Sejadah Yang Selesa Kolaborasi Siti Khadijah & Amru | Siti Khadijah (SK), peneraju telekung inovasi pertama di Malaysia telah berpeluang untuk bekerjasama dengan syarikat AMRU bagi menghasilkan koleksi sejadah yang selesa untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.

Siti Khadijah dan AMRU memilih untuk berkolaborasi oleh kerana berkongsi nilai-nilai yang sama dengan memperkenalkan produk kepada pengguna, khususnya dari segi mengutamakan kualiti produk yang dihasilkan. Pada masa yang sama, sejadah dan telekung adalah kombinasi yang sangat sesuai untuk diperkenalkan kepada orang ramai.
Sejak setahun yang lepas, kerja-kerja kajian dan pembangunan produk telah dijalankan. Pada tahun ini, SK dan AMRU memperkenalkan koleksi tikar sembahyang putih bersaiz mini kepada para pengguna. Produk yang berkonsepkan minimalis dengan jahitan geometri Islamik pada keseluruhan sejadah sangat sesuai juga digunakan ketika travel.
Sulaman serta riben warna maroon pada bahagian tepi pula membuatkan sejadah ini kelihatan sungguh cantik. Sejadah ini juga dihasilkan daripada material kapas asli yang memberikan keselesaan berganda kepada pengguna. Setiap pembelian sejadah mini SK X AMRU akan diberikan minyak wangi sejadah bernilai RM12.90 secara percuma kepada pengguna.
Sejadah mini SK X AMRU ini adalah siri produk yang sangat baik untuk diperkenalkan kepada semua. Para pengguna boleh membuat pembelian sejadah mini SK x AMRU sekarang melalui kedai online rasmi Shopee Siti Khadijah dengan harga RM59 sahaja.
MENGENAI SK
Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd merupakan jenama telekung nombor satu Malaysia dengan keunikan dan rekaan inovatif di bahagian wajah. Telekung ialah pakaian istimewa wanita di Kepulauan Melayu yang dipakai setiap kali bersolat dan sinonim dengan budaya Melayu.
SK memperkenalkan rekaan yang dipatenkan fokus kepada potongan unik bahagian wajah dengan kombinasi fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan ketika beribadah. Material mudah regang sesuai untuk setiap bentuk dan saiz wajah wanita. Koleksi telekung SK menawarkan empat unik rekaan wajah yang berbeza dengan rekaan telekung biasa. Material yang digunakan hanya daripada fabrik kualiti terbaik seperti kapas, cotton-feel, rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah.
Selain daripada telekung, SK turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah Umrah dan Haji. Antara produk lain yang ditawarkan termasuklah hijab, sarung lengan, abaya, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori. Sejak 2009, Siti Khadijah dinamakan sebagai jenama isi rumah di Malaysia dan berkembang luas dengan 41 cawangan butik sekitar Malaysia dan 4 cawangan di Indonesia.



