Snickers Oats Baru Untuk Tahan Lapar Lebih Lama | MARS kini memperkenalkan Snickers Oats kepada rakyat Malaysia, snek yang membantu anda bertahan lapar lebih lama. Samada anda sedang sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan tak sempat untuk makan tengahari, atau tersekat di kesesakan jalanraya, terperangkap dalam mesyuarat yang panjang atau perlukan tenaga tambahan…. Snickers Oats boleh membantu!

Snickers Oats kini padat dengan oat dan digabungkan dengan rasa coklat mewah, karamel dan kacang yang amat dikenali pengemar Snickers. Ia juga merupakan snek yang sangat sesuai untuk pengguna yang berasa lapar apabila menjalani rutin harian yang panjang, sama ada di tempat kerja, mengejar tarikh akhir untuk menghantar tugasan di universiti atau apabila sedang dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan waktu menunggu terasa lebih lama dan salah satu daripadanya ialah berasa lapar. Akibatnya kita akan berasa gelisah, tidak sabar, malah mungkin juga menjadi seseorang yang tidak begitu menyenangkan. Disebabkan rakyat Malaysia meluangkan purata satu jam semata-mata untuk perjalanan, ia bukan sahaja menjejaskan emosi tetapi juga menyebabkan banyak masa berharga hilang. Oleh itu, kami percaya Snickers Oats boleh membantu pengguna yang sering perlu menunggu lama setiap hari untuk membantu mereka bertahan kerana ia adalah snek mudah yang boleh dinikmati sebelum waktu makan seterusnya,” kata Yee Pek Kuan, Pengarah Unit Perniagaan Kategori Mars Developing Asia.

Snickers Oats dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna, dengan memberi kenikmatan setiap kali dirasai, dengan rasa coklat dan kacang yang enak dan padat dengan oat. Pengguna kini boleh bertahan apabila perlu menunggu lama dengan mendapatkan Snickers Oats di mana-mana kedai serbaneka atau cawangan runcit di seluruh negara. Snek hebat juga didatangkan dalam bungkusan kecil yang boleh didapati di mana-mana pasaraya dan pasaraya hiper utama.

Dari sekarang hingga 1 April 2018, Snickers Oats juga menawarkan hadiah-hadiah bernilai berjumlah lebih RM10,000 melalui peraduan dalam talian ‘Snickers Oats Longest Hunger Story‘. Peminat yang berasa lapar boleh menyertai peraduan ini dengan berkongsi pengalaman bagaimana snek ini membantu mereka bertahan apabila perlu menunggu lama mengikut tema-tema mingguan. Mereka juga boleh memuat naik kisah mereka melalui Facebook Live atau video Instagram dengan menaip #SnickersOatsHungerStoryMY.
Untuk maklumat lanjut mengenai senk sedap ini dan peraduan dalam talian, sila layari:
Laman Facebook: www.facebook.com/SnickersMalaysia
Hashtag Rasmi: #SnickersOats #SurviceTheLongWait