Sedap Makan Di Brew & Stone Kota Damansara | Perkataan “Brew” membawa maksud penyediaan kopi atau teh dengan air panas, manakala “Stone” pula membawa maksud batu panas. Apabila digabungkan 2 elemen ini oleh 3 rakan kongsi En. Wan Hasif, Dr. Yazeed dan Pn. Ima, maka terlahirlah Brew & Stone, sebuah cafe yang menyajikan minuman berasaskan kopi segar dan hidangan makanan barat dengan sentuhan citarasa Malaysia.

Tapi yang menariknya di cafe Brew & Stone ini sebaik sahaja melangkah masuk, anda akan tertanya-tanya kenapa banyak sangat spare part kereta VW dan motor di dalam cafe ini. Rupanya rakan-rakan kongsi ini mempunyai citarasa yang sama terhadap jenama kenderaan VW sehingga mempamerkan spare part VW seperti sports rim, car seat, car bumper, coil spring, exhaust,… eehhh tersasar plak dari food review. Pendek kata, dekorasi dalaman ini sungguh unik dan berbeza dari cafe-cafe yang biasa Naz lawati.

Oh ya sebelum terlupa, ni alamat cafe Brew & Stone:
Cafe BREW & STONE featuring Pokok Kelapak
No 3G Jalan Pekaka 8/1D, Seksyen 8
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor
No. Tel: +60 3 61445678
Emel: brewandstone@gmail.com
Waktu Operasi
~ 11 pagi – 11 malam (Ahad – Khamis)
~ 11 pagi – 12 tengah malam (Jumaat & Sabtu)
~ Tutup setiap Isnin
Cafe Brew & Stone ini sudah beroperasi sejak Ogos 2016 dan merupakan sebuah cafe yang agak hipster di Seksyen 8 Kota Damansara ini. Sangat selasa dengan ruang yang terbuka, sejuk, nyaman dan amat santai ini sesuai untuk berkumpul bersama rakan-rakan, berkumpulan ataupun bersendirian. Cafe ini boleh memuatkan antara 80 – 100 orang (luar dan dalam) pada satu-satu masa. Jika anda sedang memilih tempat untuk adakan majlis perjumpaan, majlis harijadi ataupun majlis perlancaran produk/servis…. cafe Brew & Stone sedia menerima tempahan anda.
Ok, sekarang mari kita tengok antara hidangan yang disajikan semasa sesi food review yang lalu… kita mulakan dengan minuman. Di sini terdapat lebih dari 30 jenis minuman yang dibahagikan kepada Granita, Milkshake, Mojito, Coffee, Ice Drip, Chocolate, Juices, Honey & Lemon, Tea by Glass dan Tea by Pot. Tapi yang special di sini adalah minuman berasaskan kopi seperti Cafe Mocha with Marshmallow, Cappuccino, Nuttella Cappuccino, Ice Dark Mocha dan yang paling favourite Ice Drip Coffee.








Rangkaian minuman di cafe Brew & Stone

Makanan yang boleh anda pesan di Brew & Stone dibahagikan kepada Starters, Pasta, Pizza, Main Course, Platters, Snacks, Desserts dan Side Order. Pada hari tersebut, kami disajikan dengan 7 jenis hidangan makanan antaranya:







Rata-rata hidangan disini memang sedap, di hidang dalam kuantiti yang agak besar pada harga yang berpatutan. Mengikut kata Puan Ima, mereka sekarang sedang cuba membuat set lunch nasi campur atas permintaan para pengunjung. Ini di kira menu tambahan hanya untuk waktu makan tengahari… mungkin satu hari nanti Naz akan cuba set lunch pulak.
Lagi satu nak habaq mai, cafe Brew & Stone punya kek memang sedap… Naz paling suka Chocolate Mint Cheese Cake dia. Kombinasi coklat dan pudina membangkitkan cetusan rasa di lidah anda membuatkan anda nak makan kek ni lagi.

Fuhhh dah bayangkan layan Ice Drip Coffee dengan sepotong dua Chocolate Mint Cheese Cake sambil mendengar busking session….. happiness habis!!! Lihat saja wajah-wajah blogger yang dah kekenyangan ni….

Jadi kalau tersesat di kawasan Kota Damansara (Seksyen 8) atau nak cari pot makan yang sedap dan selesa, silalah datang ke cafe Brew & Stone featuring Pokok Kelapak. Untuk ikuti mereka dengan lebih dekat lagi, boleh lah follow media sosial mereka…
https://www.facebook.com/brewnstone
https://www.instagram.com/brewnstone