Dr KO Menyambut Hari Pengasas Untuk Tahun Kedua | Pada blog yang lalu Naz ada membuat liputan tentang Dr KO lancarkan mesin laser Picoway , dan ia merupakan teknologi terkini dalam rawatan laser dermatologi. Rawatan tersebut memang berkesan tetapi pada harga premium. Walaupun begitu, Dr. KO tetap tidak melupakan pada golongan yang kurang bernasib baik. Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr Ko akan menyambut Hari Pengasas KO untuk tahun kedua nya bersama golongan kurang bernasib baik dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat.

“Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan diri mereka. Saya percaya, setiap orang mampu mengubah hidupnya, namun masih terdapat kumpulan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Marilah kita sama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia,” kata Dato Dr. Ko Chung Beng hari ini.

Sempena Hari Pengasas Dr KO, setiap transaksi di Klinik Pakar Kulit Dr Ko, Dr Ko akan menyumbang RM1 kepada badan kebajikan yang terpilih. Promosi khas turut ditawarkan kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko Chung Beng selama ini.

Diam tak diam, Dato Dr. Ko sudah terlibat dalam industri kulit dan estetik lebih 19 tahun dan beliau telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau bermurah hati mengetepikan bayaran bil dan juga menampung kos pengangkutan mereka. Oleh itu, Hari Pengasas KO diwujudkan sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berlainan setiap tahun. Ini merupakan salah satu cara Dr. Ko memupuk semangat tanggungjawab sosial dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan.

Pada tahun lepas, Dato Dr. Ko telah menyumbang RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Beliau menyasar untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia pada tahun ini.

Hari Pengasas KO tahun ini dianjur bersama dengan Make A Wish Creations – sebuah organisasi yang merealisasikan impian kanak-kanak yang menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa – dan Le Midi, sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Italia. Di harap banyak lagi organisasi tampil untuk menyumbang kepada badan kebajikan dan badan bukan kerajaan (NGO) melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti yang diusahakan oleh Dr KO ini.

Artis tempatan Idris Khan dan Dynas Mokhtar turut hadir memeriahkan majlis pelancaran Hari Pengasas KO.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pengasas KO, sila layari www.foundersday.koskinspecialist.com.
Tentang Dato Dr. Ko Chung Beng
Klinik Pakar Kulit Dr. Ko ditubuhkan pada tahun 1997, di tingkat satu sebuah rumah kedai di Klang, Selangor. Kini, klinik kecil ini berubah wajah menjadi Ibu Pejabat bagi 30 cawangan Klinik Pakar Kulit Dr. Ko di seluruh negara. Selain produk penjagaan kulit sendiri, Klinik Pakar Kulit Dr. Ko juga dilengkapi dengan peralatan terapi laser yang paling lengkap di Asia.
Mengenai Pakar Kulit Dr. Ko
Diasaskan oleh Dato Dr. Ko Chung Beng pada tahun 1997, Klinik Pakar Kulit KO menawarkan pelbagai perkhidmatan dari bidang dermatologi ke pembedahan plastik. Kini, Pakar Kulit KO diiktiraf sebagai salah sebuah pusat dermatologi dan laser yang terkemuka di Asia, mendapat kepercayaan dari profesional perubatan dan pelanggan di seluruh dunia.
Klinik Pakar Kulit KO turut membuat penampilan khas di persada antarabangsa apabila berjaya membuka cawangan di Xiamen, China, Jakarta, Indonesia dan banyak lagi cawangan pada masa akan datang.
Bersama kami untuk menerokai potensi kecantikan diri dan mengembalikan keyakinan diri anda. Selain peralatan dan teknik yang moden, kakitangan kami yang berpengalaman sedia membantu anda membuat keputusan yang tepat bagi mendapatkan rawatan yang terbaik dan mendapat keputusan yang memuaskan.