Sajian Bufet Ramadan Ala Bazaar Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

Bufet Bazaar Ramadan

Sajian Bufet Ramadan Ala Bazaar Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur |  Bulan Ramadhan sudah semakin hampir maka banyak lah hotel dan restoran bersiap sedia dengan preview bufet Ramadan mereka. Food review bufet Ramadan yang pertama Naz adalah di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Bufet Ramadan ini ala-ala bazaar Ramadan yang bertempat di Big Apple Restaurant, Tingkat 14 Berjaya Times Square Hotel.

Sajian bufet ramadan

Berkonsepkan bazaar Ramadan terdapat gerai-gerai yang akan menyajikan lebih daripada 200 jenis hidangan tradisional Melayu dari seluruh negeri di Malaysia. “Para tetamu terutama dari luar negara akan dapat mengalami sendiri apa itu bazar makanan yang selalu diperkatakan ketika bulan Ramadhan.

Kari Kepala Ikan Claypot Kedah

Antara hidangan yang menarik perhatian Naz ialah Kari Kepala Ikan dalam Claypot. Ini resepi dari Kedah yang disediakan dengan penuh kasih sayang oleh Sous Chef Yusoff. Ini merupakan resipi neneknya. Memang lazat dan Naz rekomen untuk anda cuba hidangan ini.

Bazaar Ramadan 1

Bazaar Ramadan 2

Terdapat gerai-gerai individu di sekitar restoran ini yang menghidangkan masakan istimewa khas antaranya Briyani Kambing, Ikan Keli dan Cencaru Bakar, Ayam Goreng Pak Bakri, Otak-otak Muar, Murtabak Istimewa, Lempeng Kelapa, Pucuk Manis Ubi Keledek, dan bermacam-macam lagi hidangan tradisional Melayu yang lain. Kat sini juga anda boleh jumpa pelbagai jenis Ulam-Ulam Tempatan yang boleh dijadikan seperti salad Melayu untuk dinikmati.

Bazaar Ramadan 3

Pelbagai jenis Rendang

Bagi pengemar Nasi Briyani Gam Batu Pahat, anda tentu akan seronok menikmati hidangan yang disediakan dengan herba tradisional dan rempah oleh Chef Yusoff. Ia datang dalam dua pilihan lazat ayam dan kambing.

Kumpulan Angklung Balle Balle

Sambil menikmati hidangan berbuka puasa ini, kumpulan Angklung Balle Balle akan menghiburkan anda semasa bufet.

Pencuci mulut

Bufet Bazaar Ramadan ini bermula pada 29 Mei 2017 hingga 22 Jun 2017 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga untuk dewasa ialah RM128.00 net dan untuk kanak-kanak ialah RM58.00 net di minggu Pertama dan Ke-4 manakala untuk minggu Ke-2 dan Ke-3 harga untuk dewasa ialah RM138.00 net dan kanak-kanak ialah RM 68.00 net. Baucar untuk early bird juga boleh dibeli dengan harga RM 100.00 net untuk dewasa dan RM 50.00 net untuk kanak-kanak.

Sesi Foto Blogger

Menikmati bufet Ramadan secara privasi pada RM118.00 net seorang, dengan minimum 10 meja. Bagi setiap 10 buah meja yang ditempah, tetamu akan menerima satu meja tambahan percuma. Pakej Mesyuarat Ramadan juga disediakan pada harga RM 148.00 bersih seorang untuk mesyuarat hari penuh dan RM 158.00 bersih seorang untuk mesyuarat setengah hari.

Pakej penginapan 2 hari 1 malam di bulan Ramadan juga boleh didapati dari RM428.00 net seorang untuk satu malam dan seterusnya. Pakej ini termasuk sarapan bufet, pakej mesyuarat 1 hari dengan 2 coffee break, makan tenghari bufet atau makan malam, di samping penggunaan bilik mesyuarat dan kemudahan mesyuarat lain.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi Berjaya Times Square Hotel di talian + 60 (3) 2117 8000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *