Single ‘Selamanya’ Sambung Kisah ‘Aku Yang Bersalah’

usop-selamanya

Single ‘Selamanya’ Sambung Kisah ‘Aku Yang Bersalah’ | Mula dikenali lewat sebuah rancangan realiti, bintang yang semakin meningkat naik, Usop nampaknya terus mencuri perhatian pencinta arena seni suara tempatan dengan kehebatan vokalnya. Selepas membuat perkenalan dengan industri muzik tempatan tidak berapa lama sebelum ini, Usop kembali dengan sebuah lagi persembahan buat para peminatnya dalam bentuk single terbaru yang berjudul ‘Selamanya’.

Mula dikenali lewat sebuah rancangan realiti, bintang yang semakin meningkat naik, Usop nampaknya terus mencuri perhatian pencinta arena seni suara tempatan dengan kehebatan vokalnya. Selepas membuat perkenalan dengan industri muzik tempatan tidak berapa lama sebelum ini, Usop kembali dengan sebuah lagi persembahan buat para peminatnya dalam bentuk single terbaru yang berjudul ‘Selamanya’.

Single 'Selamanya' dari Usop

Tambahan lagi, lagu ini juga bakal dilancarkan dengan video muziknya sendiri terbitan
Voxscape Studio dan mendapat sentuhan pengarah Elfie Nazarie. Video muziknya turut
menampilkan Usop sebagai salah seorang pelakonnya bersama dengan Shaa Zulaika dan
juga Iman Zulkarnain. Ia masih menyambung kisah video ‘Aku Yang Bersalah’, di mana Shaa
Zulaika telah berkhawin tetapi masih tidak bahagia kerana tetap menunggu kekasihnya,
yang dilakonkan oleh Usop. Manakala Usop tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu
melihat dari jauh sahaja.

Usop dengan single terbaru "Selamanya"

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, ”Apa yang boleh saya cerita tentang Usop dimana vokal yang ditojolkan pada lagu Selamanya membuatkan lagu ini mempunyai keunikan tersendiri. Bukan bakat nyanyian sahaja malah bakat dari segi lakonan Usop didalam MV membuatkan lagu ini lebih terkesan
dan sedih. Diharapkan lagu ini mendapat sambutan dan terimah lah hadiah Selamanya buat anda semua.”
Lagu ‘Selamanya’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Selamanya

Artist : USOP
Song : Bulan Penuh
Lyric : Ziin , Bulan Penuh

Verse 1
Puas aku utuskan surat cinta,
Namun kau balas dengan derita,
Mengapa tidak kesampaian,
Untuk aku milikimu,
Chorus
Mengapa kita, Kasih yang terpisah,
Bersatu cumalah hati,
Menangis sedih biarlah,
Ku temui di taman fantasi,

Verse 2
Hasrat aku hanya memilikimu,
Bekejar di alam fana cinta,
Senyummu tiada ternilai,
Tapi semua hanya dusta,
Pre-Chorus
Tapi, Malam-malam indah kian bercelaru,
Mendoakan agar kau temui cinta,
Sampai hujung nyawa,

Chorus
Mengapa kita,
Kasih yang terpisah,
Bersatu cumalah hati,
Menangis sedih biarlah,
Ku temui di taman fantasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *