Sedap Makan Di Brew & Stone Kota Damansara

Sedap Makan Di Brew & Stone Kota Damansara |  Perkataan “Brew” membawa maksud penyediaan kopi atau teh dengan air panas, manakala “Stone” pula membawa maksud batu panas. Apabila digabungkan 2 elemen ini oleh 3 rakan kongsi En. Wan Hasif, Dr. Yazeed dan Pn. Ima, maka terlahirlah Brew & Stone, sebuah cafe yang menyajikan minuman berasaskan kopi segar dan hidangan makanan barat dengan sentuhan citarasa Malaysia.

Cafe Brew & Stone
Cafe Brew & Stone di Seksyen 8, Kota Damansara

Tapi yang menariknya di cafe Brew & Stone ini sebaik sahaja melangkah masuk, anda akan tertanya-tanya kenapa banyak sangat spare part kereta VW dan motor di dalam cafe ini. Rupanya rakan-rakan kongsi ini mempunyai citarasa yang sama terhadap jenama kenderaan VW sehingga mempamerkan spare part VW seperti sports rim, car seat, car bumper, coil spring, exhaust,… eehhh tersasar plak dari food review. Pendek kata, dekorasi dalaman ini sungguh unik dan berbeza dari cafe-cafe yang biasa Naz lawati.

Dekorasi dalaman cafe Brew & Stone
Dekorasi dalaman cafe Brew & Stone

Oh ya sebelum terlupa, ni alamat cafe Brew & Stone:

Cafe BREW & STONE featuring Pokok Kelapak

Pokok Kelapak HouseNo 3G Jalan Pekaka 8/1D, Seksyen 8
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya Selangor
No. Tel: +60 3 61445678
Emel: brewandstone@gmail.com

Waktu Operasi
~ 11 pagi – 11 malam (Ahad – Khamis)
~ 11 pagi – 12 tengah malam (Jumaat & Sabtu)
~ Tutup setiap Isnin

 

Cafe Brew & Stone ini sudah beroperasi sejak Ogos 2016 dan merupakan sebuah cafe yang agak hipster di Seksyen 8 Kota Damansara ini. Sangat selasa dengan ruang yang terbuka, sejuk, nyaman dan amat santai ini sesuai untuk berkumpul bersama rakan-rakan, berkumpulan ataupun bersendirian. Cafe ini boleh memuatkan antara 80 – 100 orang (luar dan dalam) pada satu-satu masa. Jika anda sedang memilih tempat untuk adakan majlis perjumpaan, majlis harijadi ataupun majlis perlancaran produk/servis…. cafe Brew & Stone sedia menerima tempahan anda.

Ok, sekarang mari kita tengok antara hidangan yang disajikan semasa sesi food review yang lalu… kita mulakan dengan minuman. Di sini terdapat lebih dari 30 jenis minuman yang dibahagikan kepada Granita, Milkshake, Mojito, Coffee, Ice Drip, Chocolate, Juices, Honey & Lemon, Tea by Glass dan Tea by Pot. Tapi yang special di sini adalah minuman berasaskan kopi seperti Cafe Mocha with Marshmallow, Cappuccino, Nuttella Cappuccino, Ice Dark Mocha dan yang paling favourite Ice Drip Coffee.

Cafe Mocha with Marshmallow - RM14.90
Cafe Mocha with Marshmallow – RM14.90
Cappuccino - RM12.90
Cappuccino – RM12.90
Hot Dark Mocha - RM16.90
Hot Dark Mocha – RM16.90
Choco Banana Milkshake - RM17.90
Choco Banana Milkshake – RM17.90
Ice Dark Mocha - RM17.90
Ice Dark Mocha – RM17.90
Nutella Cappuccino - RM18.90
Nutella Cappuccino – RM18.90
Mojito Lime Mint dan Mojito Lychee - RM14.90
Mojito Lime Mint dan Mojito Lychee – RM14.90

Rangkaian minuman Brew & Stone

Rangkaian minuman di cafe Brew & Stone

Ice Drip Coffee - RM20.90
Ice Drip Coffee – RM20.90

Makanan yang boleh anda pesan di Brew & Stone dibahagikan kepada Starters, Pasta, Pizza, Main Course, Platters, Snacks, Desserts dan Side Order. Pada hari tersebut, kami disajikan dengan 7 jenis hidangan makanan antaranya:

Scallop with Tomato Salsa - RM17.90
Scallop with Tomato Salsa – RM17.90
Chicken Morakanskii - RM26.90
Chicken Morakanskii – RM26.90
Spicy Tuna Pizza - RM22.90
Spicy Tuna Pizza – RM22.90
Spicy Creamy Pasta Prawn - RM26.90
Spicy Creamy Pasta Prawn – RM26.90
Spicy Creamy Pasta Soft Shell Crab - RM28.90
Spicy Creamy Pasta Soft Shell Crab – RM28.90
Spicy Seafood Medley Olio - RM19.90
Spicy Seafood Medley Olio – RM19.90
Meat Platter - RM99.00
Meat Platter – RM99.00

Rata-rata hidangan disini memang sedap, di hidang dalam kuantiti yang agak besar pada harga yang berpatutan. Mengikut kata Puan Ima, mereka sekarang sedang cuba membuat set lunch nasi campur atas permintaan para pengunjung. Ini di kira menu tambahan hanya untuk waktu makan tengahari… mungkin satu hari nanti Naz akan cuba set lunch pulak.

Lagi satu nak habaq mai, cafe Brew & Stone punya kek memang sedap… Naz paling suka Chocolate Mint Cheese Cake dia. Kombinasi coklat dan pudina membangkitkan cetusan rasa di lidah anda membuatkan anda nak makan kek ni lagi.

Chocolate Mint Cheese Cake - RM14.00 per piece
Chocolate Mint Cheese Cake – RM14.00 sepotong [foto kredit www.ayuarjuana.blogspot.com]
Oh ya bagi yang gemarkan muzik live, ada sesi Busking istimewa setiap hari Rabu dan Jumaat dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam oleh @sarasaraakustika. Three-piece band ini akan menghiburkan anda dengan lagu-lagu hits terkini dan lalu…. boleh ikuti mereka di facebook Brew & Stone [klik sini]

Fuhhh dah bayangkan layan Ice Drip Coffee dengan sepotong dua Chocolate Mint Cheese Cake sambil mendengar busking session….. happiness habis!!! Lihat saja wajah-wajah blogger yang dah kekenyangan ni….

Food Blogger Meletop
Semua muka dah kuyu sebab makan sedap dan banyak…

Jadi kalau tersesat di kawasan Kota Damansara (Seksyen 8) atau nak cari pot makan yang sedap dan selesa, silalah datang ke cafe Brew & Stone featuring Pokok Kelapak. Untuk ikuti mereka dengan lebih dekat lagi, boleh lah follow media sosial mereka…

https://www.facebook.com/brewnstone

https://www.instagram.com/brewnstone

⁠⁠⁠⁠ ⁠⁠⁠#brewandstone #moreisneverenough #9BnS

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *