Satay Station Kg. Pandan | Resipi Satay Yang Original

logo satay station

Pada 31 Januari yang lalu NaZ bersama keluarga telah ke Satay Station Kg. Pandan untuk menikmati makan malam di sana. Maklum la ada orang nak belanja jadi NaZ pilih yang dekat dengan rumah dan sedap.

Satay Station
Satay Station Kg. Pandan (Satay House)

Setiba di sana, anak-anak sibuk nak duduk dalam rumah dan depan TV lalu kami akur juga dengan permintaan mereka. Di dalam rumah ini terdapat ruang tamu dan beberapa bilik untuk dipilih. Selain itu juga, terdapat ruang makan di luar rumah yang berbumbung.

Ruang depan tv
Ruang di depan TV
ss pandan 4
foto dari sataystation.blogspot.com
ss pandan 1
foto dari sataystation.blogspot.com

Pada malam itu kami order seperti biasa menu wajib iaitu Satay Ayam dan Satay Daging. NaZ juga order Set Nasi dan Sup Cendawan unutk Abah.

Satay Ayam dan Daging
Satay Daging, Satay Ayam, Nasi Himpit, Timun dan Bawang
Set Nasi & Sup Cendawan
Nasi Putih, Sup Cendawan PoWeR dan Telur Dadar

Selain dari 3 menu di atas, di Satay Station juga terdapat Satay Hati (campur pedal dan jantung) dan juga Mee Rebus Bonda.

Mee Rebus Bonda
foto dari carimakandotcom.blogspot.com

Yang menarik tentang makan satay kat sini ialah saiz daging yang besar, lembut, juicy dan paling penting sekali rasa yang sedap. Memang tak sama rasa satay sini dengan tempat lain yang pernah NaZ rasa.

Satay Besar, Juicy dan Sedap
Daging satay yang besar…makan 5 cucuk pun dah boleh rasa kenyang

Mungkin dah rezeki kot dapat jumpa Big Boss Satay Station, Abang Rahmat Zul Karnain, masa di situ. NaZ pun ambil peluang untuk korek rahsia satay sedap ni dari Abang Zul. Semua satay di Satay Station ini diperbuat dari daging yang segar. Ayam yang telah disembelih terus diproses segera untuk dijadikan kiub-kiub satay, begitu juga dengan daging lembu. Kemudian daging-daging tersebut diperap dengan madu dan rempah-rempah rahsia. Patutlah satay kat sini juicy dan sedap.

Satay Di Bakar
Bila ada order baru satay dibakar….makan panas-panas baru sedap

Daging yang sudah siap dicucuk kemudiannya disimpan didalam peti chiller. Yang bagusnya bila ada order baru dikeluarkan dari peti chiller untuk dibakar supaya mengekalkan kesegaran dan rasa satay itu tadi. Kuahnya pula sentiasa rasa sama disebabkan mengikut SOP yang disediakan. Bagi Abang Zul, kualiti, rasa dan standard harus dijaga supaya Satay Station terus bertahan. Walaupun sibuk berkongsi cerita, Abang Zul tetap memastikan pelanggan baru yang masuk terus di entertain oleh pekerja-pekerjanya.

Kalau berborak dengan Abang Zul ini memang boleh hingga ke larut pagi, jadi tak nak ganggu beliau. Kalau nak berborak panjang kena book slot dengan Abang Zul dan memang dia tak lokek berkongsi ilmu.

NaZ memang rekomen sapa-sapa teringin nak makan Satay atau Mee Rebus sedap boleh lah ke:

Map to Satay House
Dari Jalan Tun Razak ke Satay Station Kg. Pandan (Satay House)

SATAY STATION KG. PANDAN (SATAY HOUSE)

No. Telefon: +603 9284 6607 / 019 328 6607

Waktu Operasi: Dari jam 6:00 petang hingga 12:00 malam.

Laman Web: www.sataystation.com

Blog: http://sataystation.blogspot.com/

Facebook Fanpage: www.facebook.com/SatayStation

Untuk tahu cawangan-cawangan lain Satay Station sila klik SINI

Jangan lupa untuk gunakan hashtag #sataystation bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman sosial anda.

7 thoughts on “Satay Station Kg. Pandan | Resipi Satay Yang Original

    1. mungkin pada harga RM1.20 secucuk dirasakan tinggi tapi menurut kajiselidik saya satay di pasar malam untuk sepuluh cucuk ialah RM7.00 manakala di Satay Station untuk 5 cucuk ialah RM6.00. Jika ditimbang berat sah-sah Satay Station lebih berat berbanding satay di pasar malam. Kemudian dilihat dari segi kebersihan maka Satay Station jauh lebih bersih. Jadi jika 2 faktor ini diambil kira maka RM1.20 secucuk amat berpatutan. Hanya pandangan peribadi saya 🙂

  1. Perap dengan madu? Macam tak logik je… Saya pun pernah berbual dengan pengusaha satay wiliy .. Dia tak bagi tahu resipinya cuma dia bagi tips, satay Mesti kena guna banyak gula waktu perap… Sekurang2nya 1kilo daging/ayam kena pakai 400gram gula.. Dia pun ada citer banyak customers dia tanya kenapa sate dia sedap, adakah sbb pakai madu? Dia jawab Kalau pakai madu buat sate alamatnya dah tutup kedai la…

    1. Hi Tara, itulah yang telah diberitahu kepada saya oleh owner Satay Station….itu antara ramuan yang digunakan untuk memerap daging satay tersebut.

      1. Mungkin dia tak nak share kot .. Encik Naz kena cuba satay Williy sungai ramal … Nanti reply balik kat saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *