utama A&W Mug di seluruh dunia. Para pelanggan boleh mendapatkan A&W Limited Edition Mug 2017 ini dengan harga RM49.90 sahaja!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan promosi terkini dari A&W (Malaysia) Sdn Bhd, anda boleh ikuti mereka di:
Laman Web
www.anwmalaysia.com.my
Facebook
https://www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial/
Instagram
https://www.instagram.com/anwmalaysia/
Twitter
https://twitter.com/anwmalaysia
Terima kasih kepada En. Samad, Pn. Norashekin dan team A&W!



Tentang A&W Malaysia
The A&W franchise was brought into Malaysia in 1963 by Mr and Mrs Lie Boff from USA. The Lie Boff family opened their first outlet in Jalan Tuanku Abdul Rahman making it the first fast food outlet in Malaysia. This was followed in 1965 with the first Drive-in restaurantin Petaling Jaya.
A&W Malaysia was bought over by KUB Malaysia Berhad in 2001, with an aggressive expansion drive to revamp and expand its reach.
Today, A&W Malaysia has over 34 outlets throughout Malaysia and planning to increase its number.
With the certified Halal status for all A&W Malaysia products by the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM), our team is committed to providing customers with the finest quality of food, a satisfactory service, a warm and welcoming environment which all products are produced under the strictest hygienic and sanitary condition.
These commitment and dedication will be the mission of our operations and supply chain management as well as to show our appreciation to all Malaysians for their support through the years.