Nasi Beriani Sedap Sinar Dulang Di Subang Bestari | Kali ini Naz nak berkongsi tentang Nasi Beriani yang sedap di area Subang Bestari. Tempat ini agak jauh ke dalam sedikit tetapi memang berbaloi sangat-sangat dari segi rasa dan juga harga. Nama dia pun dah unik membuatkan Naz nak cuba apa yang sedapnya dengan Nasi Beriani Sinar Dulang yang meruapakan resepi istimewa dari utara.

Apa yang bermula dengan bisnes katering telah berjaya menambat hati pelanggan sehingga ada yang meminta Tokey Dulang untuk menjualnya secara harian. Disebabkan itu, Tokey Dulang atau nama sebenarnya En. Amir telah bersetuju untuk membuka cawangan pertamanya di U5 Corner, Jalan Teratai Utama, Subang Bestari. Kalau nak ke sini boleh guna Google Maps ataupun Waze dan masukkan nama kedai “Nasi Beriani Sinar Dulang”. Ia berdekatan dengan Makhamah Syariah Petaling.

Apa yang menariknya, Nasi Beriani ini disajikan dengan air asam. Kata En. Amir, inilah keistimewaan Nasi Beriani Sinar Dulang ini. Rasa air asam itu kena sangat bila di makan bersama nasi dan lauk yang lain.

Cakap pasal lauk, terdapat 3 jenis lauk dan kombo untuk anda pilih iaitu:



Harga Nasi Beriani Sedap ini

Nasi Beriani Ayam – RM6.50

Nasi Beriani Daging – RM7.50

Nasi Beriani Kambing – RM8.50
Nasi Beriani Kombo (Ayam + Daging + Kambing) – RM17.00
Naz mencuba Nasi Beriani Kambing dia. Nasi pun banyak dan yang penting rasa lauk kambing dia memang cukup rasa rempah ratus nya. Daging kambing tu pun lembut dan agak besar juga potongan nya. Memang sedap pada tekak Naz dan amat-amat berbaloi pada harga yang ditawarkan. Mana nak dapat lagi sekarang ni nasi beriani semurah ini dan sedap….hanya di Nasi Beriani Sinar Dulang ini!

Gerai ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 3 petang setiap hari. Bila ditanya pada En. Amir kalau nak berguru dengan dia tentang cara masakan Nasi Beriani dan lauknya, dia mengalu-alukan kepada siapa yang berminat. Pad En. Amir, ilmu tu lebih baik dikongsi. Naz suggest kat En. Amir untuk tambah menu iaitu Ayam Goreng Berempah panas yang sure akan menjadi hit. En. Amir akan pertimbangkan sebab kena ada dedicated staff yang kerjanya menggoreng sahaja.

Seperti yang Naz katakan pada awal tadi, En Amir ni menjalankan bisnes catering jadi pada yang nak buat majlis boleh menempah dengan beliau. Berikan budget anda dan Sinar Dulang Event & Enterprise akan cuba sedaya upaya menyajikan hidangan yang terbaik. Jika nak sewa canopy dan peralatan catering juga bisa diuruskan oleh En. Amir.
Pada ketika kami berbual itu pun, ada tetamu yang datang untuk menempah Nasi Beriani untuk majlis makan-makan di pejabat. Naz terdengar tempahan untuk 80 pax dan ini return customer Sinar Dulang.
Jadi jangan setakat percaya apa yang Naz tulis di sini, sila lah ke gerai Nasi Beriani Sinar Dulang untuk merasa sendiri dan merasai Nasi Beriani sedap ini, resepi istimewa dari Utara…nak habaq hang!

Anda juga boleh ikuti perkembangan Nasi Berinani Sinar Dulang fb fanpage [klik sini] dan juga berurusan terus dengan En. Amir di talian 019-296 6353.
Jom Pekena Beriani Sempoi Baq Hang!