RiSES Perfumes Perkenalkan Wangian Bayang Oleh Khai Bahar

RiSES Perfumes Bottles

Rises Perfumes Perkenalkan Wangian Bayang Oleh Khai Bahar │  Lagu Bayang nyanyian anak muda Khai Bahar selalu Naz dengar di corong-corong radio. Sehinggakan hampir hafal lirik sebab selalu dengar. Tak sangka pula, kini judul lagu tersebut sudah menjadi nama wangian terbaru keluaran RiSES Perfumes iaitu “Bayang oleh Khai Bahar”. Wangian ini merupakan kolaborasi antara Rises Perfumes dan Khai Bahar dan menjadikan Khai Bahar selaku duta kepada produk wangian ini.

Wangian Bayang Oleh Khai Bahar Dilancarkan

Aroma “Bayang” adalah hasil daripada inspirasi gaya hidup remaja dan direka khas untuk peminat Khai Bahar, artis muda yang semakin meningkat naik namanya di Malaysia dan juga Indonesia. Antara kriteria yang ditekankan dalam pengeluaran minyak wangi ini adalah berdasarkan kepada personaliti Khai yang sentiasa ceria dan mempunyai gaya hidup aktif.

Bayang oleh Khai Bahar1

Rises Perfumes

Majlis tersebut telah diadakan di Zebra Square, Jalan Kg Pandan Kuala Lumpur menyaksikan wangian “Bayang oleh Khai Bahar” For HIM dan For HER dilancarkan. Pemilihan nama wangian tersebut adalah rentetan daripada kejayaan single pertama Khai Bahar sendiri iaitu lagu  “Bayang”. Wangian ini merupakan alternative kepada pengemar mintyak wangi halal yang boleh dipercayai kesahihannya berdasarkan sijil pengiktirafan dari JAKIM. Penghasilan wangian “Bayang” dipastikan mematuhi keperluan syariah di mana wangian ini tidak mengandungi alkohol dan kekal selamat untuk kulit manusia serta kesesuaian untuk digunakan dalam menunaikan solat.

Bayang oleh Khai Bahar For Him & For Her

En. Ahmad Shauqi Abd Wahab, selaku Ketua Pegawai Eksekutif RiSES Perfumes menegaskan misi mereka adalah untuk menghasilkan wangian yang halal dan tahan lama, di mana mereka menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik “Bayang”. Manakala pemilihan Khai Bahar pula sebagai duta menjadi sebuah symbol kea rah kehidupan yang aktif supaya dijadikan inspirasi kepada seluruh peminat-peminatnya.

En. Ahmad Shauqi dan Khai Bahar

Pada majlis pelancaran tersebut, Khai Bahar telah mendendangkan lagu Senja Nan Merah bersama Fatin Husna (artis NAR Records) [ https://www.instagram.com/fatinhusna95 ] dan single hit nya Bayang.

RiSES Perfumes akan turut serta dalam jelajah promosi Khai Bahar ke Jakarta bermula 15 Mei hingga 20 Mei 2017 dan mengambil peluang ini untuk mempromosikan wangian “Bayang oleh Khai Bahar” serta jenama-jenama lain keluaran RiSES Perfumes. Kolaborasi ini bakal memantapkan lagi jenama kesemua wangian RiSES di pasaran Indonesia.

Wangian Bayang oleh Khai Bahar

Keberanian dalam kesederhanaan, wangian edisi terhad  (limited edition) edaran RiSES Perfumes ini boleh didapati dalam bentuk 30ml EDP berharga RM90 sebotol dan hanya ada 5000 botol sahaja yang dikeluarkan. Bagi yang ingin mendapatkan wangian ini, boleh membeli di atas talian (online) di Instagram RiSES[klik sini] , Facebook RiSES Perfumes[klik sini] atau RiSES Website[klik sini].

Selain daripada wangian ini, terdapat lebih daripada 80 wangian eksklusif RiSES Perfumes  berharga RM65 sebotol yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Rises-List of Rises Perfumes

RiSES Perfumes juga menjemput kepada yang berminat untuk menjadi Ejen dan juga Dropshipper kepada wangian mereka dan menawarkan keuntungan jualan sehingga RM27 sebotol serta banyak lagi manfaat-manfaat lain.

Rises-Flyers Agent & Dropship

Mengenai RiSES Perfumes

RiSES adalah singkatan untuk RichSmart Event & Services, adalah sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai perkhidmatan korporat, pengeluaran produk dan penjenamaan wangian peribadi termasuk yang terbaru, Bayang oleh Khai Bahar.

Kerjasama antara RiSES dan usahawan bumiputera telah bermula sejak 2011 lagi. Para pengilang bumiputera ini mempunyai kepakaran membuat minyak wangi selama beberapa tahun dan berpengalaman luas dalam menghasilkan minyak wangi halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

RiSES membuka peluang kepada usahawan baru yang berninat untuk melibatkan diri dalam industri minyak wangi dan untuk maju bersama-sama RiSES dan jenama-jenama mereka yang akan datang.

Ia bertujuan untuk memberikan panduan dan berkongsi pengalaman sambil bersama-sama berjalan seiring membangunkan jenama masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *