Sonaone dan Alif Gabungan Bakat Yang Sangat ‘OBVIOUS’

Obvious-Sonaone dan Alif

Sonaone dan Alif Gabungan Bakat Yang Sangat ‘OBVIOUS’ |  Artis Sony-Kartel SonaOne dan Alif akanmelancarkan single kolaborasi dan video muzik pertama mereka berjudul ‘Obvious’pada 26 Oktober 2018. Apabila Alif dan SonaOne bekerjasama untuk sesebuah lagu,keajaiban yang dihasilkan pasti ketara, atau ‘Obvious’ di dalam BahasaInggeris. Gabungan mereka berdua, seorang penyanyi rap serba boleh denganseorang penerbit serta penyanyi rap yang telah banyak meraih anugerah, sesuaidengan status mereka sebagai dua orang artis bernama besar di Asia Tenggara.‘Obvious’, merupakan kerjasama pertama di antara dua orang rakan karib dibawahnaungan Sony-Kartel dan ia melambangkan kehebatan gabungan bakat mereka berdua selainmenjadi bukti kebolehan masing-masing.

Diterbitkan dan ditulis bersama oleh Alif dan SonaOne,Obvious menerima adunan bertaraf dunia sentuhan dari Jimmy Cash di Cha Ching Studios North Hollywood, California dan telah di ‘master’ oleh calon Anugerah Grammy – Chris Athens.

Artis Sony-Kartel - Sonaone dan Alif

‘Obvious’ merupakan satu pencapaian besar kerana ia menandakan kerjasama pertama di antara dua artis, iaitu SonaOne dengan gayanya yang tersendiri serta Alif dengan naluri popnya yang menjadikan satu gabungan hebat. Ia juga merupakan satu paparan bakat Asia yang menakjubkan dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Alif dan Sonaone

Namun ‘Obvious’ bukanlah tentang gaya sahaja – intipati lagu ini terletak pada mesejnya yang memperkasakan. “Kami mulanya menulis lagu ini sebagai satu penghormatan kepada keyakinan diri seorang wanita. Semakin kami mendalami subjek ini kami sedar bahawa mesej yang terkandung di dalamnya lebih besar dan boleh dikaitkan dengan semua”, kata Alif dan SonaOne berkenaan konteks lagu itu, selain menambah, “kadangkala manusia terlalu hiraukan apa yang orang fikirkan tentang mereka dan mereka lupakan apa yang ada di hadapan mata mereka, atau tidak sedar tentang perkara-perkara kecil berkenaan diri mereka yang sebenarnya sangat ketara atau ‘Obvious’ di mata orang lain”.

‘Obvious’ merupakan satu karya yang mampu bertahan dan sangat sesuai dengan waktunya. Alif dan SonaOne telah menerbitkan satu penawar buat mereka yang rasa ragu diri, kurang keyakinan diri serta mereka yang hanya pentingkan ciri-ciri luaran sahaja. Kekuatan lagu ini turut dirasai oleh pengarah video muziknya, Nasri Lian, yang mempunyai pendapatnya sendiri berkenaan pendekatannya dalam penggarapan visual: “Lirik lagu ini saya anggap seperti emas, bukan sekadar sebuah video muzik biasa”. Dengan menjadikan lagu ini sumber inspirasi, Nasri nekad untuk menyerlahkan para penciptanya dalam muzik video tersebut.

Obvious - Sonaone dan Alif

Dalam ‘Obvious’, Alif dan SonaOne membawa perutusan yang amat positif dalam suasana yang penuh cabaran. Ia mungkin seperti sesuatu yang pernah didendangkan tetapi kali ini ia benar: Ini untuk budaya. ‘Obvious’ bakal didapati secara streaming dan boleh dimuat turun di semua platform bermula 26 Oktober di https://lnk.to/obvious

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *