Sambutlah Hari Ibu Dengan Hi-Tea Di Grand BlueWave Hotel │ Hujung minggu ini, 14 Mei adalah sambutan Mother’s Day (Hari Ibu), dah ada perancangan ke untuk buat sambutan Hari Ibu di mana? Kalau masih tercari-cari, Naz rekomen anda bawa ibu anda ke Restoran Royale Songket, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) untuk menyambut hari istimewa ini. Kenapa Naz rekomen ke sini? Haaaa ini kerana GBWHSA akan meraikan hari istimewa ini dengan Mother’s Day Hi-Tea “Mum Queen Of My Heart” (Ibu Ratu Hati Ku).

Sambutan Hari Ibu kali ini bertemakan “Bollywood” dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti tarian Bollywood, pakaian beragam terbaik, teka apa Ibu suka, pertandingan gubahan bunga serta hiasan kek, dedikasi lagi untuk ibu dan penampilan istimewa oleh Ardila Idris untuk menghiburkan para pengunjung.
Jamuan Hi-Tea istimewa ini sangat berpatutan dengan harga serendah RM72.00+ untuk dewasa, RM55.00+ untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM34.50+ untuk kanak-kanak (4 – 11 tahun). Jamuan ini diadakan di Restoran Royale Songket bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang.

Jamuan Hi-Tea Hari Ibu
Jamuan Hi-Tea ni mesti sedap, sebab sebelum ni Naz dah cuba Bufet Ramadan Restoran Royale Songket ini pada minggu lepas. Sebagai pembuka selera, anda akan di hidangankan dengan pelbagai Finger Sandwiches and Mini Open Face Sandwiches, pelbagai Cheese Platter with Crackers, Cold Chinese Salad of the day, Sotong Kangkung Padang Kota, Selection of Cold Cuts Platter, International Salad Bar with Assorted Dressings, Caesar Salad with Smoked Salmon, Rojak Buah Pulau Mutiara, pelbagai Sushi Rolls with Condiments, Selection of Canapes, Salmon Mousse dan Popiah Basah.



Di satu ruang, disediakan Sup Cendawan dan Ekor Lembu Asam Pedas berserta pelbagai jenis roti dan mentega. Tak lupa juga gerai-gerai yang menyajikan Roti John, Pasta dan Asam Laksa.
Untuk sajian panas pula, anda boleh menikmati Ayam Pandan dengan Sos Percik, Roti Jala dengan Serawa Durian, Cajun Beef Tortilla Wraps, Seafood Sambal Pizza, Loh Bak Roll, Mushroom and Egg Tartlets, Fish Fingers with Tartare Sauce, Mini Seafood Pie, Assorted Dim Sum with Condiments, Fried Wantan with Chili Dip, Golden Chicken Nugget dan Spicy Curly Fries with Cheese Dips. Bagi pengemar Satay jangan risau, Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper dengan kuah Kacang menanti anda.





Tak lengkap tema Bollywood kalau tidak ada hidangan tema ini. Anda boleh kunjungi gerai-gerai yang menyediakan Ulundu, Masala, Vaday, Puri, Pakoras, Muruku, Halwa, Laddu, Jelebi, Kaseri dan juga Gulab Jamun. Terdapat juga hidangan istimewa Bollywood iaitu Nasi Basmathi Lemon, Ikan Goreng Amarisari dengan Chutney Hijau, Aloo Ghobi dan Chicken Vindaloo. Perrghhh terlior Naz sambil menulis blog ni.




Untuk pencuci mulut nya pula, akan disajikan Caramel Popcorn, Assorted French Pastries, Assorted Fresh Fruit Platter, ABC Stall with Condiments, Chocolate Fountain with Fruits and Marshmallow, Coated Chocolate Balls, Fruit Tartlets, Almond Biscotti, Cupcakes, Cookies, Macaroons, Bubur Cha Cha, Warm Apple Pie dan tak ketinggalan Assorted Ice-cream. Sungguh meriah jamuan ini dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini.


Apa tunggu lagi, jom buat tempahan di talian 03-5511 8811, Telemarketing samb. 2723, 2724 atau 2725 atau di Restoran Royale Songket samb. 2612. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% GST. Restoran Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam telah mendapat pensijilan Halal, yang diiktiraf oleh JAKIM dan JAIS.