Skuad Selebriti Shopee Bertambah Meriah | Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan kini menampilkan Dynas Mokhtar, Zoey Rahman, Siti Sarah, Shuib Sepahtu dan Ummi Nazeera dalam senarai Skuad Selebriti Shopee yang semakin berkembang. Dilancarkan pada bulan Mei untuk membolehkan pengguna Shopee mendapatkan produk istimewa daripada bintang tempatan kegemaran mereka. Skuad Selebriti Shopee kini mempunyai 11 jenama selebriti di Malaysia untuk kira-kira 10 juta pengguna di Malaysia.

“Kami melancarkan Skuad Selebriti Shopee untuk meraikan sokongan rakyat Malaysia kepada selebriti tempatan dan memberi perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna kami dari segi kemudahan dan kepelbagaian produk. Kami tidak sabar untuk memperkenalkan lima lagi bintang tempatan yang disayangi ramai kepada komuniti kami, yang membolehkan kami memcecah angka dua digit dalam tempoh sesingkat 10 minggu.


Skuad Selebriti Shopee ini telah berkembang lebih pesat daripada yang kami jangkakandan rakyat Malaysia pasti teruja apabila Shopee terus mendekatkan pengguna tempatan dengan selebriti kegemaran mereka di samping meningkatkan jualan jenama mereka, “kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
5 penyertaan terbaru dalam Skuad Selebriti Shopee adalah:
- Dynas Mokhtar, model, pelakon, pengacara TV dan juruacara majlis ini memperkenalkan jenama fesyen untuk penyusuan bayi DNA by Dynas
- Zoey Rahman, pelakon, pengacara profesional dan model di Malaysia dengan jenama MIKA SERIES yang berkongsi rahsia gaya hidup lebih sihat dengan orang ramai
- Shuib Sepahtu, bekas juara Maharaja Lawak Mega pada tahun 2013 dengan jenama madu, Bee Factory
- Siti Sarah, penyanyi bersuara lantang dengan jenama kosmetik, PinkyPinky
- Ummi Nazeera, pelakon muda yang berbakat ini memperkenalkan jenama fesyen Mulimah, Nazeera





Terdahulu, Shopee telah memperkenalkan skuad ini dengann barisan 6 selebriti iaitu:
- YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, penyanti No. 1 Malaysia dengan produk penjagaan kulit dan kosmetik SimplySiti
- Nora Danish dengan jenama OWL yang menawarkan fesyen tradisional Muslim dengan sentuhan moden.
- Izara Aisha, pelakon kesayangan ramai dengan jenama kecantikan bibir Madame Izara
- Elfira Loy, bintang drama terkenal dengan Separih Jiwaku, dengan jenama EL
- Heliza Helmi, peserta akhir Akademi Fantasia musim kelima menjual fesyen Muslimah dengan jenama Heliza Guzel Hive
- Emma Maembong, pelakon dan model berbakat besar dengan produk penjagaan kulit EMBS
Pengguna Shopee pasti ternanti-nanti lebih ramai lagi selebriti yang akan menyertai Skuad Selebriti Shopeeyang akan terus berkembang dan mengukuhkan Shopee dalam industri e-dagang.
Bagi meraikan penyertaan lima selebriti yang baru menyertai Skuad Selebriti Shopee ini, Shopee akan menganjurkan JUALAN PERTENGAHAN MUSIM dari 6 hingga 9 Ogos 2018 yang membolehkan pengguna menikmati potongan harga 25% terhad kepada RM50 dengan menggunakan kod baucar CELEBAUG dan penghantaran percuma daripada jenama selebriti kegemaran mereka. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Anda boleh layari shopee.com.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan Skuad Selebriti Shopee. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store dan Google Play Store.